Pasangan Akim Ahmad dan Stacy Anam memang disukai ramai kerana mereka romantis tetapi tidak berlebihan. Suka bergurau dan saling mengusik antara satu sama lain. Mereka boleh dikatakan pasangan ‘sempoi’ yang menghargai antara satu sama lain.

Telah berkahwin lebih tiga tahun lalu ternyata kasih sayang antara mereka semakin bertambah apabila Stacy berkongsi sebuah fotonya bersama Akim dengan kapsyen lucu tetapi ‘mendalam’.

Isteri Tak Harap Dapat Hadiah Dari Suami, Cukuplah Sekadar Beri Hati Emas Pada Mereka
Keluarga bahagia Akim dan Stacy

Hari lahir Stacy baharu lepas beberapa hari lalu dan Akim menyatakan rasa sesalnya kerana tidak sempat menghadiahkan apa-apa kepada isterinya. Tetapi kata Stacy, Akim telah memberinya kehidupan yang bermakna untuk disimpan sebagai memori. Tambah Stacy lagi, dia amat bersyukur serta optimis untuk menghadapi setiap ujian yang mendatang kerana ia dapat membentuk mereka berdua menjadi manusia yang teliti dan berfikiran rasional.

Ads

View this post on Instagram

Siapa cakap Savo saya kuyush tidak tagap tu ah? X nampak kah parit ninin dia yang luas terbentang tu chinggg? Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying. I bersyukur sangat? Alhamdulillah ada u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni. Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang2 saja? hidup kena positif dan harmoni, Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada Filter?? Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain In Sha Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama2 as long as kita sentiasa ikhlas, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang. Duit boleh dicari Insyallah, tapi kehidupan yang Harmoni dan dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang. Dan kita bersyukur dengan orang2 yang ada di dalam lingkungan tu Alhamdulillah… Terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni chingg hahahha? Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & the majistret haritu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini kan? Xyah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni❤️ Alhamdulillah.. #mestihidungsayaikutkembang? #lakibinichunli #jiwangjiwanglukk #akubersyukur

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Siapa cakap Savo saya kuyush tidak tagap tu ah? X nampak kah parit ninin dia yang luas terbentang tu chinggg? Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying. I bersyukur sangat? Alhamdulillah ada u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni. Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang2 saja? hidup kena positif dan harmoni, Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada Filter?? Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain In Sha Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama2 as long as kita sentiasa ikhlas, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang. Duit boleh dicari Insyallah, tapi kehidupan yang Harmoni dan dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang. Dan kita bersyukur dengan orang2 yang ada di dalam lingkungan tu Alhamdulillah… Terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni chingg hahahha? Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & the majistret haritu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini kan? Xyah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni❤️

Ads

Alhamdulillah..
#mestihidungsayaikutkembang?
#lakibinichunli
#jiwangjiwanglukk
#akubersyukur

Ads

Sebak pula baca status Stacy ini walaupun terselit unsur-unsur lucu di dalamnya. Pa&Ma doakan agar pasangan ini terus berbahagia selamanya. Happy belated birthday, Stacy!

Sumber: Stacy Anam

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI