Suami penat, isteri juga penat. Dua-dua menggalas tanggungjawab berat dalam membesarkan keluarga.
Namun bila merungkai bab penat si suami, biasanya banyak berpunca dari penat tubuh badan dan fikiran akibat kerja.
Lain pula bagi si isteri. Dia penat juga penat bab tubuh badan serta mentalnya, namun paling terutama dia penat memikul emosinya.
Penat isteri sukar disedari oleh pasangan dan sukar untuk dirawat jika tak faham keadaan isterinya.
Ianya perihal dalaman, apa yang disimpan dan kadangkala si isteri selalu cakap dia okay sebab tak mahu susahkan suaminya.
Memendam inilah yang buat mereka sangat penat. Tatkala kalian nampak isteri cepat marah atau meninggikan suara untuk hal-hal kecil yang dilakukan anak, cepat-cepatlah ambil alih tugas isteri itu.
Kadang kalian nampak dia marah anak sepahkan rumah, tertumpah makanan, air, jatuhkan barang atau silap buat kerja sekolah.
Kalian pun terus marah isteri balik. Padahal kalian tak pergi pada puncanya. Apa yang menyebabkan dia begitu.
Kenapa cepat benar hilang sabarnya. Kena siasat dan jangan terus menghukum atau menengking isteri balik.
Ketahuilah apa yang dia marahkan itu, bukan sebab salah anak-anak yang besar, tetapi ketahuilah dia sudah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak. Dia drain. Bukan dia sengaja.
Isteri mengasingkan diri di dapur atau di balik. Kadang dia menangis tanpa sebab. Atau sangat sensitif waktu itu.
Masa ini, jalan yang paling bijak adalah ringankan bebannya itu. Bantulah dia uruskan rumah dan anak-anak. Sebelum tidur, tanya padanya, selami jiwanya apa yang boleh kita bantu.
Tunjukkan perhatian padanya. Kadangkala kalian tak mahu bersuara, cukuplah dengan mendakapnya dan ucapkan terima kasih sebab jaga anak-anak dan rumah selama ini.
Pasti, dia sendiri menangis dan meluahkan segala-galanya.
Kadang bukan isteri nak marah atau melayan perasaan tetapi dia sedang penat. Tenaganya digunakan seluruhnya untuk berjasa pada anak-anak dan rumahtangga.
Maka, suami perlu lebih kuat dan sokonglah hati, mental dan jiwa seorang isteri. Usah biar dia penat sendiri kerana selagi si suami ada menemani, kekuatannya akan bersemi nanti.
Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Jaga dan lindungi perasaan isteri ya.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)