Siapa yang tak nak anak ramai kan? Lagi-lagi bila usia masih lagi muda dan berkemampuan untuk menambah zuriat. Seronok memang seronok, tapi bila memikirkan kesihatan si isteri, apatah lagi yang beranak kerap, suami perlu buka mata.
Luahan hati suami bernama Firdaus Shakirin di facebooknya ini benar-benar menyentuh hati kita. Benar, nyawa isteri lebih penting daripada segala-galanya.
Teringat saya satu kisah yang berlaku pada diri saya, back in 2014. Saya anak dah 3 sekarang, 2 perempuan, 1 lelaki…doktor kata dah cukup dah (faham tak?). Kalau diikutkan diri sendiri, memang nak anak ramai, tapi kena fikir kemampuan isteri jugak, boleh atau tak boleh, keadaan dirinya mengizinkan atau tak mengizinkan untuk dia mengandung lagi, beranak lagi.
Masa isteri nak melahirkan anak kedua, doktor panggil saya masuk labour room, doktor cakap uri terlekat di rahim. Kalau dia tak dapat pisahkan uri dan rahim, maka dia akan buang rahim. Keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan maut, dia tak boleh tunggu lama-lama, boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Doktor minta izin saya untuk buang rahim isteri.
Ads
Isteri dah nangis-nangis dah. Saya pun tahu sebb apa, kalau buang rahim, dia takkan boleh mengandung lagi dah. Dia tak boleh bagi zuriat kat saya lagi dah. Saya tengok isteri saya, saya pulak rasa sebak, then saya cakap kat doktor, “Kalau ianya melibatkan nyawa, buanglah rahim tu doktor, saya nak isteri saya selamat. Bab anak ni, cukup dengan apa yang dah ada, yang saya dah dapat, yang Allah dah bagi. Sekurang-kurangnya, saya dah ada anak daripada orang yang tak ada anak lagi”. Macam tu ja nak sedapkan hati saya, dan hati isteri.
“Jangan menangis, jangan fikir banyak, abang terima seadanya diri ayang, abang cuma nak ayang selamat sahaja”
Ads
Selesai ja pembedahan, anak dah keluar, isteri pun keluar, doktor cakap kat saya, “Alhamdullilah, rahim isteri awk masih ada, uri dapat dipisahkan dari rahim…” Saya bersyukur sangat-sangat sebab isteri saya selamat. Ini yang lebih penting…bab rahim tu, tak fikir apa dah.
Sekarang anak dah tiga, masa anak no 3 tu, doktor dah buat BTL, potong terus dah. So, cukup setakat 3. Ketiga-tiga anak keluar dengan kaedah Caesaran. Doktor cakap, perut isteri tu dah nipis, kat tempat luka dia tu, sebab tiga-tiga anak jarak dekat-dekat dan potong tempat yang sama. Bila doktor kata, ini jalan yang terbaik, maka saya ikut sebab saya sayangkan isteri saya, saya lebih perlukan dia di dunia ni. Kalau baik untuk isteri, maka baiklah untuk saya. Apa yang saya nak tu, nak anak ramai-ramai tu, bungkus tepi, baling jauh-jauh. Keadaan dan kesihatan isteri lebih penting.
Ads
Mugkin jugak Allah uji saya macam ni, nak tgok saya mampu terima takdir dan ketentuan DIA atau tidak. Tentang apa yang saya nak dalam hidup ni, nak anak yang ramai ke, atau nak ada isteri yang sihat dan selamat. Namun saya cukup-cukup bersyukur dengan apa yang saya dah ada, tak lebih, tak kurang, dah lengkap sebenarnya hidup saya. Cukup sempurna dah…
Isteri ni, kebanyakkannya tak ada masalah untuk nak mengandung berapa kali pun, as long as kita bertanggungjwb dengan apa yang kita buat. Jangan sekadar tahu buat anak sahaja tapi tak tahu jaga anak…
Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca. Anak tu tanggungjawab ibu dan bapa…bukan ibu sahaja, tapi kena sama-sama jaga.
