Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain. Sebuah hubungan yang bahagia tidak perlu diukur dengan kemewahan semata-mata, tetapi melalui perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada pasangan.
Sebagai seorang suami, tidak perlu usaha yang luar biasa untuk menjaga hati isteri. Wanita secara fitrahnya mudah bahagia, dia merasa cukup jika dirinya dijaga dengan baik dan dihargai sepenuh hati.
Inspirasi Dari Rasulullah SAW
Contoh terbaik dalam melayan isteri datang dari Rasulullah SAW. Baginda seorang suami yang sangat bertimbang rasa, lembut dan romantik. Baginda tidak memanjakan isteri-isterinya dengan harta benda, sebaliknya hidup penuh kesederhanaan.
Namun, keperibadian dan cara Baginda melayan para isteri menjadikan mereka tenang, disayangi dan berasa cukup.
Ads
Romantik Itu Sederhana
Suami yang romantik tak perlu tunggu hari istimewa. Cukup dengan sentuhan kecil yang penuh makna sudah mampu buat isteri tersenyum sendiri bila teringat. Kalau suami anda ada ciri-ciri ni, memang bertuahlah, kerana anda miliki lelaki yang menyayangi anda sepenuh jiwa.
Suka peluk dan cium isteri
Setiap kali sebelum keluar rumah, suami memeluk dan mencium isteri dengan penuh ikhlas. Sentuhan ini bukan saja menguatkan emosi, tapi beri semangat pada isteri untuk harungi hari.
Ads
Tanya khabar isteri
Dengan teknologi sekarang, tak sempat call pun tak apa. WhatsApp pun cukup. Tanyakan keadaan isteri, hanya dengan mesej ringkas pun sudah buat hati isteri rasa disayangi dan dihargai.
Suapkan isteri makan
Sesekali suapkan isteri waktu makan sama ada di rumah atau di luar. Rasulullah SAW sendiri suap isterinya, bahkan minum dari gelas yang sama. Simple, tapi sangat bermakna.
Ads
Panggil isteri dengan nama manja
Tiada salahnya panggil “sayang”, “my queen”, “bidadari”, atau apa saja gelaran manja yang baik. Isteri yang mendengar pasti tersenyum, hidung pun boleh kembang kempis dibuatnya.
Tolong isteri buat kerja rumah
Kerja rumah memang meletihkan. Bila suami turun padang bantu, isteri rasa dihargai. Sambil buat kerja bersama, boleh gurau senda dan hubungan pun makin erat.
Bahagia Itu Sederhana
Kadang-kadang, perkara kecil macam ni yang paling mudah terlepas pandang, lebih-lebih lagi bila isteri jenis berdikari. Tapi hakikatnya, isteri tak mengharapkan hadiah mahal atau kejutan besar. Cukuplah jika dilayan dengan baik dan penuh kasih, itu saja dah cukup membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yoo Jae Suk cukup sinonim dengan rancangan Running Man. Mempunyai kerjaya yang stabil dalam industri hiburan Korea Selatan, selain Running Man, Yoo Jae Suk turut mengendalikan rancangan You Quiz on the Block dan Happy Together.
Seperti yang kita ketahui, pengacara dan pelawak terkenal ini mempunyai peribadi yang kelakar. Namun ceritanya berbeza bila menyentuh tentang kehidupan sebagai suami dan bapa.
Yoo Jae Suk Kalau Dalam Running Man Memang Kelakar Habis
Bercerita tentang sisinya sebagai seorang suami dan bapa, Yoo Jae Suk pernah dijemput sebagai tetamu untuk rancangan radio yang dihoskan oleh rakannya, Ji Suk Jin. Walaupun mempunyai jadual yang agak padat ketika itu, Yoo Jae Suk cuba menghadiri program itu demi rakannya.
Ramai pendengar bertanya bagaimana Yoo Jae Suk sebagai suami dan bapa
Lelaki berusia 51 tahun ini berkahwin dengan seorang juruhebah bernama Na Kyung Eun pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, pada tahun 2010, pasangan itu dikurniakan anak pertama mereka, seorang lelaki dan diberi nama Yoo Ji Ho.
Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mempunyai anak kedua, seorang perempuan, pada tahun 2018 dengan nama Yoo Na Eun. Uniknya nama Na Eun berasal dari nama ibunya, Na Kyung Eun.
Lain Betul Sisi Sebagai Suami & Bapa
Bercerita tentang kehidupannya sebagai suami dan bapa berasa pelik bagi Yoo Jae Suk. Rakan baiknya, Ji Suk Jin berkata, “Saya tahu Yoo Jae Suk jenis ayah yang bagaimana ketika berada di rumah.”
