Isteri Rela Bertarung Nyawa Demi Lahirkan Zuriat, Pandanglah Dia Dengan Kasih Sayang!

Share

Demi si kecil, si ibu sanggup bergadai nyawa melahirkan zuriat suami. Begitulah besarnya pengorbanan ibu. Mereka tak kisah jika nyawa jadi pertaruhan, tumpah darah dan pelbagai lagi komplikasi yang berlaku asalkan bayinya selamat. 

Tumpah darah adalah pendarahan yang berlaku apabila darah keluar melebihi 500 mililiter (ml) ketika bersalin secara normal atau melebihi 1,000ml bagi yang bersalin secara pembedahan. Walaupun kaedah pembedahan adalah selamat, ia juga boleh menimbulkan komplikasi tertentu selepas pembedahan seperti tumpah darah.

ISTERI RELA MATI

Baru-baru ini sahabat kepada isteri aku meninggal dunia akibat tumpah darah (haemorrhage). Bayangkan, pada waktu sebelum bersalin semuanya ok macam biasa, namun ianya berlaku selepas bersalin.

Tumpah darah ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Bayangkan kita buka sikit botol air yang 1ml tu kasi air keluar. Macam tu la darah keluar!

Tak boleh bayang aku, kalau berlaku perkara macam ini masa aku tengah bekerja. Nak pulang kembali ke rumah dan cepat-cepat bawa ke hospital.

Memanglah betul, kematian ibu yang disebabkan oleh mengandung dan melahirkan bukan lagi macam dulu. Zaman aku belajar dulu panggil maternal mortality ratio.

 

Kalau dulu, pada tahun 1950, sebanyak 540 kematian daripada 100,000 kelahiran. Sebaliknya 2010 pula cuma 26 kematian daripada 100,000 kelahiran.

Antara sebab-sebab utama;

1. Tumpah darah
2. Uri tak mahu keluar
3. Darah beku

Jadi, jika kita rasa rimas, bosan dan hambar dengan rumahtangga, kita kena tahu bahawa isteri kita sayang kita lebih dari dia sayang diri dia sendiri. Lebih dari nyawanya sendiri.

Martabat seorang wanita begitu diangkat tinggi di sisi tuhan, kerana mereka sanggup berhadapan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung kelahiran rantai zuriat.

Nasihat untuk diri sendiri dan semua, lihatlah isteri kita dengan pandangan kasih. Redha, sabar dan terimalah seadanya. Dia dah setuju nak hidup dengan kita, tinggal kita je nak jaga dia macam mana.

Hargai mereka.

Sumber : Najmi Nawawi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa