Berkat kesabaran selepas tujuh tahun menunggu, akhirnya Allah kurniakan sepasang cahaya mata sekaligus buat pasangan Mohd Zulmadi Sedek dan isterinya, 34, Norihan Dir, 34.
Menerusi laporan Metro, biarpun si isteri pernah memberi keizinan untuk berkahwin lagi, namun Mohd Zulmadi memilih untuk setia dengan isterinya.
Pasangan yang menetap di Kampung Tepoh, Kuala Terengganu, dikurniakan anak kembar tahun lalu, selepas tujuh tahun menunggu.
Kisah mereka tular selepas Norihan berkongsi video menceritakan kesetiaan suaminya di TikTok baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Mohd Zulmadi mengakui isterinya pernah mengesyorkannya berkahwin lagi kerana dia terlalu lama inginkan cahaya mata.
“Saya tak ambil serius kata-kata isteri itu dan buat tak endah saja. Nak kahwin bukan senang kerana kena jaga anak orang dan belum tentu dapat zuriat jika berkahwin lagi.
“Lagipun, saya sudah berjanji dengan diri sendiri walau apa yang berlaku tetap akan bersama isteri. Cuma biasalah, ada kawan terdekat usik dengan syorkan saya berkahwin lagi,” katanya.
Tak putus asa berusaha
Menurut Mohd Zulmadi, dia tidak pernah mengira wang belanja dikeluarkan sepanjang tujuh tahun berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Apa yang pasti, Mohd Zulmadi sudah lakukan pelbagai cara daripada rawatan tradisional hingga moden termasuklah rawatan kesuburan inseminasi intrauterin (IUI) dan persenyawaan in vitro (IVF).
Ads
“Kami sudah pergi merata tempat untuk berikhtiar menjalani rawatan termasuk bertemu dengan ustaz iaitu pengamal perubatan Islam di Kuala Lumpur dan Melaka.
“Tiga ke empat kali juga ke sana namun tiada rezeki juga dapat anak sehingga berhasil selepas menjalani IVF.
“Jujurnya, saya tidak tertekan kerana sentiasa ingat dan percaya rezeki daripada Allah. Kalau tak reda macam tak terima takdir jadi sabar saja dan syukur apabila Allah akhirnya makbulkan doa kami dengan beri anak kembar sekali gus,” katanya.
Soal rezeki ketentuan Allah
Sementara itu, Norihan berkata, dia syorkan suaminya berkahwin lagi sebelum ini kerana enggan pentingkan diri memandangkan masalah kesuburan berpunca daripadanya.
Ads
Dia juga tidak nampak harapan untuk mereka menimang zuriat sendiri memandangkan pelbagai ikhtiar sudah dilakukan tetapi tidak berhasil.
“Saya tawarkan suami berkahwin lagi kira-kira dua tahun lalu dan ia (cadangan berkahwin lagi) tidak diketahui sesiapa melainkan kami.
“Ikutkan tak mahu tapi saya sedih sebab tahu dia (suami) nak anak memandangkan kami sama-sama berjuang dan dia pun positif dengan ikut saja ke mana saya pergi (menjalani rawatan).
“Suami senyap selepas dengar cadangan saya itu sebelum bersuara dengan mengatakan jika kahwin dua tidak dapat anak takkan nak kahwin lagi untuk kali ketiga dan berikutnya.
“Dia juga ingatkan saya soal anak rezeki daripada Allah jadi kena reda. Alhamdulillah, selain keluarga, ibu mentua banyak beri sokongan walaupun tiga kali gagal rawatan IUI pada 2017 dan hanya berjaya dapat zuriat selepas kali ketiga menjalani IVF,” katanya yang bakal menyambut ulang tahun pertama anak kembarnya, Noah Mateen dan Nuha Medina pada Ahad ini.
Ads
Mengenai perkongsiannya di TikTok, Norihan berkata, niatnya sekadar untuk memberi semangat buat pejuang garis dua yang lain supaya terus berusaha dan jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Saya pernah tiga kali menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst dan tiub fallopio tersumbat hingga doktor kata payah untuk hamil normal.
“Apabila reda, akhirnya dapat juga (zuriat) jadi jangan putus semangat dan saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan saya selepas kisah dikongsikan tular dan semoga yang baik juga untuk anda semua,” katanya.
Sebentar tadi tular beberapa video penderaan kanak-kanak perempuan di laman sosial. Video tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah selebriti, ahli politik serta pihak Istana dan rata-rata kesal dengan tindakan wanita tersebut yang seakan tidak berhati perut terhadap anak kecil itu.
