Perkara normal dalam kehidupan berumah tangga untuk suami isteri saling menerima antara satu sama lain. Setiap hari ada sahaja perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan kita. Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ads
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood.
Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ads
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang suami memenuhi hasrat isterinya yang ‘mengidam’ untuk menaiki kereta bomba. Siapa sangka hasrat itu permintaan itu telah berjaya direalisasikan oleh Syed Amirul Rosyid Syed Mohd Syukri menerusi pertolongan kawannya.
Menerusi perkongsian panggilan telefon di Hot FM pagi tadi (9/10), Syed Amirul Rosyid awalnya menganggap permintaannya isterinya hanya gurauan namun melihat kesedihan dan kesungguhan isterinya membuatkan dia berubah fikiran.
Dia menelefon kawan memberi tahu hasrat isteri. Kebetulan kawannya mempunyai kenalan di Balai Bolis dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Pahang.
“Saya sedih sampai ulu hati untuk menaiki kereta bomba…”
“Saya sedih sampai ulu hati untuk menaiki kereta bomba…” Luah Sharifah Nor Najwa Syed Othman menerusi perbualan sebentar tadi di Hot FM.
Dia juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada suami yang memenuhi permintaanya itu untuk kehamilan anak pertama mereka.
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Syed Amirul membawa Sharifah Nor Najwa, 25, ke Balai Bolis daa Penyelamat (BBP) Taman Tas dengan alasan mahu menghadiri mesyuarat.
Selepas mengetahui kejutan itu, Sharifah nyata terharu hingga menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka impiannya jadi kenyataan.
Seorang suami, Syed Amirul Rosyid Syed Mohd Syukri membuat kejutan kepada isterinya yang sarat hamil dengan menunaikan impian menaiki kereta bomba, Jumaat lalu.
Sharifah Nor Najwa Syed Othman berkata, impian menaiki kereta bomba muncul ketika menyaksikan deretan kenderaan tersebut pada Hari Kebangsaan, baru-baru ini
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 (KUP), Mohd Khairul Izhan Mohamed berkata, bomba sentiasa memberi peluang memenuhi semua impian, termasuk ibu hamil yang mengidam hendal menaiki kereta bomba walaupun situasi itu sangat jarang berlaku.
“Permintaan seperti ini yang pertama direalisasikan di Pahang. Kami di Jabatan Bomba sentiasa bersedia membantu dan setiap permintaan akan dilaksanakan dengan cara terbaik.”
Sumber: FB Balai Bomba Taman Tas, Hot FM & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kejayaan Pa&Ma Baby Fiesta pada Ogos lalu, Pa&Ma sekali lagi mengorak langkah bagi meneruskan ekspo jualan buat kelengkapan kanak-kanak serta seisi keluarga. Pa&Ma Superkids Fiesta 2019 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 November ini mencatat sejarah tersendiri buat jenama Pa&Ma.
Bukan hanya menawarkan kelengkapan, peralatan dan keperluan bayi semata-mata bahkan kali ini Pa&Ma tampil menawarkan kelengkapan untuk kanak-kanak hingga pada usia 12 tahun. Pastinya ibu bapa lebih banyak pilihan untuk berbelanja buat kesemua anak-anak.
Menariknya untuk fiesta julung kali diadakan ini, Pa&Ma Superkids Fiesta bakal diadakan di sebuah pusat membeli belah yang berlokasi strategik iaitu di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Lokasi yang menarik ini pastinya memberi lebih ruang dan peluang untuk pengunjung berkunjung ke sini.
Bukan hanya menyenaraikan rangkaian booth-booth jualan menarik bahkan fiesta kali ini turut mengetengahkan pelbagai acara yang melibatkan penglibatan anak-anak yang sedang membesar.
Sepanjang tiga hari ini, Majalah Pa&Ma sendiri akan turut menjalankan pelbagai aktiviti menarik. Pada 1 November, Keluarga Talk @ Pa&Ma bakal menemui semua. Acara yang bakal berlangsung pada jam 10 30 pagi ini bakal menyenaraikan panel-panel jemputan tersohor bagi membincangkan topik Ibu Bapa Excellent Anak Genius.
Malah kemunculan penceramah terkenal, Ustazah Dr Nik Salida Suhaila, Profesor Madya Fakulti Syariah & Undang-Undang dari Universiti Sains Islam malaysia (USIM) yang menjadi panel utama pastinya mampu memberikan input yang terbaik dalam menjadi ibu bapa cemerlang. Begitu juga dengan moderator cantik manis, Irma Hasmie yang bakal menerajui Keluarga Talk ini.
Pada Sabtu, 2 November pula, dengan kerjasama SSPN, Pa&Ma bakal menampilkan Himpunan Cita-Cita yang melibatkan penyertaan kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun. Para peserta yang terdiri daripada berkumpulan dan secara individu ini akan mempamerkan aksi lakonan dan daya kreativiti masing-masing dalam menampilkan cita-cita dan impian mereka. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan acara menarik ini.
Pa&Ma tampil memberi kelainan dalam menganjurkan acara Bakat Pa&Ma Cilik yang menempatkan 16 peserta akhir, yang bakal berentap di gelanggang final. Menariknya kesemua peserta melalui ujibakat dan saringan lebih awal yang diadakan pada 12 & 13 Oktober lalu dan 16 peserta daripada 70 orang peserta telah berjaya terpilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 3 November nanti. Pastinya bakat-bakat hebat anak-anak ini bakal dicungkil melalui program ini.
Bukan itu sahaja malah sepanjang tiga hari ini, pentas utama juga bakal diisi dengan pelbagai aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna, VIP Princess Gathering, Superkid Face Painting dan juga Superkids Beyblade Battle yang pastinya memberi pengalaman bermakna buat anak-anak yang sedang membesar.
Jangan lupa berkunjung ke sini serta memeriahkan majlis dan tidak ketinggalan memberi pendedahan baru buat anak-anak kecil kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!