Siapa yang tak nak anak ramai kan? Lagi-lagi bila usia masih lagi muda dan berkemampuan untuk menambah zuriat. Seronok memang seronok, tapi bila memikirkan kesihatan si isteri, apatah lagi yang beranak kerap, suami perlu buka mata.

Luahan hati suami bernama Firdaus Shakirin di facebooknya ini benar-benar menyentuh hati kita. Benar, nyawa isteri lebih penting daripada segala-galanya.

“Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi, Tapi…”, Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya, Hebat!


Teringat saya satu kisah yang berlaku pada diri saya, back in 2014. Saya anak dah 3 sekarang, 2 perempuan, 1 lelaki…doktor kata dah cukup dah (faham tak?). Kalau diikutkan diri sendiri, memang nak anak ramai, tapi kena fikir kemampuan isteri jugak, boleh atau tak boleh, keadaan dirinya mengizinkan atau tak mengizinkan untuk dia mengandung lagi, beranak lagi.

Masa isteri nak melahirkan anak kedua, doktor panggil saya masuk labour room, doktor cakap uri terlekat di rahim. Kalau dia tak dapat pisahkan uri dan rahim, maka dia akan buang rahim. Keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan maut, dia tak boleh tunggu lama-lama, boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.

Doktor minta izin saya untuk buang rahim isteri.

IKLAN

“Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi, Tapi…”, Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya, Hebat!

Isteri dah nangis-nangis dah. Saya pun tahu sebb apa, kalau buang rahim, dia takkan boleh mengandung lagi dah. Dia tak boleh bagi zuriat kat saya lagi dah. Saya tengok isteri saya, saya pulak rasa sebak, then saya cakap kat doktor, “Kalau ianya melibatkan nyawa, buanglah rahim tu doktor, saya nak isteri saya selamat. Bab anak ni, cukup dengan apa yang dah ada, yang saya dah dapat, yang Allah dah bagi. Sekurang-kurangnya, saya dah ada anak daripada orang yang tak ada anak lagi”. Macam tu ja nak sedapkan hati saya, dan hati isteri.

“Jangan menangis, jangan fikir banyak, abang terima seadanya diri ayang, abang cuma nak ayang selamat sahaja”

IKLAN

Selesai ja pembedahan, anak dah keluar, isteri pun keluar, doktor cakap kat saya, “Alhamdullilah, rahim isteri awk masih ada, uri dapat dipisahkan dari rahim…” Saya bersyukur sangat-sangat sebab isteri saya selamat. Ini yang lebih penting…bab rahim tu, tak fikir apa dah.

“Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi, Tapi…”, Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya, Hebat!

Sekarang anak dah tiga, masa anak no 3 tu, doktor dah buat BTL, potong terus dah. So, cukup setakat 3. Ketiga-tiga anak keluar dengan kaedah Caesaran. Doktor cakap, perut isteri tu dah nipis, kat tempat luka dia tu, sebab tiga-tiga anak jarak dekat-dekat dan potong tempat yang sama. Bila doktor kata, ini jalan yang terbaik, maka saya ikut sebab saya sayangkan isteri saya, saya lebih perlukan dia di dunia ni. Kalau baik untuk isteri, maka baiklah untuk saya. Apa yang saya nak tu, nak anak ramai-ramai tu, bungkus tepi, baling jauh-jauh. Keadaan dan kesihatan isteri lebih penting.

IKLAN

Mugkin jugak Allah uji saya macam ni, nak tgok saya mampu terima takdir dan ketentuan DIA atau tidak. Tentang apa yang saya nak dalam hidup ni, nak anak yang ramai ke, atau nak ada isteri yang sihat dan selamat. Namun saya cukup-cukup bersyukur dengan apa yang saya dah ada, tak lebih, tak kurang, dah lengkap sebenarnya hidup saya. Cukup sempurna dah…

“Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi, Tapi…”, Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya, Hebat!

Isteri ni, kebanyakkannya tak ada masalah untuk nak mengandung berapa kali pun, as long as kita bertanggungjwb dengan apa yang kita buat. Jangan sekadar tahu buat anak sahaja tapi tak tahu jaga anak…

Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca. Anak tu tanggungjawab ibu dan bapa…bukan ibu sahaja, tapi kena sama-sama jaga.

Kredit: Firdaus Syakirin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI