Tahniah diucapkan buat penyanyi, Tajul dan isterinya yang telah selamat menimang bayi kedua mereka pada petang Khamis lalu.
Selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Kajang, Tajul memaklumkan keadaan anak dan isterinya dalam keadaan baik.
Kata Tajul lagi, anak keduanya itu juga dilahirkan secara normal dengan berat 3kg.
“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife Tajul dah selamat bersalin dengan normal.
“Berat anak 3kg, baby boy❤️ sepasang dah dapat,” kongsinya bersyukur dengan rezeki Allah.
Pun begitu kata Tajul, dia cedera di kepala dan terkehel ketika isterinya mengalami kontraksi yang kuat.
Ads
“Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat, nasib baik masih selamat, tengok gambar tepi.
“Nama baby nanti Tajul akan umumkan,” kongsinya lagi.
Melalui entri yang sama juga, Tajul turut berkongsi gambarnya dengan sedikit cakaran di leher akibat tarikan yang kuat isterinya.
Ads
Pun begitu, kata Tajul dia bersyukur segalanya dipermudahkan malah turut berterima kasih kepada semua yang membantunya ketika proses kelahiran bayi keduanya itu.
“Terima kasih banyak @kpmckajangplaza bagi service paling terbaik kat kami & bilik VIP yang sangat selesa, dan doctor / nurse / staff banyak membantu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, meninjau diruangan kapsyen, Instagram Tajul turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga pengikutnya.
Ads
Terdahulu, Tajul mendirikan ruamh tangga bersama isterinya, Nurul Shamieza Eddie pada tahun 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tajulofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada masanya bayi menangis dan meragam lebih daripada biasa. Mama papa tentu gusar akan keadaan ini, adakah bayi lapar akibat tidak cukup susu. Tapi mama papa perlu tahu satu keadaan yang dilalui bayi dalam perkembangannya iaitu growth spurt.
Menurut pakar laktasi & IBCLC, Rita Rahayu Omar, paling mustahak bagi anda untuk yakin dengan diri sendiri apabila memutuskan mahu menyusukan bayi dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, keyakinan ini hanya akan timbul dan menjadi lebih mantap lagi jika anda mempunyai ilmu berkenaan asas penyusuan susu ibu yang betul.
Dengan berbekalkan ilmu, ibu mampu menangkis sebarang maklumat kurang tepat yang diberikan oleh mana-mana pihak. Perlu diketahui bahawa tidak semua anggota kesihatan dilatih dalam bidang penyusuan. Oleh itu, rujuklah kepada anggota kesihatan terlatih yang bergelar kaunselor ataupun pakar laktasi.
Anda boleh memerhati dan menilai kelakuan bayi, kekerapan menyusu, keadaan payu dara, kuantiti susu yang diperah keluar, sensasi pancutan refleks bukanlah cara untuk menentukan sama ada penghasilan susu anda cukup atau tidak.
JUMLAH LAMPIN BASAH & KOTOR
Sekiranya jumlah lampin basah dan kotor bayi adalah normal (5 – 6 helai lampin basah atau 3 – 4 helai lampin kotor), bermakna bayi mendapat cukup susu.
PENINGKATAN BERAT BADAN
Peningkatan berat badan yang baik (100 hingga 150gram seminggu) juga merupakan petanda bayi mendapat cukup susu.
MENILAI PERKEMBANGAN
Anda juga perlu menilai sama ada dia peka, cergas, pertumbuhan dan perkembangannya normal dan memeriksa petanda-petanda ini.
KEKERAPAN BAYI MENYUSU
Perlu diketahui bahawa susu ibu sangat mudah di hadam (mengambil masa lebih kurang 1.5 hingga 2 jam sahaja). Oleh itu, bayi yang menyusu susu ibu akan menyusu dengan lebih kerap.
Faktanya, bayi juga mempunyai keperluan yang tinggi untuk menghisap. Anda akan dapati bayi gemar berada dekat dengan anda supaya dia berasa lebih selesa dan selamat. Ini adalah perkara normal. Jangan pula disalah ertikan sebagai memanjakan bayi.
KEKERAPAN & TEMPOH PENYUSUAN MENINGKAT MENDADAK
Hal sebegini dipanggil growth spurt. Pada waktu ini, bayi akan menyusu dengan lebih kerap (mungkin setiap 1 jam) dan akan sering meragam.
Keadaan ini sering membuatkan ibu panik. Situasi ini hanyalah sementara dan akan kembali normal selepas beberapa hari hingga seminggu.
BAYI AKAN MELALUI FASA GROWTH SPURT
Growth spurt biasanya berlaku selepas bayi dilahirkan, 7 – 10 hari, 2 – 3 minggu, 4 – 6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Ini merupakan anggaran sahaja. Yang pasti, setiap bayi adalah berlainan. Jadi, anda perlu bersedia untuk menangani cabaran ini.