Kredit: Firdaus Syakirin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konsep makanan rapu adalah sebagai kudapan. Tapi disebabkan makanan ini diambil untuk isi perut, inilah yang menyebabkan ketagihan.
Kenapa ketagihan? Kerana bahan didalamnya.
Jadi macam mana nak buat kalau anak memang tak nak makan (realfood/makanan bernutrisi) sebab sukakan junkfood?
HENTIKAN TERUS SUPPLY JUNKFOOD. Jangan bagi langsung wujud junkfood dirumah mahupun diluar.
Penuhkan peti ais kita dengan buah-buahan. Sentiasa ada masakan di meja makan (realfood). Jadi kita kekalkan konsep kudapan.Yang berbeza ialah makanan apa jadi kudapan.
Kalau anak mogok lapar hingga tak dapat zat yang baik? Manusia normal akan cari makanan sebagai survival hidup. Beliau takkan biar dirinya mati kelaparan. Mereka akan makan buah-buah dalam peti tu, percayalah.
Lauk yang kita masak harian tu akan jadi survival food untuk anak-anak yang baru nak belajar tukar ‘healthy eating habit’.
Jadi ibu percayalah, jika anak mengamuk sekalipun, lama-kelamaan anak akan makan juga makana sihat jika kita terus disiplin dan tegas dengan mereka.
Mungkin awalnya susah tapi lama-kelamaan anak akan dapat kembali pada pemakanan sihat. Tak terlambat lagi untuk mulakan dari sekarang!
Setiap ibu bapa tentunya mahukan anak-anak membesar dengan sihat dan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun itu semua tidak dilalui oleh anak sulung Md Roslin Kamaruddin, 34 yang telah menjalani dua pembedahan besar termasuk membuang satu buah pinggangnya bagi merawat kanser buah pinggang tahap empat yang dihidapinya sejak setahun yang lalu.
Ahmad Maulana Md Roslin, 6 merupakan kanak-kanak yang aktif dan dilahirkan sihat tapi kini anak yang masih lagi kecil terpaksa bergantung dengan rawatan kemoterapi kerana penyakit yang dihidapinya itu.
Menurut laporan Sinar Harian, Md Roslin berkata pembedahan tersebut tidak mematikan sel kanser sebaliknya telah merebak ke bahagian usus dan buah pinggangnya.
"Saya sedih melihat keadaannya dan bimbangkan masa depannya. Sebagai bapa saya mahu yang terbaik untuk anak saya dan diberikan rawatan terbaik kepadanya, namun saya tidak berkemampuan.
Tak Dapat Bantuan Kerana Masalah Dokumentasi
"Dia tidak mendapat bantuan sewajarnya kerana masalah dokumentasi. Walaupun lahir dalam negara namun pendaftaran kelahirannya yang lewat kerana dibesarkan isteri di Medan sehingga umurnya tiga tahun menyukarkan proses pendaftaran," katanya.
Katanya, dia berharap proses peroleh kewarganegaraan diselesaikan segera bagi menyelesaikan isu tunggakan bil di dua hospital mencecah hampir RM20,000.
"Kerana tiada Mykid, kos hospital menjadi mahal. Alhamdulillah rawatan kemoterapi yang berjumlah RM2,000 bagi setiap sesi ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor.
Keluarga Md Roslin menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya (kiri) yang turut menyampaikan salam serta sumbangan mewakili Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
"Permohonan pendaftaran Maulana telah dibuat sebanyak dua kali dan dokumen yang diperlukan juga sudah lengkap hanya menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
Tiada Pendapatan Tetap
Katanya, keadaan Maulana yang kerap keluar masuk hospital menyebabkan dia dan isteri, Aguslina Suhaimi, 31, tiada pendapatan tetap sebaliknya hanya bekerja secara sambilan bagi menyara keluarga.
"Masalah anak yang sakit dan kerap masuk ke hospital menyebabkan saya sibuk menguruskannya sehingga dibuang kerja sebagai pengawal keselamatan.
