Seorang suami yang baik akan sentiasa peka dengan keperluan isteri. Tidak perlu isteri meminta-minta atau mengarah, sudah tahu apa yang perlu dibuat. Begitulah perkongisan seorang suami, Mohd Fhais melalui akaun Facebooknya. Katanya ada lima perkara yang jangan dibiarkan isteri lakukan sendiri tanpa dibantu.
Jangan biar isteri penat sorang diri buat 5 perkara ini walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun.
1. Penat mengurus rumah
?Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita.
? Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi.
? Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. ” Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing “
2. Penat melayan kerenah anak-anak
? Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..
? Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress.
? Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.
3. Penat mendidik anak-anak
? Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.
? Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak.
? Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.
4. Penat runsing keperluan rumah
? Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini.
? Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.
? Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.
5. Penat melayani diri sendiri
? Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi.
? Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang.
? Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.
Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna.
Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
Sumber: Mohd Fhais
https://www.youtube.com/watch?v=rEsBul-eXd8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI