Dr. Shazrizal Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say mula terkenal apabila beliau menyertai program Hello Doktor di Astro. Beliau terus dikenali di instagram melalui perkongsian kesihatan yang dikongsi.
Dr. Say melalui perkongsian terbarunya di instagram, beliau berkongsi tentang kereta yang hampir 10 tahun dan masih digunakan olehnya dan isteri. Sayu melihat isteri yang masih bersusah payah menaiki kereta itu, beliau bercadang untuk mendapatkan kereta baru.
Pakai Kereta Perodua Viva Keluaran 2010
Ads
Sy drive Perodua Viva keluaran 2010 yg diturunkan drpd akak sy. Membeli kereta was never a priority for me cz sy fikir kereta is not an asset. With time, d value will depreciate & xmendatangkan keuntungan, asal bley gerak dari point A to point B cukup dh. Paling penting bg sy ialah menyediakan tempat berteduh bg bini, bakal baby & diri sendiri.
Parents Mula Bising Sebab Kereta Kopak & Rabak
Tapi parents sy dh mula bising sb yelah kereta ni dh agak kopak & rabak. Pnah one time bini eksiden dgn kete ni sb tertidur waktu Houseman dulu. Sedap die sagat divider jalan tapi no hal ketuk & cat & voila Viva kembali up & running. Skidded tak terkira dah, tayar pecah dh mcm rutin. Tp sy degil, masih dgn pendirian “buatpe nak bazirkan duit kt bnde yg kaum aku suke nak tayang ni”.
Ads
Bini Bersusah Payah Nak Masuk Kereta
Ads
Sejak bini makin sarat ni, pendirian sy mengenai kereta mula goyang. Bile tgk die bersusah2 nak masuk kereta (agak sempit dlm viva tuk yg sarat), bersusah2 nak bangun bile smpi destinasi (viva agak lowered) & setiap kali terlanggar lubang/ bumper, bini akan pegang perutnye (risau akan kandungannye) sayu sy melihatnye. Bini xpnah langsung complain/ mintak kete baru kt saye tapi… Aih berlinang mata karang, sambung part 2 nnt peeps.
Pelakon dan usahawan berbakat, Yana Samsudin, yang telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari sejak tahun 2015, kini berkongsi berita gembira yang kini dia sedang hamil anak keempat! Perkongsian bersama majalah Nona tersebut menjadi bukti bahawa impian mereka untuk memiliki keluarga besar semakin hampir menjadi kenyataan.
Tak Rasa Mencabar, Tapi Penuh Syukur
Walaupun ini merupakan kehamilan keempat, Yana mengakui ia adalah antara pengalaman paling mudah dan tidak mencabar setakat ini. Katanya, mungkin sebab sudah terbiasa dengan peranan seorang ibu dan lebih memahami tubuh sendiri. Tenang dan bersyukur, itu rahsia dia hadapi kehamilan kali ini.
“Kandungan kali ini kurang mencabar, masih mencabar tapi kurang sikit berbanding anak ketiga saya. Waktu tu sampai tak boleh bangun semua kan. Kali ni masih ada morning sickness tapi masih boleh bekerja sedikit.”
Impian Miliki Keluarga Besar Akhirnya Dimakbulkan
Menurut Yana, sejak awal perkahwinan lagi dia dan Fadzil memang memasang niat untuk mempunyai keluarga besar. Malah, dia tak malu mengaku yang dia pernah berdoa untuk dikurniakan ramai anak – dan doa itu kini makin dimakbulkan satu demi satu.
“Semua tahu kan saya ada PCOS, jadi saya menunggu 4 tahun dari anak sulung ke anak kedua dan 4 tahun lagi untuk dapat anak ketiga tapi kali ni alhamdulillah, anak ketiga baru setahun setengah saya pregnant anak keempat ni. Memang impian saya nak anak lebih dari 2,3. Allah makbulkan.”
Sokongan Suami Jadi Kekuatan
Yana turut berkongsi bagaimana sokongan suami tersayang banyak membantu mengurangkan tekanan sepanjang kehamilan. Fadzil bukan sahaja memahami keperluan emosi dan fizikalnya, malah sentiasa ada bila diperlukan. Bagi Yana, itu adalah nikmat yang tak semua orang dapat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah wanita berasa serik untuk hamil selepas kelahiran yang sebelumnya. Biasanya ibu mungkin masih teringatkan detik-detik alahan semasa hamil atau betapa sakitnya ketika melahirkan si manja.
Walau bagaimanapun, perasaan itu hanya seketika. Apabila anak itu semakin membesar, akan mula timbul rasa rindu untuk kembali hamil. Benar, kan?
Berikut adalah antara keistimewaan dan kelebihanyang dilalui oleh para ibu hamil yang mana hanya boleh dirasai sepanjang tempoh 40 minggu kehamilan.
Wajah berseri
Ada segelintir ibu hamil mempunyai wajah yang lebih berseri berbanding sebelum hamil. Menurut kata orang tua-tua, hal ini terjadi disebabkan kandungan itu adalah lelaki.
Namun, berdasarkan fakta sains, ia berkemungkinan besar berkaitan dengan peningkatan hormon dan aliran darah yang lebih banyak semasa hamil.
Selain daripada itu, ia mungkin juga mempunyai hubung kait dengan tahap kesihatan anda semasa hamil. Sekiranya tiada apa-apa komplikasi kehamilan, tentu sahaja anda lebih gembira dan itu memberi kesan positif terhadap penampilan dan rupa wajah anda.
Tiada tekanan tentang masalah berat badan
Sebelum hamil, kalau ada yang menegur tentang pertambahan berat badan, anda pasti rasa tertekan. Namun, lain halnya kalau anda hamil. Kata-kata itu pasti tidak diendahkan. Apa yang penting ialah anda dan bayi sama-sama sihat.
