Sudah menjadi kebiasaan, jika ada posting di media sosial yang berkait dengan soal rumah tangga atau pengurusan anak-anak, isteri cenderung untuk tag nama suami. Bukan apa, mahu berkongsi maklumat. Supaya sama-sama tahu dan menambah pengetahuan.
Jarang sekali kita lihat suami komen panjang pada tag si isteri. Paling tidak hanya beri tanda like atau komen noted sahaja. Sekurang-kurangnya suami begini masih ada inisiatif untuk respon kepada si isteri. Walaupun mungkin isteri tetap tidak berpuas hati kerana hanya meninggalkan tanda like dan noted sahaja, tetapi ia lebih baik dari si suami berdiam sahaja tanpa respon.
Artikel Menarik: [Keracunan Walaupun Hanya Minum Susu Ibu. Bila Periksa Rupanya Botol Bercalar]
Sebagai seorang suami, pengguna laman Facebook, Najmi Nawawi, berkongsi pendapatnya tentang hal ini. Katanya, dia memahami yang golongan lelaki memerlukan masa untuk membaca dan hadamkan sesuatu maklumat. Lelaki suka fikir betul-betul dan kaji setiap post yang dikongsikan, cuma katanya lagi sebagai suami harus lebih pantas untuk absorb info-info penting begini.
Jika isteri suka tag kita dekat post-post di FB. Itu tanda isteri sayang pada kita. Lagi banyak dia tag, lagi bagus. Dia rasa post-post tu bermanfaat, jadi dia nak ‘share’ dengan kita agar sama-sama dapat manfaat.
Kalau boleh, paling tidak pun, kita komen la sikit. Kalau rasa susah nak komen, belajar mulakan dengan bagi like dulu. Apa susah, click sahaja tanda ‘thumbs up’ tu.
“Abang ni bukan baca pun, tekan like je.”
Sebab itu kalau boleh kita kena komen juga sikit. Tahu-tahu sahajalah perempuan ini detail. Dan mereka ini jenis suka dengan kesungguhan orang lelaki. Jadi komenlah sikit, paling kurang tulis noted.
Artikel Menarik: [Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab!]
“Setakat noted, bukan baca pun tu.”
Oh lupa, kenalah komen panjang sikit. Kalau pendek-pendek macam tu, nampak kurang kesungguhan. Apa salahnya luangkan beberapa saat tambahan untuk panjangkan komen setidaknya satu ayat.
“Tengok tu, post tentang lain, komen tak ada kaitan. Tak baca la tu.”
Ha. Sebab itulah janganlah terus laju komen, baca tu wajib. Jangan nak selamat je. Isteri nak berkongsi manfaat post berkenaan dengan kita. Bacalah dengan hati yang ikhlas, percayalah komen kau pasti disukai nanti.
“Abang ni, dah lama tag. Bukan nak balas cepat. Orang lain punya post laju pulak komen.”
Ya, aku tahu, kita ini orang lelaki kalau nak baca dan hadam, memang ambil masa. Kita nak fikir betul-betul dan kaji post berkenaan. Tetapi kita kena belajar untuk ‘absorb’ info penting dengan pantas. Kalau boleh, respond-lah tag isteri kurang dari 30 minit pertama dengan komen paling bernas. Biar nampak bijak.
p/s : Kesimpulannya, balas tag dengan like dan komen dengan huraian berkaitan post, ditambah dengan hujah sokongan yang bernas.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Najmi Nawawi