"Selepas jalani pembedahan saya mula cari pekerjaan namun tidak kekal lama hanya mampu bertahan kurang dua bulan selepas keadaannya kembali merosot kerana serangan sel kanser," katanya.
Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Md Roslin boleh bersama-sama menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB miliknya, 7006413748.
Ujian setiap orang berbeza. Percayalah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga bagi seorang ibu ini yang mengharapkan bayi yang dikandung sihat dan selamat dilahirkan. Namun andai kata, bukan rezeki kita, Allah Lebih Mengetahuinya.
Kisah yang meruntun hati ini adalah luahan ibu kepada anak syurga yang diberi nama Ayyash. Menurut Aina Rusli, kehilangan anak syurganya adalah kali ketiga selepas dua kali keguguran sebelum ini.
Kuat anak ibu!
1/ Mac/2022. Tarikh keramat buat ibu. Sepatutnya Ayyash dilahirkan. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu Ayyash lahir kerana ibu mengalami komplikasi dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash.
Dari usia kandungan 21 minggu, doktor sahkan air ketuban ibu kering sehingga di tahap bahaya. Oleh kerana kandungan terlalu awal, doktor beri kata putus gugur buat ibu.
Dua bulan ibu di tahan di dalam wad kerana takut keguguran. Namun Allah lebih mengetahui. Ayyash tersangatlah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.
Pada usia kandungan 29 minggu, ibu mengalami contraction dan tanda-tanda bersalin. Ibu terpaksa di bius tidur dan di ceaser kerana epidural tidak berkesan pada ibu dan kedudukan Ayyash yang songsang pada ketika itu. Selepas dilahirkan, ibu tak dapat dengar pun suara Ayyash sebab ubat bius masih ada dalam badan.
Masa ni, doktor dah bagitau babah keadaan Ayyash yang sangat lemah walaupun dah diberikan 100% oksigen. Babah azankan Ayyash dalam keadaan yang teramat sedih sebab babah tahu ibu nak sangat anak lepas 2 kali keguguran. Masa on call babah langsung tak cerita keadaan Ayyash. Babah cuma cakap yang rupa Ayyash macam ibu.
Paru-paru sebelah kiri tak berkembang
Esok tu pakar kanak-kanak nak jumpa ibu. Ibu yang tak tau apa-apa rasa excited nak jumpa anak ibu. Sampai NICU, ibu tak nampak perbezaan anak ibu dengan orang lain sebab Ayyash comel sangat.
Ibu datang dekat Ayyash ibu hulur jari ibu, Ayyash gengam walaupun tak erat sebab sendi Ayyash semua dah lemah.
Bila ibu cakap dekat Ayyash, sayang ibu datang ni, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik. Tapi bila doktor datang dan bagitau ibu yang Ayyash tak boleh survive sebab terlalu lama duduk dalam rahim ibu yang tak ada air ketuban sampai paru-paru belah kiri tak dapat berkembang. Ibu rasa nak jatuh terduduk.
Ibu, babah reda Ayyash pergi dengan tenang
Masa ni doktor minta ibu bagi kata putus untuk teruskan CPR bila oksigen drop atau bagi Ayyash pergi dengan tenang. Ibu minta doktor tunggu babah datang untuk buat keputusan. Masa ni oksigen Ayyash tiba-tiba drop. Semua doktor datang buat CPR, ibu tengok keadaan Ayyash yang kecil tapi ditekan-tekan sebab nak bagi CPR. Terus luluh hati ibu.
Bila babah sampai ibu terus cakap biarlah anak kita pergi dengan tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan babah tengok Ayyash pergi. Allahuakbar tenang sangat keadaan awak masa tu sayang. Tak ada sikit pun kesakitan yang awak tunjuk. Tepat pukul 11.15 am, Allah ambil nyawa Ayyash, anak syurga ibu dan babah.
Semoga awak tenang di syurga bersama abang-abang awak ya sayang. Tunggu ibu dan babah di pintu syurga. ❤️
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.