Growth spurt merupakan satu proses semula jadi yang mana kekerapan penyusuan oleh bayi dapat membantu anda meningkatkan penghasilan susu. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang suplemen ketika ini kerana ia akan memberikan isyarat negatif kepada tubuh. Kesannya, penghasilan susu akan berkurangan.
BAYI MERAGAM SEMASA GROWTH SPURT
Kebanyakan bayi akan meragam terutamanya pada waktu petang dan malam. Biasanya ia akan reda setelah beberapa ketika. Cara paling baik untuk menenangkan bayi ialah mendukung, memeluk dan kerap memberi payu dara sebelum dia mula meragam.
Bayi hanya mahu dibelai dan ingin rasa selamat kerana selama ini dia berada di dalam rahim yang keadaannya sangat tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertungku memang sinonim dengan rawatan berpantang selepas ibu melahirkan bayinya. Usai tempoh itu, anda sangat digalakkan untuk terus mengamalkan rutin bertungku. Sebenarnya, mana-mana wanita yang tidak berpantang boleh mengamalkan rutin bertungku sama seperti yang dijalani dalam tempoh berpantang.
Amalan ini sangat bagus untuk sesiapa sahaja terutamanya golongan yang sering mengalami masalah haid yang tidak teratur mahupun angin dalam badan.
Semasa di dalam pantang, penggunaan tungku adalah bertujuan untuk melancarkan darah, mengecutkan rahim dan menaikkan rahim. Penggunaannya di bahagian perut pula berperanan untuk mengempiskan perut di samping menyusutkan berat badan. Bertungku juga boleh digunakan untuk melancarkan darah beku yang tidak habis keluar.
Jenis-jenis tungku
Terdapat tiga jenis tungku yang biasa digunakan dalam amalan bertungku. Salah satu daripadanya ialah tungku besi. Dalam pada itu, tungku ini ada yang berbentuk bulat. Ada juga yang lonjong. Jika berbentuk bulat, ia agak sukar untuk menungku bahagian perut. Oleh sebab itulah, kebanyakan orang lebih gemar menggunakan tungku berbentuk lonjong.
Amalan bertungku melibatkan bahagian perut, ulu hati, dada (untuk lancarkan pengeluaran susu ibu), bawah lengan, belikat, pinggang, paha dan tapak kaki. Dalam pada itu, diingatkan bahawa semasa bertungku, tungku tidak boleh diletakkan di atas pusat atau perut. Cara bertungku untuk menaikkan peranakan pula perlu dibuat daripada bawah perut. Ia mesti ditolak dari bawah ke atas. Tekanan yang dibuat mesti mengikut arah jam.
Sementara itu, tungku batu pula biasanya menggunakan batu sungai. Tungku jenis ini sama cara penggunaannya dengan tungku besi. Namun, kelebihannya ialah ia kurang menyakitkan apabila digunakan dengan cara yang betul semasa bertungku.
Kaedah pemanasan tungku besi dan batu
Kaedah pemanasan tungku besi dan batu adalah sama. Ia perlu memakan masa selama 20 minit di atas api dapur gas. Diingatkan supaya hanya gunakan api yang perlahan supaya tahap kepanasan yang meliputi tungku besi dan batu adalah sama dan sekata. Jika api yang kuat digunakan, tungku akan cepat panas tetapi cepat sejuk. Kaedah pemanasan ini memang remeh tetapi jika diikuti, ia akan memberikan hasil yang memuaskan bila digunakan.
Daun-daun yang lazim digunakan adalah terdiri daripada mengkudu yang bermanfaat untuk melangsingkan badan dan melancarkan darah. Menariknya, bau wangi yang ada pada daun ini dapat menimbulkan ketenangan semasa bertungku. Antara lain, daun sirih turut digunakan kerana ia memainkan peranan membuang angin dalam badan. Daun kunyit hitam digunakan kerana baunya dipercayai boleh mengelakkan gangguan mistik. Selain daripada itu, daun lain yang digunakan ialah pandan, lengkuas dan serai wangi.
Bersalin Normal vs Caesarean, Bila Boleh Bertungku?
Bagi yang bersalin normal, anda boleh mula bertungku daripada seawal hari ke-3 lepas bersalin sehingga hari ke-44 dan boleh diteruskan selepas tempoh itu. Bagi yang bersalin menggunakan kaedah pembedahan caesarean pula, boleh bermula paling awal hari ke-7 selepas bersalin atau bergantung kepada luka pembedahan. Jika luka belum sembuh, tungku bahagian lain sahaja tanpa melibatkan bahagian perut.
Walau bagaimanapun, pada masa kini, para wanita lebih gemar menggunakan tungku herba. Ia diakui tidak mendatangkan rasa sakit apabila ditekan ke seluruh bahagian tubuh dan perut semasa bertungku. Hal ini kesan daripada tekanan tungku yang dilakukan adalah mengikut bentuk badan.
