
Berita sedih pada hari Jumaat. Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.

Al-Fatihah buat arwah isteri saya, Akiko. Dia telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya.
Bagaimanapun, punca pemergian Akiko tidak dinyatakan.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar Ridzuan serta anaknya diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: ridzokumura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-Kanak Lelaki Empat Tahun Maut, Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital!

Bukan ujian yang biasa-biasa buat kedua ibu dan ayah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Hafiz berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
– Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Pergilah Abang, Sayang Dah Reda. Sayang Kuat..” – Siti Aisyah

“Mulut abang tak pernah lekang dengan ucapan terima kasih. Terima kasih abang itu selalu buat sayang rasa dihargai.”
Demikian luahan isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa di Facebook miliknya pada Khamis.

Siti Aisyah Mohd Roslan, 34, turut menzahirkan rasa syukur susulan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pada Rabu berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.”
“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital,” tulisnya.
Baca Juga:
Anak Tak Berhenti Panggil Daddy, Momen Sayu Ketika Pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Nahas Helikopter TLDM, Semua Anak Mangsa Dapat RM1,000 Akaun SSPN

Kini katanya, dia pula ingin mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham suaminya itu kerana menjaganya dengan anak-anak, menjadi suami dan ayah yang baik, serta menantu yang baik buat ibu dan ayahnya.
“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang.”
Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Siti Aisyah juga memaklumkan hari ini adalah hari lahirnya malah bulan April adalah bulan yang disukainya.
“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.
“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya,” tulisnya.
Sumber: SINAR HARIAN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Larangan Jual Di Sekolah! KPM Tetapkan 12 Jenis Makanan & Minuman Ni Tak Patut Ada!

Ibu ayah selalu risau apa anak makan di sekolah. Bimbang makanan proses tinggi dijual berleluasa di sekolah.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sokongan Bahagian Pemakanan dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan garis panduan baharu dengan menyenaraikan 12 jenis makanan serta minuman yang tidak dibenarkan dijual di sekolah.
Langkah ini bertujuan melindungi murid daripada risiko pemakanan tidak sihat serta memastikan tumbesaran mereka berada pada tahap optimum.

Langkah ini diterima baik oleh ibu bapa yang selama ini menantikan garis panduan pemakanan di sekolah.
Dalam perkongsian rasmi di Instagram, KPM menegaskan larangan tersebut selari dengan usaha kerajaan menggalakkan gaya hidup sihat.
“Mengikut Peraturan Makanan 1985, makanan melepasi had tarikh luput dan makanan berbentuk permainan adalah dilarang untuk mengelak kebimbangan makanan yang membahayakan kesihatan murid,” katanya.

Antara makanan dan minuman yang dilarang:
* Makanan ringan turut tersenarai dalam kategori tidak dibenarkan. Antaranya ialah gula-gula, coklat, jeruk serta produk berkrim atau bersalut gula.
* Turut dilarang makanan diproses seperti kentang goreng, sosej, nugget dan lok cheng termasuk, bebola ikan, ayam atau daging sebagai snek untuk menggalakkan murid memilih makanan penuh khasiat protein.
* Makanan segera dalam bungkusan seperti mi segera, bihun, ramen, kuetiau, bubur segera mahupun sup segera juga dilarang kerana kandungan nutrisi yang rendah boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
* Produk konfeksi ais serta aiskrim pula perlu mematuhi syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh KKM dan KPM sekiranya ingin dijual di kantin sekolah.
* Sebarang minuman manis untuk pelajar seperti kordial, serbuk 3 dalam 1, minuman tenaga, isotonik, minuman herba dan minuman berkarbonat tidak dibenarkan kerana mengandungi gula berlebihan. Namun, teh dan kopi hanya dibenarkan untuk guru.
Pengharaman turut dikenakan terhadap makanan serta minuman beralkohol, selaras dengan usaha mendidik murid mengamalkan gaya hidup sihat sejak di bangku sekolah lagi.
Semoga larangan ini mampu membentuk tabiat pemakanan sihat pada anak-anak kecil sekaligus menurunkan masalah kesihatan dikalangan kanak-kanak.
Sumber: Kosmo! Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


