Kes-kes bayi yang terjatuh di lantai sememangnya benar dan pernah berlaku dikalangan kita. Semuanya ini berpunca daripada rasa keletihan yang melampau. Tidak cukup tidur kerana menyusukan bayi antara punca ibu mengalami keletihan yang melampau. Jadi usah biarkan hal ini berlaku, jauh sekali terjadi pada kita.

Bila melihat isteri keletihan malah adakalanya terlelap sambil duduk, cepat-cepat ambil anak dan biarkan dia rehat seketika. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Redza Zainol. Jangan ambil mudah hal ini.


Terkejut saya bila jururawat maklumkan ada kes bayi usia 2 hari terjatuh ke atas lantai.

“Saya terlalu penat.”

Itulah yang ibunya katakan. Setiap 2-3 jam, dia bangun untuk susukan anak sepanjang malam. Dalam tak sedar, dia dah terlelap dalam posisi duduk sambil menyusukan anak. Bayi yang sedang dipegang erat terus terlepas dan bergolek jatuh ke lantai.

“Semuanya berlaku sangat pantas. Saya pun tak ingat.”

Wajahnya nampak letih, dan saya tahu dirinya dipenuhi dengan rasa bersalah. Ibu bukan Superwoman. Mereka juga perlukan rehat, makan dan tidur yang mencukupi.

Jaga diri sendiri baik-baik. Suami pun sama-sama bantu isteri. Itulah tanda kita hargai pengorbanan isteri. Ibu yang terlalu penat dan tak dibantu, boleh mengundang kemalangan.

IKLAN

🚨 Ada bayi yang terjatuh ketika menyusu dan tersangkut pada cadar, selimut, pakaian ibu dan jadi lemas.

🚨 Ada bayi jatuh bila ibu yang sedang memegang anak membongkok untuk ambil barang di lantai.

🚨 Ada bayi terjatuh bila ibu menukar posisi menyusu anak.

🚨 Ada bayi yang lemas, bila ibu atau ayah tertidur di atas badan atau muka bayi akibat terlalu letih.

 

Saya nasihatkan:
✅ Kalau isteri dah mula rasa mengantuk, terus beritahu pada suami atau pembantu. Ada orang lain yang boleh tengokkan bayi.

✅ Bantu isteri untuk letakkan bayi atau ambilkan bayi dari katil bayi.

✅ Mak ayah sendiri sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Kes bayi meninggal dunia sebab dihempap orang dewasa yang tengah tidur ni memang betul-betul terjadi.

✅ Jangan biar baby tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.

✅ Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku.

Tolong #kongsikan juga cerita ni pada pasangan dan pengasuh bayi kita tu. Kita sama-sama belajar supaya anak kita selamat.


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents