Sememangnya isteri kita tak pernah meminta-minta. Dia tak pernah minta belikan baju mahal-mahal, tak pernah minta hadiah setiap bulan apa lagi barang kemas bergunung ganang. Tak pernah sama sekali. Berapa yang diberikan suami setiap bulan, semuanya didahulukan segala bil dan kemahuan anak semata-mata. Keinginannya ditolak tepi.
Banyak benarnya kata-kata bapa ini, Firdaus Shakirin yang berkongsi kisah seorang isteri. Sememangnya isteri tak pernah meminta-minta. Apa jua yang dihadiahkan suami, itulah yang disimpan dan dipakainya dengan setia.
Buat para suami, jangan buat tak pandang atau terlepas pandang hal isteri kita. Tanya lagi dan lagi apa isteri kita mahu.
Isteri tak suka meminta-minta… Tapi itu bukan bermakna dia cukup dengan apa yang ada. Dia pun sama macam orang lain, pasti ada sesuatu yang dia nak atau inginkan.
Ads
Mungkin ada bajunya yang dah tak muat, mungkin ada seluarnya yang dah koyak, mungkin ada kasutnya yang dah tertanggal, mungkin dia nak tukar pakaian dalamnya, mungkin dia nak beli pencuci muka, mungkin dia nak tambah peralatan dapur dan sebagainya.
Tapi dia tak pernah mintak…
Ads
Bila suami bagi duit, dia bahagi untuk bil, untuk duit barang, untuk duit anak, untuk duit minyak. Kira-kira tengok, lebih tu sikit sangat, nak beli apa yang dihajatinya pun tak lepas. Maka dia biarkan je dulu, dalam hati kata, “takpelah, nanti pun boleh beli…”
Bulan depan pun sama, bulan seterusnya pun sama, baki tinggal cukup-cukup sahaja. Hhmm, apa nak buat, kalau mintak lebih, suami kata macam-macam pulak, makanya guna je lah apa yang ada, pakai je lah selagi boleh.
Ads
Suami perlu ada kesedaran akan perkara ini. Perlu tanya isteri setiap bulan,
“Ada apa-apa tak yang awak nak beli…yang awk nak?”
Kalau dia kata takde sekalipun, jangan terus percaya…tapi tanya lagi,
“Cakap je, saya belikan…”
Dia cuba untuk faham kemampuan suaminya, tapi dia juga seperti orang lain yang ada keinginan dan kemahuan, cuma keterbatasan dalam soal kewangan menyebabkan dia memilih untuk mengabaikan apa yang diinginkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir.
Menurutnya, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang gejala atau masalah kesihatan ketika musim banjir.
BANJIR & KESIHATAN
Mari doakan keselamatan dan kesihatan semua orang di Malaysia terutamanya yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang. Banjir ni bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Tambah-tambah lagi kita tengah menghadapi cabaran COVID-19 sekarang ni.
Buat masa sekarang, tiada bukti lagi C-19 dapat merebak melalui air termasuk air banjir. Tetapi, terdapat penyakit-penyakit yang merbahaya semasa banjir yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan macam-macam lagi. Ini kerana air banjir ni telah dicemari oleh najis/ kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dll. Makanan/minuman pun boleh tercemar kalau tak bersihkan betul-betul.
Antara gejala-gejala dari penyakit makanan /air tercemar adalah cirit-birit, demam muntah, demam, dan sakit kepala.
Oleh itu:
❌ Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir
🟢 Lindungi/utamakan golongan tua, kanak-kanak, & ibu mengandung
🟢 Makan makanan yang baru dimasak semasa masih panas. Minum air yang telah dimasak/ air botol. Elak makan makanan mentah.
🟢 Jaga kebersihan diri & persekitaran.Cuci tangan sentiasa, buang sampah dengan betul.
🟢 Jumpa doktor jika bergejala demam, cirit, muntah, sakit perut etc
🟢 Jaga kesihatan fizikal & mental diri serta keluarga.
🟢 Teruskan mengambil ubat sedia ada seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dll (jika ada). Simpan dokumen perubatan (buku ubat, buku mengandung, buku vaksinasi anak)
🟢 Patuhi SOP
Semoga kita semua tapat mengharungi dugaan banjir serta COVID-19 ini dengan selamat. Allah selamatkan kita semua. Aminn
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.
“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.
Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan
Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.
Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.
Pupuk Sikap Disiplin
Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.
Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.
Bersaing Sesama Sendiri
“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.
“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.
Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri
Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.
“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.
Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...