Isteri mana yang tidak pernah kenal dengan istilah penat dalam hidupnya. Seawal pagi bangun menguruskan anak ke sekolah dan siapkan sarapan suami dan sebagainya. Tengaharinya pula masih meneruskan aktiviti di dapur bagi menyediakan keperluan suami. Begitu juga bila malam menjelma. Aktiviti tanpa henti.
Perkongsian suami ini, Firdaus Shakirin, para isteri kena baca. Jangan biarkan kepenatan menguruskan keluarga dan anak-anak tanpa sebarang ganjaran. Betulkan niat dalam diri, insyaallah pahala besar mengiringi para isteri. Begitu katanya.
Kerana suami, atau kerana Allah SWT?
Something to ponder…
Bangun awal pagi, sediakan sarapan, bekalkan makanan, kerana suami atau kerana Allah? Hantar anak sekolah, pergi pasar beli bahan-bahan, kerana suami, atau kerana Allah?
Ads
Masak tengahari, petang dan malam, kerana suami, atau kerana Allah? Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, cuci pinggan, buang sampah, kerana suami atau kerana Allah?
Kita tak pernah pun terfikir, “Aku buat perkara ni, aku buat semua ni, ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana suami suruh, takut suami marah atau terpaksa buat…”
Kalau niat kerana Allah, ianya jadi ibadah dan dapat pahala. Kalau niat kerana manusia, kita tak dapat apa-apa dan kita akan mengharapkan manusia itu untuk membalas perbuatan kita itu sebagaimana yang kita telah buat kepadanya.
Ads
Ini yang seringkali membuatkan kita kecewa, ini yang seringkali membuatkan kita marah. Ini yang seringkali menghampakan kita.
Sebab tak dapat penghargaan setimpal dengan apa yang kita dah buat kepadanya…
Ads
Para isteri sekalian, niatlah akan setiap perbuatan kamu itu kerana Allah s.w.t dan percayalah bahawa akan ada pahala untuk setiap perkara yang dilakukan anda, kalau tidak didunia, maka di akhirat, kalau tidak sekarang, mugkin esok atau lusa. Apa yang pasti, Allah akan membalas kebaikan itu, dengan kebaikan…
Perbaiki nawaitu, dan mulai hari ini, apa yang anda buat sebagai isteri adalah? Allah jualah yang dapat membalas setiap budi baik, jasa dan pengorbanan anda selama mana anda bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama suami…
Barulah ianya tidak menjadi sesuatu yang sia-sia!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kolam bola adalah mainan yang menyeronokkan buat si kecil. Manfaat kepada motor sensori si kecil sangat besar. Namun mama papa mesti berhati-hati, ia boleh jadi lubuk jangkitan kuman buat si manja.
Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh dijadikan panduan buat ibu bapa. Ulasan belioau tentang permainan ini memberikan membuka mata tentang beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melepaskan si kecil bermain di dalamnya.
Isu bahaya kolam bola (ball pit) ni sudah beberapa kali viral. Dari masa ke masa akan ada media laporkan ada kanak-kanak tercedera kerana benda tajam, mendapat jangkitan dari kuman, atau dicemari najis.
Sebelum saya ulas, saya rasa elok kita lihat sedikit bagaimana kolam bola ni mula-mula muncul, dan kenapa ia menjadi popular.
Kolam bola ni mula popular sekitar tahun 80an, kerana ketika itu muncul kerisauan tentang bahaya taman permainan konvensional.
Taman permainan ketika itu lazimnya terdiri daripada buaian, gelungsur, jongkang-jongkit, palang gayut(monkey bar) serta jim hutan(jungle gym). Semua di perbuat dari kayu dan besi.
Kerisauan ibu bapa ketika itu adalah pada kecederaan berkaitan trauma fizikal: patah tulang, gegeran otak, terluka akibat jatuh. Selain itu, risiko lain adalah penculikan, dan serangan haiwan.