Apa-apa pun, anda janganlah mengamalkan pemakanan untuk dua orang ya. Hal ini kerana anda hanya perlukan tambahan 300 – 500 kalori sehari berbanding sebelum hamil.
Boleh mengidam
Tentu seronok bila suami sanggup dan sentiasa bersedia menyediakan atau mencari apa sahaja jenis makanan yang anda idamkan. Sehubungan itu, perlu anda tahu bahawa rasa mengidam yang dilalui itu adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang mungkin boleh didapati dalam makanan berkenaan.
Jika suami gagal mendapatkan makanan yang digambarkan dalam bayangan anda, janganlah kecewa. Sebaliknya, anda boleh minta suami untuk mencari makanan yang lebih kurang sama dengan gambaran anda.
Tendangan bayi
Tendangan bayi dalam kandungan sememangnya saat yang dinantikan oleh semua ibu yang sudah hamil. Kali pertama dapat merasai tendangannya pasti mampu membuatkan anda menangis kegembiraan.
Hal ini kerana ia menandakan bahawa bayi anda berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, ia juga petanda ikatan kasih sayang antara ibu dan anda lebih kuat terjalin. Momen itu pasti meninggalkan kenangan yang tidak dapat anda lupakan.
Dapat status ‘VIP’
Di mana-mana tempat awam, anda pasti menjadi keutamaan. Di dalam tren, bas, kaunter bank dan banyak lagi tempat yang lainnya, anda diberi keistimewaan apabila ada pengkhususan untuk wanita yang sedang hamil.
Lebih perhatian daripada ramai orang
Apabila hamil, suami akan bertambah sayang. Begitu juga dengan ibu bapa kedua belah pihak. Pasti mereka memberi lebih perhatian kepada anda dan tahap kesihatan bayi di dalam kandungan.
Lebih daripada itu, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sepejabat pun akan memberi perhatian kebajikan diri anda dan bayi.
Jika ada anak terdahulu pun, dia pasti lebih mudah mendengar kata kerana kasih kepada bayi yang sedang anda kandungkan.
Kalau sebelum hamil, mungkin anda sukar membeli-belah tidak kira waktu kerana perlu mengutamakan hal-hal lain yang lebih penting. Namun, apabila hamil, suami anda pasti tidak berkira kerana apa yang anda beli adalah untuk kemudahan kalian berdua dan bayi yang bakal dilahirkan juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang tak faham cara betul kira usia kandungan bunting pelamin sampai mengata wanita yang baru berkahwin 4 minggu tapi dah mengandung 6 minggu sebagai hamil luar nikah. Jangan salah anggap dulu ya sebelum tahu cara betul kira usia kandungan ibu hamil.
Info ini mesti difahami betul-betul oleh suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga serta semua masyarakat. Bukan apa ada kes si suami yang tak tahu menahu pasal kiraan usia kandungan bergaduh dan menuduh si isteri sudah mengandung sebelum bernikah dengannya.
Dr Rusyainie Ramli menulis satu posting di facebook beliau bagi membetulkan salah tanggapan yang tular baru-baru ini tentang usia kandungan bunting pelamin. Harap jangan ada lagi suami atau makcik-makcik yang salah anggap dan ‘sok sek sok sek’ di belakang mengata yang tak betul tentang wanita yang bunting pelamin! Mari kita fahamkan betul-betul.
BUNTING PELAMIN.
Semalam ada kawan tanya. Macam mana dia mengandung 6 minggu. Sedangkan dia baru kahwin, kurang dari itu.
Saya akan terangkan dalam bahasa yang paling ringkas. Harap dapat difahamkan.
Senang saja. Kita kira tarikh mula mengandung pada hari pertama haid pada bulan terakhir. Wanita kena ingat kalau misi atau doktor tanya tarikh Last Menstrual Period, tulah dia. Bila haid habis tak penting.
Katakanlah Puan A datang haid pada tarikh 1/1/18.
Kitaran haidnya adalah setiap 28 hari.
Dia bernikah pada 12/1/18.
Hubungan kelamin terjadi lepas tu.
Kita anggap ovulasi iaitu penghasilan ovum dari ovari berlaku pada hari 14 dari tarikh haid pada bulan tu.
Kebiasaannya kitaran haid adalah antara 24 ke 35 hari, dan ovulasi boleh berlaku antara hari ke-7 haid hingga ke-21.
Ovum yang telah dikeluarkan bertahan selama 24 jam.
Sperma boleh hidup dalam rahim wanita selama 3-7 hari.
Jadi persenyawaan berlaku.
Persenyawaan tu bermaksud sperma dari lelaki dan ovum dari perempuan bergabung dan membentuk embrio.
Telur yang telah disenyawakan akan melekat pada dinding rahim.
Confirm Mengandung!
Pada lebih kurang tarikh 29/1/18, sepatutnya Puan A akan datang haid lagi. Tapi dia tak.
Dia tunggu dalam masa 5-7 hari, dan masih belum haid dan dia buat ujian mengandung menggunakan urin, positif. Maka dia mengandung.
Usia kandungan kita kira dari tarikh 1/1/18. Sebab tulah usia kandungan tu pada pandangan kasar lebih hari dari tarikh dia berkahwin.
Tulah dia bunting pelamin. Siapa kata fakta sains tak buat kita teruja. Terutama bila kita belajar biologi badan kita sendiri.
Usah biarkan diri kita diselubungi mitos!
Jap! SAYA TIDAK MENGANDUNG ya. Umur pun dah masuk 4 siri. Hahaha. Kang ada yang salah faham.