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim telah menerima beberapa video penderaan yang berlaku dan turut menzahirkan rasa kecewa.
@theaqil7⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!
Tambah YM Che’ Puan Khaleeda lagi, beliau akan pastikan pendera tidak terlepas daripada hukuman dan beliau masih lagi cuba mendapatkan maklumat penuh kes penderaan tersebut.
Pesanan buat ibu bapa yang ada anak kecil. Satu kita kena tahu, anak-anak kecil ni hijab mereka masih terbuka di mana dia orang boleh nampak makhluk halus. Biasanya hijab akan tertutup dengan sendirinya bila anak itu berusia 4 tahun.
Kalau tetiba anak tu nampak macam pelik, merenung satu tempat dalam rumah contohnya atau tetiba menjerit menangis tanpa sebab, jangan panik. Tutup mata anak dan bawa jauh dari tempat tu..
Ambil air, bacakan Al-Fatihah 11x, Ayatul Kursi 11x dan Selawat Nabi 11x. Gunakan air tu untuk ambilkan wudhu kat anak. Peluk anak kuat-kuat lepas tu.
Syaitan dan Iblis memang suka mengacau anak-anak kecil terutamanya bayi sebab mereka benci dengan kelahiran khalifah baru ke dunia.
Selepas tu boleh baca Surah Al-Baqarah. Kalau tak pandai baca, buka la youtube ke. Biar bacaan surah sampai habis. Iblis dan Syaitan ataupun jin yang jahat tidak akan ada di dalam rumah yg dibacakan Surah Al-Baqarah.
Tapi ingat ya sekali baca, ia hanya mampu bertahan selama 3-4 hari je. Lepas tu kena ulang semula ya. Sebaiknya selalulah perdengarkan ayat-ayat suci al-Quran ketika dalam rumah atau ke mana-mana saja tempat.
Semoga anak-anak kita terlindung daripada gangguan Iblis dan Syaitan!
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian penyanyi Siti Sarah ditangisi ramai. Walaupun tiada apa-apa ikatan ibaratnya Malaysia kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Apa rahsia dan amal kebaikannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Perginya di awal pagi Isnin, hari yang baik di mana Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
Bagi yang mengenali arwah mungkin tahu sifatnya, tapi bagi kita yang tak pernah kenal secara dekat, sejak arwah dimasukkan ke hospital, bertarung nyawa melahirkan bayinya sehinggalah menghembuskan nafas terakhir, setiap hari pasti nak tahu perkembangan arwah.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, di Instagram Rebecca Nur Islam berkongsi mesej perbualan terakhir bersama allahyarhamah yang sentiasa memberi semangat buat Rebecca dan keluarganya ketika disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
“Itu je yang cuma I minta…”
Rebecca berkongsi mesej dan hantaran suara terakhir daripada Siti Sarah. Difahamkan, Siti Sarah telah memberi kata-kata semangat kepadanya sewaktu keluarga dan pembantu rumah Rebecca disahkan positif Covid-19, tempoh hari.
Just I want help you. I want to make sure that InshaAllah your kids, your husband, and yourself akan pulih seperti biasa. Itu je yang cuma I minta. Mungkin Allah akan permudahkan urusan I sekiranya I permudahkan urusan orang.
Bukan itu saja, Rebecca turut berkongsi dia pernah termimpi Siti Sarah pada hari Jumaat (6 Ogos) kira-kira jam 3.30 pagi di mana arwah Siti Sarah datang kepadanya dalam keadaan berpakaian serba putih sambil tersenyum dan tiada sebarang ungkapan kata.
Rebecca juga tidak sangka rupanya mimpi tersebut telah dijawab dengan berita pemergian Siti Sarah buat selama-lamanya.
“Lembik seluruh badan ku ini..Speechless, sedih teramat sangat dengan pemergiannya.
“Walaupun kami hanya kenal seketika, tetapi pemergiannya amat dirasai dan di tangisi kami semua rakyat Malaysia..Lebih-lebih lagi dalam keadaan syahid baru melahirkan anak. Allahuakbar..
“Pastinya kami semua percaya Syurga menanti Bidadari Syurga ini..,” tulisnya.
Berita yang sangat sedih…
Moga Shuib dan anak-anak terus kuat kuat semangat menempuhi hari-hari mendatang tanpa seorang isteri dan ibu yang dikasihi. Insya-Allah amin!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.