Jadi pada tahun 70an muncul taman permainan jenis baharu, di mana ia terdiri didirikan di dalam bangunan tertutup (indoor), diperbuat daripada bahan lembut seperti plastik, getah, dan lantai dipenuhi bebola untuk mengurangkan impak jika terjatuh.
Ia dinamakan ball crawl/pit/pond, dan menjadi pilihan popular dikalangan ibubapa serta kanak-kanak. Mulai itu, mula dibina di pusat beli-belah, restoran francais, malah di taman-taman tema.
Semua orang suka kolam bola ni, malah ia juga menarik perhatian para pengkaji untuk meneliti potensi dan menilai risiko taman permainan begitu. Di sini timbul pula dua perkara.
Satu berita baik, dan satu berita tak baik.
Berita tak baik: kolam bola yang tidak diselenggara dengan baik kebersiham dan keselamatan nya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan akibat benda tajam, menjadi tempat pembiakan kuman. Ini semua kita dah tahu, kerana ia ketap viral.
Berita baik: kolam bola ini bagus kanak-kanak yang ada masalah perkembangan pemprosesan sensori. Ia membantu dalam kanak-kanak memahami sensori tubuh mereka. Ini tak semua faham, tapi jangan risau. Perkara inilah saya nak ulas.
Pemprosesan Sensori(sensory proscessing) adalah proses untuk mengatur semua stimulasi dari persekitaran yang diterima oleh deria, agar seseorang itu boleh menggunakan tubuhnya dengan baik dalam sesuatu persekitaran.
KEBAIKAN KOLAM BOLA KEPADA SI KECIL
Kolam bola didapati dapat melatih sensori visuo-spatial, propriosepsi, ekuilibrium, dan memberi rangsangan pada penglihatan, sentuhan, serta tekanan.
◾Visuo-spatial adalah sensori berkaitan kebolehan menganggarkan kedudukan objek dalam ruang. Hanya dengan melihat kita boleh anggar jarak dan saiz objek berdasarkan benda-benda di sekitarnya.
◾Propriosepsi(proprioception) adalah sensori berkaitan kebolehan menganggarkan keberadaan dan posisi anggota tubuh di dalam ruang. Tanpa lihat kita boleh tahu tangan kita di mana dan sedang buat apa, kan?
◾Ekuilibrium(vestibular) pula adalah sensori berkaitan keseimbangan tubuh. Ia melibatkan memahami dinamik graviti, tujahan, momentun dan elemen fizik yang bertindak ke atas tubuh.
Bagi melatih sensori-sensori ini, kanak-kanak perlu berlari, melompat, jatuh, berguling, membuai, berkubang dan sebagainya. Itu naluri mereka, dan ia sebahagian daripada cara mematangkan sensori.
Macam mana pemain bola boleh buat sepakan dengan tepat ke gawang? Bagaimana pemain golf boleh pukul bola masuk dalam lubang kecil?
Kerana ahli sukan berjaya benar-benar menguasai pemprosesan sensori-sensori ini melalui latihan, dan latihan itu bermula dari umur kanak-kanak.
STIMULASI & RANGSANGAN
Kolam bola menyediakan ruang untuk aktiviti yang memberi stimulasi dan rangsangan untuk latih tiga sensori unik ini. Sebab itu, kolam bola juga dibina hospital dan pusat rehabilitasi yang merawat kanak-kanak yang kelewatan dalam perkembangan.
Antara kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada terapi kolam bola adalah kanak-kanak autistik, cerebral palsy, serta sindrom-sindrom lain.
Berdasarkan perkara ini, bila di tanya adakah kita sebagai ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak daripada bermain di kolam bola, saya perlu beri dua jawapan.
1. YA, PERLU ELAK! Elak kolam bola yang tidak diselenggara keselamatan dan kebersihannya dengan baik. Khuatir anak akan tercedera atau dijangkiti penyakit berjangkit.
