Bila orang tanya nak berapa anak, ‘biasanya ada yang dah awal-awal cakap kena rancang dengan suami dulu, tanya suamilah.’ Kenapa isteri akan cakap macam ni?
Sebabnya bila buat keputusan sendiri tapi suami tak setuju tak boleh juga. Jadi sebaiknya persefahaman antara pasangan perlu. Memahami dan saling bertolak ansur penting untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga.
Perkongsian dari seorang suami, Firdaus Shakirin mengenai pengorbanan isteri dan bagaimana sepatutnya suami perlu menghargai isteri sangat menyentuh hati dan bermanfaat.
Teringat saya satu kisah yang berlaku pada diri saya, back in 2014…Saya anak dah 3 sekarang, 2 perempuan, 1 lelaki…doktor kata dah cukup dah (faham x?)…kalau diikutkan diri sendiri, memang nak anak ramai, tapi kena fikir kemampuan isteri jugak…boleh atau tak boleh, keadaan dirinya mengizinkan atau tak mengizinkan untuk dia mengandung lagi, beranak lagi.
Masa isteri nak melahirkan anak kedua, doktor panggil saya masuk labour room, doktor cakap uri terlekat di rahim…kalau dia tak dapat pisahkan uri dan rahim, maka dia akan buang rahim…keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan maut, dia tak boleh tunggu lama-lama.boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Doktor minta izin saya untuk buang rahim isteri.
Isteri dah nangis-nagis dah, saya pun tahu sebab apa. Kalau buang rahim, dia takkan boleh mengandung lagi dah. Dia tak boleh bagi zuriat kat saya lagi dah, saya tengok isteri saya, saya pula rasa sebak, then saya cakap kat doktor, “Kalau ianya melibatkan nyawa, buanglah rahim tu doktor…saya nak isteri saya selamat…bab anak ni, cukup dengan apa yang dah ada, yang saya dah dapat, yang Allah dah bagi…sekurang-kurangnya, saya dah ada anak daripada orang yang tak ada lagi” macam tu ja nak sedapkan hati saya, dan hati isteri.
“Jangan menangis, jangan fikir banyak, abang terima seadanya diri ayang, abang cuma nak ayang selamat sahaja”
Selesai ja pembedahan, anak dah keluar, isteri pun keluar, doktor cakap kat saya, “Alhamdullilah, rahim isteri awk masih ada, uri dapat dipisahkan dari rahim…” Saya bersyukur sangat-sangat, sebab isteri saya selamat…ini yang lebih penting…bab rahim tu, tak fikir apa dah.
Sekarang anak dah tiga, masa anak no 3 tu, doktor dah buat BTL (google sendiri)…potong terus dah…so, cukup setakat 3…ketiga-tiga anak keluar dengan kaedah Caesaran…Doktor ckp, perut isteri tu dah nipis, kat tempat luka dia tu, sebab tiga-tiga anak jarak dekat-dekat dan dia orang potong tempat yang sama…bila doktor kata, ini jalan yang terbaik, maka saya ikut sebab saya sayangkan isteri saya, saya lebih perlukan dia di dunia ni…kalau baik untuk isteri, maka baiklah untuk saya…apa yang saya nak tu, nak anak ramai-ramai tu, bungkus tepi, baling jauh-jauh. Keadaan dan kesihatan isteri lebih penting.
Mugkin juga Allah uji saya macam ni, nak tengok saya mampu terima takdir dan ketentuan DIA atau tidak, tentang apa yang saya nak dalam hidup ni. Nak anak yang ramai ke, atau nak ada isteri yang sihat dan selamat. Namun saya cukup-cukup bersyukur dengan apa yang saya dah ada, tak lebih, tak kurang, dah lengkap sebenarnya hidup saya. Cukup sempurna dah.
Isteri ni, kebanyakannya tak ada masalah untuk nak mengandung berapa kali pun, as long as kita bertanggungjwb dengan apa yang kita buat…Jangan sekadar tahu buat anak sahaja tapi tak tahu jaga anak.
Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca. Anak tu tanggungjawab ibu dan bapa, bukan ibu sahaja kena sama-sama jaga.
Sumber: Firdaus Shakirin