Tungku herba ini dihasilkan daripada pasir sungai atau batu kecil yang dikeringkan untuk bertahan lama. Untuk memanaskannya, anda perlu menggunakan pemanas khas. Walau bagaimanapun, jika tiada pemanas, anda boleh memanaskannya dengan menyalakan lilin semasa sesi urutan dilakukan selama setengah jam.
Jika tidak pun, anda boleh gunakan seterika. Panaskan dengan tekap tungku ke permukaan panas pada seterika dan kemudiannya tungku di bahagian yang diingini. Anda boleh juga kukus tungku. Namun selepas digunakan, anda perlu jemur tungku bagi membolehkan ia digunakan untuk tempoh jangka panjang.
Terdapat lebih daripada 40 jenis herba dimasukkan ke dalam tungku herba. Antaranya ialah jintan hitam, halba, serai wangi, lempoyang, temu kunci, pinang dan lain-lain. Kesemuanya dikeringkan terlebih dahulu sebelum disatukan di dalam kain khas dan diikat.
Boleh diguna setiap hari
Anda perlu tahu bahawa amalan bertungku boleh dilakukan setiap hari. Ia merupakan rawatan luaran yang baik. Tungku bahagian belakang, kaki, betis, paha, pinggang, belikat selama 15 hingga 20 minit setiap kali di bahagian hadapan dan belakang tubuh. Lakukan dalam keadaan tenang dan digalakkan berbaring semasa bertungku.
Jika mahu mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu rajin. Namun, dalam keadaan tertentu, anda mungkin kesuntukan masa. Jika hal demikian berlaku, anda tetap digalakkan untuk bertungku. Paling minimum, digalakkan menumpukan perhatian dengan menungku bahagian tapak kaki.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih, sejak dari 2019 hingga kini masih belum ada rezeki untuk peluk anak seperti orang lain. Empat kali mengandung, empat kali juga kehilangan anak. Pengalaman ini bukan semua ibu mampu laluinya namun apakan daya, Allah sebaik-baik perancang. Biarpun dah berusaha untuk menjaga kandungan sebaik mungkin, takdir Allah tak dapat juga bertahan sehingga 9 bulan.
Kisah sedih yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, Puan Nurul Farhana sungguh sebak apabila dia dah cuba bertahan tetapi akhirnya tak kesampaian apabila doktor terpaksa juga mengeluarkan anak dalam kandungan atas sebab-sebab tertentu.
Terhenti perjalanan 23 minggu
Terhentinya perjalanan di minggu 23. Alhamdulillah. Saya sudah selamat melahirkan anak syurga ke 4 secara pembedahan pada petang 9 November lalu.
Memang ramai yang tidak tahu saya mengandung lagi. Hanya keluarga terdekat dan teman sekerja yang kebanyakannya tahu.
Jika diteruskan kandungan, boleh ancam nyawa
Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk menjaga kandungan ini. Antaranya pemasangan Mcdonald cerclage (jahit pangkal rahim) dan pemantauan doktor pakar setiap 2 minggu sekali.
Namun apakan daya, semalam jahitan tersebut terpaksa dibuka dengan kadar segera kerana keadaan pada masa tersebut baby sedang struggle untuk keluar (ketika jahitan masih lagi belum dibuka) yang mana menyebabkan rahim saya hampir pecah dan boleh membawa maut.
Bila sudah dibuka jahitan tersebut, sekali lagi saya diuji apabila baby berada dalam keadaan melintang dan tangannya yang masuk laluan untuk keluar. Jadi doktor pakar decide kena operation sebab mustahil baby dapat keluar dalam keadaan normal memandangkan fizikal baby yang sudah besar (600 gram).
Maka saya telah menjalani operation dan alhamdulillah baby telah dapat dikeluarkan lebih kurang pada pukul 4 setengah petang.
Bersyukur Allah masih panjangkan nyawa saya. Sungguh pada sepanjang melahirkan anak ini, kesakitan yang sangat luar biasa lebih lebih lagi ketika membuka jahitan tanpa bius dan pada masa yang sama benang tersebut sukar dijumpai doktor sehinggakan banyak kali doktor kejutkan ketika saya sudah berada dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri. Allah sahaja yang tahu.
Kehilangan yang perit tapi perlu reda
Allah Maha Baik. Apa yang terjadi ada hikmahnya walaupun saya sedar keadaan untuk menghadapi kehilangan anak Syurga yang ke 4 bukanlah mudah.
Oh ya.. baby boy tau. Nama diberi Wan Muhammad Isa Faed. Alhamdulillah sudah selamat dikebumikan berdekatan pusara abang-abangnya ❤️
Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus terutama suami, keluarga, keluarga mertua, kawan baik, teman sekerja yang tidak putus-putus memberikan semangat dan doa. Hanya Allah yang mampu membalasnya untuk kalian. Terima kasih atas segalanya.