2. TAK, JANGAN ELAK! Ia mematangkan pemprosesan sensori, dan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dalam aktiviti fizikal, serta meningkatkan potensi mereka.
Lazimnya kolam bola di hospital dan pusat rehabilitasi diselenggara mengikut jadual. Ada dua set bebola. Setiap kali satu set dihantar untuk dibersihkan, set simpanan akan diguna. Kolam juga dibersihkan semasa penukaran bebola.
Hal ini saya pasti. Saya pernah berkhidmat di Jabatan Rehabilitasi hospital kerajaan, dan memang ada jadual pembersihan kolam bola. Malah setelah saya buka pusat rehabilitasi sendiri, saya juga pastikan kolam bola dibersihkan secara berkala.
TIP BILA ANAK BERMAIN KOLAM BOLA
Apapun, lepas main di kolam bola, mandikan anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga boleh buat kolam bola di rumah.
Gunakan kolam tiup(inflatable pool), dan isikan dengan bola. Boleh juga gunakan playpen. Bersihkan secara berkala. Maka tak ada kebimbangan, sebab kita selenggara sendiri.
◾Penafian: saya tak larang pergi taman permainan konvensional atau kolam bola. Boleh pergi, namun pilihlah yang diselenggara dengan baik, pantau anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ragam kita menyimpan duit bukan sekadar simpan semata-mata tetapi berkreatif untuk buat simpanan jadi lebih teruja. Nak guna cara apa?
Idea kreatif Pn Nur Emira Mohd Arifie ini memang puas hati. Mana tidaknya, dengan konsep tabungan yang diguna pakai olehnya buat simpanan jadi lumayan.
Tak perlu banyak, hanya simpan RM2 setiap hari sahaja dan lengkapkan dengan bilangan warna duit lain dan hasilnya dapat RM 4436. Banyak!
Jom ikuti perkongsian beliau. Bolehlah kita mula cuba simpan duit cara ini.
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021. Total RM 4436.00.
RM2 – setiap hari RM5 – setiap kali dapat RM10 – 2 helai seminggu RM20 – 1 helai seminggu RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec. RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.
Start lambat sikit, mid February sampai end 31 December. Nampak sapa entah share kat fb masa tu.
Good luck pada siapa sedang buat macam ni in year 2022.
Jom nak sambung in year 2022, kalau sama amount campur 2021. Boleh book pakej umrah. Mudah mudahan ada rezeki Allah jemput ke sana. Aamin.
Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak pergi letak dalam bank.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi ke fasa keempat bermula 29 April sehingga 12 Mei nanti. Ternyata PKP yang dijalankan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 turut tersembunyi hikmah yang tersendiri buat sesetengah orang.
Buktinya pada anak Tomok, Arrian Akid Shah yang kini sudah naik Al Quran setelah sebulan PKP dilaksanakan. Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri Tomok, Ayu Abas menerusi Instagram miliknya.
Menurut Ayu dalam postingnya, dia tiada harta untuk ditinggalkan, namun ilmu agama yang diajar sendiri untuk anak-anaknya diharap cukup untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Turut menitipkan pesanan buat anak-anaknya agar tidak meninggi diri dan menjadi orang yang sombong. Sentiasa bersederhana dalam apa yang dibuat supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Tambahnya lagi sentiasalah berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
“Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu….rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu
“Walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang ) tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat
“Jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa…jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong….sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat.
“Jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan..sbb tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki….dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah…sebaik-baiknya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat…
“Sekian ceramah pagi rabu..nanti dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni ok…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah,” tulisnya di Instagram.
Contoh sebegini yang perlu ditunjukkan pada anak-anak dalam mendidik mereka untuk menjadi insan yang soleh dan sentiasa merendah diri bila dewasa. Semoga anak-anak Tomok dan Ayu menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi kebanggaan dibu dan ayahnya.
Sumber: Media Hiburan & Ayu Abas
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...