Isteri Susah Nak Menangis. Sekali Jatuh Air Mata, Hanya Suami Tahu Jawapannya!

Share

Lumrah seorang wanita, selagi dia boleh bertahan, jarang dia nak menitiskan air mata. Kecuali jika benar-benar dah sampai kemuncaknya, hanya air mata boleh buat dia sedikit tenang.

Menurut Pakar Motivasi, Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami harus faham jika isteri menitiskan air matanya, bermakna ada sesuatu yang boleh menyebabkan isteri menjadi sedemikian.

Tingginya nilai air mata seorang wanita. Di saat seorang wanita menangis di hadapanmu, bukan tanda dia lemah. Namun betapa kuat dirinya menahan dan memendam demi sebuah kebahagiaan.

Peganglah tangannya dengan sebuah pengertian, maka dia akan bersamamu selamanya. Jika kamu membiarkannya pergi, maka pergilah dia bersama tangisannya selamanya.
Lihatlah anak matanya, rasakan kesakitan yang terpendam dari dalam dirinya.

Hitunglah setiap titis air matanya. Kamu akan lihat betapa beratnya beban dari deras air matanya.

Para suami, sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana dia lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan darimu.

Dia menangis kerana tak dapat menanggung beban dari dalam hatinya. Dia meronta-ronta, merintih dan lemas dalam kesedihan tak bertepi.

Waktu ini, fikirkan sejenak apa yang kamu lakukan untuknya. Hanya kamu sahaja yang tahu jawapan itu. Pertimbangkanlah baik-baik.

Kerana satu saat nanti, kamu mungkin akan terlambat untuk mengucap sepotong ayat, “Abang minta maaf!”

Masa itu segalanya sudah terlambat. Tak mampu dibaiki dan diungkapkan apa-apa untuk lagi. Maka jangan kita biarkan keadaan itu berlaku pada kita.

Sedarlah bahawa, Allah kuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anakmu. Allah lembutkan hatinya untuk menyelimuti hatimu hingga tenteram.

Allah berikan naluri yang kuat untuk tetap saling menyayangi walau pada saat itu wanita itu dikhianati berkali-kali.

Maka, layakkah kita mengasari dan menyakiti hatinya disebabkan oleh ego kita yang meninggi? Tentu tidak, bukan.

Moga kita buka mata dan hati. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencipta kebahagiaan berumahtangga.

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berpesan-pesan pada para suami isteri hari ini.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy