
Berita sedih pada hari Jumaat. Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.

Al-Fatihah buat arwah isteri saya, Akiko. Dia telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya.
Bagaimanapun, punca pemergian Akiko tidak dinyatakan.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar Ridzuan serta anaknya diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: ridzokumura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran’ – Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Bahaya ada di mana-mana. Tak kira siapa pun kita, anak menteri sekalipun tak terlepas daripada menjadi mangsa serangan.
Kejadian di Putrajaya petang semalam membuktikan bahawa keselamatan anak-anak sentiasa perlu diberi perhatian, walau di tempat awam.
Dalam kejadian sekitar jam 1.45 petang, anak Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang berusia 12 tahun itu dipercayai diserang ketika memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.
Beliau berkongsi kronologi kejadian itu di Facebook miliknya menerusi kenyataan media yang dimuat naik semalam.
‘Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran’

𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔
Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya.
Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal. Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.
Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.
ANAK KINI DAPATKAN RAWATAN UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT

Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.
Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.
PDRM BERTINDAK SEGERA
Sementara itu menurut laporan Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di Putrajaya pada Rabu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan menegaskan PDRM akan mengenal pasti serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Sumber: Rafizi Ramli dan Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergurau & Peluk Erat Nak Lepas Rindu. Video Tahanan Luang Masa Dengan Anak Buat Warganet Tersentuh

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang tahanan memeluk erat anak perempuannya ketika kanak-kanak itu datang melawatnya di sel polis.
Di dalam video tersebut dapat dilihat tahanan itu yang bernama Aceng sedang bergurau dengan anaknya. Dikatakan pada awalnya, kedua-dua beranak ini hanya dapat melepaskan rindu di sebalik tirai besi.
Mungkin disebabkan rasa ihsan dan terharu dengan hubungan ayah dan anaknya itu membuatkan salah seorang petugas di sana membukakan pintu sel tahanan tersebut.

Sebaik saja pintu dibuka, mereka dapat bermesra dengan lebih dekat sambil bergurau antara satu sama lain. Video ini menjadi tular selepas dimuat naik di akauan Instagram @undercover.id.
Baca Juga:
“Kini Hanya Tinggal Kenangan.” Suami Jatuh Laut Sebelum Ramadan, Tak Sempat Sambut Puasa Bersama
“Assalamualaikum Ayah..” Ramai Tersentuh Tengok Video Anak Singgah Pusara Ayah Lepas Sekolah
Namun tidak pula dijelaskan dengan lebih lanjut tentang kesalahan Aceng yang ditahan di sel polis Jambi.
Ramai yang terharu dengan perkongsian video tersebut dan ternyata ia mengundang rasa sayu warganet yang melihat betapa eratnya kasih sayang ayah tersebut dengan anak perempuannya.
“Mungkin dia gagal menjadi ‘orang baik’ tetapi dia tidak gagal menjadi seorang ayah.”
‘”alan cerita mereka Allah izinkan buat kita semua saksikan dan ambil iktibar. Ada hikmah besar buat mereka dan kita yang melihat juga.”
“Ada cinta yang begitu tinggi, yang tak mampu dihalang oleh jeriji besi. semoga anda hikmah buat anda dan keluarga.”
Dikongsikan untuk menjadi pengajaran serta berkongsi betapa hebatny kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Semoga Aceng dan keluarga terus tabah dengan ujian ini.
Sumber: Serambinews.com
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bibir Anak Biru, Pengasuh Dakwa Muka Tertutup Selimut

Ibu mana tak luluh hati bila anak yang dihantar dalam keadaan ceria, kini pulang tak bernyawa. Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan muka dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin. Kehilangan ini bukan sahaja meruntun jiwa keluarga, tetapi membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya keselamatan anak kecil di bawah jagaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kejadian 11.30 pagi (9 Disember 2024) disedari pengasuh wanita berusia 27 tahun apabila mendapati bayi berkenaan dalam keadaan terlentang dengan selimut menutupi mukanya.
Bapanya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia dihubungi isterinya, Ainol Izzah Raslan, 25, pada 11.40 pagi sambil menangis teresak-esak yang memaklumkan kejadian.

Katanya, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya memaklumkan keadaan anak tunggal mereka yang tidak sedarkan diri.
“Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir anak sudah biru, serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.
“Ibu saya kemudian membawa anak ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan doktor memaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, petang tadi.
Nazrul Nizam berkata, beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya,” katanya.
Ketika ini, jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