Suka habiskan masa di rumah bila cuti
“Pada hari cuti, dia menghabiskan masa tinggal di rumah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk fikir ia mungkin berasa normal apabila anak perempuan keduanya dilahirkan.
Namun, tanpa disedari, Yoo Jae Suk berasa sangat terharu dan dia menangis ketika anak perempuannya dilahirkan.
“Ada sesuatu mengenainya yang saya tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata,” jelas Yoo Jae Suk.
Yoo Jae Suk turut berasa emosi apabila anak perempuannya dapat mengangkat kepalanya dan menoleh dan ini disaksikan oleh seluruh keluarganya.
“Saya berlari ketika bayi saya menangis pada waktu malam, walaupun saya letih,” kata Yoo Jae Suk.
“Ada satu ketika saya berpura-pura tidak mendengarnya dan berlalu pergi,” sambungnya.
“Saya melakukan itu kerana saya berasa sangat letih,”
“Tetapi kemudian hati nurani saya diseksa oleh rasa bersalah,” tambahnya.
Yoo Jae Suk juga seorang lelaki yang romantik. Dia cuba mengingati semua ulang tahun termasuk hari jadi dan ulang tahun perkahwinan.
Menjadi seorang mama bukanlah sesuatu yang mudah, banyak pengorbanan yang perlu dibuat terutamanya untuk memastikan setiap hanya yang terbaik untuk memenuhi keperluan anak-anak yang dikasihi. Tahun ini, sekali lagi Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial telah diberikan sebagai penghargaan buat lima wanita hebat yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang mama.
Penerima anugerah untuk kategori Best Mama Millennial tahun ini adalah Elfira Loy, Bella Astillah, Ain Edruce, Wany Hasrita, dan Dr. Fie Tawfek. Mereka bukan sahaja berjaya dalam kerjaya masing-masing, tetapi juga menjadi inspirasi kepada pengikut-pengikut di media sosial. Lebih menarik lagi, Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial telah diserikan oleh jenama susu kambing berkualiti, Karihome.
Setiap mama hebat ini telah dipilih bukan sekadar perwatakan mereka yang menarik, tetapi juga kerana kisah inspirasi mereka dalam memastikan perkembangan mental dan fizikal anak-anak dengan memilih Karihome sebagai ‘teman’ dalam perjalanan parenting mereka!
Kenali Persona Best Mama Millennial 2024!
Elfira Loy
Elfira Loy atau El adalah contoh mama moden yang seimbang antara kerjaya dan keluarga. Dikenali sebagai pelakon dan pengacara, dia sering berkongsi perjalanan keibuannya di media sosial.
Dengan pendekatan yang penuh kasih sayang, Elfira sentiasa memilih produk terbaik untuk tumbesaran anak-anaknya. Komitmen El untuk memastikan kedua-dua cahaya matanya mengamalkan pemakanan yang sihat membuatkan ibu muda ini memilih susu kambing Karihome untuk melengkapkan diet seimbag mereka.
Bella Astillah
Bella Astillah yang mesra disapa sebagai Bella bukan saja seorang penyanyi dan pelakon berbakat tetapi juga mama yang sangat berdaya saing. Dia sering berkongsi tentang kehidupannya sebagai mama dalam membesarkan dua orang anak yang sedang dalam fasa membesar.
Bukan sahaja mahukan yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya, namun Bella sangat menitikberatkan pemilihan makanan dan minuman yang dapat membantu mereka membesar dengan melengkapkan segela keperluan nutrisi dan vitamin dalam di dalam diet.
Ain Edruce
Ain Edruce atau Ain sering berkongsi tentang kehidupannya sebagai seorang mama dalam cara yang lucu dan santai. Pengacara TV ini juga tidak segan untuk berkongsi tip-tip parenting dan cara untuk menghadapi pelbagai situasi dalam membesarkan anaknya. Keberanian Ain dalam berkongsi pengalaman peribadi menjadikannya sangat dekat di hati ramai mama di luar sana.
Bagi memastikan hanya yang terbaik, Ain tidak kisah untuk belajar pelbagai ilmu baharu terutamanya dalam menyediakan menu sihat yang dapat membantu tumbesaran anaknya. Antaranya adalah dengan berkreatif di dapur untuke menyediakan hidangan bernutrisi tinggi menggunakan susu kambing Karihome bagi memastikan anaknya mendapat manfaat susu sepenuhnya.
