Bersyukurlah wahai suami anda mempunyai isteri yang sangat mengambil berat. Walaupun sesekali pertanyaan dan soalan isteri itu agak merimaskan, tetapi sebenarnya ada makna yang kita tak nampak di kemudian hari.
Mungkin bagi suami, pertanyaan yang sama itu tak penting namun bagi seorang isteri itulah buktinya dia mengambil berat dan risaukan suami. Sepatutnya suami perlu berterima kasih.
Menurut Imam Muda Hassan, isteri selalu tanya “Abang Kat Mana”, bukanlah erti dia mengongkong suaminya.
Ada suami yang mengadu, katanya isteri sangat busy body, ke hulu ke hilir semua dia nak tanya. “Abang bila nak balik?”, “abang kat mana tu?”, “abang dah lewat malam ni, abang OK ke tu?
Siapa suami yang selalu dapat call atau whatssapp dari isteri soalan macam ni? Rimas ke?
Ada suami yang sampai jadi stress dengan keadaan isteri yang terlalu risaukan keberadaan suaminya. Sampaikan ada yang berperang besar dengan isu ini sahaja.
Ya, teman tahu, temanpun suami juga, orang lelaki memang tidak suka ditanya soalan-soalan macam ni sebab kita ni ketua keluarga. Kita merasakan seperti hilang kuasa ‘ketua keluarga’ bila asyik ditanya soalan sebegini kan?
Pernah berlaku tragedi di mana suami ugut isteri dengan perceraian kalau tanya soalan “abang kat mana”, si suami bagi amaran pada isteri agar jangan ambil tahu hal suami, hinggalah menyebabkan si isteri mula membiarkan keadaan suami, nak buat apa pun suka hati lah, si isteri langsung tak nak masuk campur lagi. Nak balik rumah ke, tak nak balik rumah ke, ikut mu la!
Satu hari suami terlibat dalam kemalangan tanpa pengetahuan sesiapapun termasuk isterinya. Isteripun sudah lali dengan keadaan suami yang tak balik rumah beberapa hari. Jadi isteri beranggapan suaminya sihat walafiat di luar.
Cuma panjang umur suami, Allah masih memberi nafas pada si suami untuk meneruskan kehidupan.
Daripada situ barulah suami sedar kenapa isteri kerap bertanya “abang kat mana”, bukan sebab dia busy body tapi dia sangat risaukan keselamatan suaminya di luar rumah.
So, suami ubahlah sudut pandang agar kita tidak stress dengan berbisik dalam hati tatkala isteri bertanya “abang kat mana” dengan monolog dalam hati: “isteri aku ni sayang & risaukan keselamatan aku sebab tu dia tanya aku kat mana”.
Kredit: Imam Muda Hassan
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)