Wany Hasrita
Wany Hasrita yang selesa disapa sebagai Wany adalah seorang penyanyi dan mama yang tidak pernah leka dalam memberikan yang terbaik untuk anaknya. Dia sering menekankan pentingnya pendidikan awal dan kesihatan anak.
Melalui perkongsian di media sosial, Wany turut berkongsi tentang caranya mengendalikan anak yang masih kecil dalam kesibukan bekerja. Biarpun jadual kerja sentiasa padat, namun mama muda ini akan pastikan keperluan nutrisi puterinya dipenuhi. Mencari susu terbaik, Wany memilih Karihome untuk membantu tumbesaran buat anaknya.
Dr. Fie Tawfek
Sebagai seorang doktor gigi, Dr. Fie membawa perspektif profesional ke dalam dunia keibubapaan. Dia sering memberikan nasihat dan panduan berkaitan kesihatan anak-anak, termasuk keperluan nutrisi. Mengakui anak-anaknya sukakan Karihome kerana rasa yang sedap, isteri kepada usahawan, Nubhan Ahamad ini turut berkongsi yang dia akan masukkan susu kambing ini di dalam masakan untuk anak-anaknya.
Dengan pengalamannya, Dr. Fie menekankan pentingnya memilih produk yang bukan sahaja sedap tetapi juga memberi manfaat kepada perkembangan anak. Keterlibatannya dalam komuniti membuatkan dia menjadi contoh teladan kepada ibu bapa di seluruh negara.
Semua Mama Jadi Inspirasi!
Mama-mama hebat ini bukan sahaja dikenali kerana kerjaya mereka, tetapi juga kerana komitmen mereka untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Dengan mengutamakan pemakanan sihat seperti susu kambing Karihome, mereka menggalakkan ibu bapa lain untuk membuat pilihan yang bijak untuk keluarga mereka.
Melalui platform media sosial mereka, Elfira, Bella, Ain, Wany, dan Dr. Fie memberikan sokongan moral dan tip berguna kepada pengikut mereka. Dari cara berkomunikasi dengan anak-anak hingga kepada pemilihan produk, mereka membagikan ilmu dan pengalaman yang membantu ramai dalam perjalanan keibubapaan.
Sedikit info tentang susu kambing Karihome:
Dengan SN-2 palmitate, Karihome menjadi satu-satunya susu kambing dengan formulasi ini di Malaysia! Terdapat penyelidikan yang menyokong manfaat SN-2 palmitate ini secara saintifik dapat membantu proses penghadaman dan penyerapan kalsium. Ia juga membantu mengurangkan masalah kolik serta meningkatkan kualiti tidur si manja. Selain bagus untuk usus, formulasi ini juga bagus untuk menguatkan imuniti serta perkembangan otak dan kemahiran motor.
Mengandungi 400% lebih DHAyang dapat memperbaiki pembelajaran kognitif serta bagus untuk kesihatan mata.
Tiada gula tambahan, hanya laktosa yang merupakan pemanis semula jadi dari susu kambing.
Dihasilkan dengan teknologi NutriKept™yang melibatkan hanya satu kali proses pemanasan untuk melindungi khasiat semula jadi dalam susu kambing. Kebanyakan susu formula yang lain melalui proses pemanasan berganda yang menyebabkan kehilangan nutrisi. Lemak di dalam susu kambing Karihome lebih ‘lembut’dan kecil yang membuatkan ia mudah dihadam!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan dan pelakon, Hanis Zalikha tidak terlepas dari rasa marah namun sentiasa mengawal dirinya terhadap dua anaknya, Yusuf dan Alisa.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hanis atau nama panggilan mesranya Kek Nis menyatakan dirinya sama sahaja seperti ibu di luar sana yang memarahi anak-anak jika berkelakuan tidak baik.
“Saya pun ada je marah. Parents mana yang tak marah.
“Saya selalu letak anak ini seorang manusia. Kecilnya hati bila ditengking, dicubit dan dimarahi.
“Saya tak nak mereka rasa kerdil, sebab tu saya akan cuba untuk tidak tinggikan suara bila marah,” luahnya.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia lebih senang mengambil pendekatan berterus terang dengan anak-anak supaya anak lebih mudah faham.
Tambah Hanis lagi, dia juga sama seperti ibu bekerjaya lain yang terpaksa mendapatkan bantuan orang lain terutama dalam penjagaan anaknya.
Katanya, dengan bantuan daripada pembantu rumah (maid) dapat meringankan urusan di rumah.
“Kalau Hairul tak ada, parents saya akan tolong. Kalau tak saya pun tak boleh nak handle perniagaan saya (Cakenis).
“Tapi kalau bab masak memang saya akan masak,” tambahnya.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.