Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
Ads
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Ads
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Ads
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
Ketika hamil, salah satu masalah yang sering terjadi kepada ibu hamil adalah kencing kotor. Ibu akan mengalami rasa sakit ketika mahu membuang air kecil. Kencing kotor dikenali sebagai jangkitan kuman dalam saluran kencing. Jangkitan ini biasanya didapati oleh golongan wanita kerana golongan ini mempunyai saluran pembuangan air kecil yang sangat pendek dan sangat mudah dijangkiti kuman.
Biarpun masalah kencing kotor ini boleh berlaku kepada wanita yang tidak hamil, tetapi ia mudah menjangkiti ibu mengandung. Mengapa ini terjadi? Ikuti penjelasan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan mengenai isu ini.
“Apesal doktor ni, tak abes-abes menyusahkan jer! datang follow up je nak air kencing, datang follow up je pegi suruh kencing dalam botol ni. kalau tak kencing tak boleh ke?? Ini nak masuk toilet pun beratur panjang” – Rungut seorang ibu muda. “Alahhhh… awak ikut je lah ape doktor tu nak”. “Abang faham tak? Saya ni bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit tak payah la sibuk-sibuk nak check!”. “Kencing saya pun jernih jer macam air paip, tak tahu la kenapa doktor tu sibuk sangat nak tengok air kencing! “ – Bentak ibu muda itu lagi.
‘Menyusahkan’ – itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan oleh ibu muda tersebut. Ternyata perkataan itu amatlah menyakitkan dan pahit untuk ditelan, namun yang demikian penggunaan nya sangat tidak tepat dalam konteks ini. Betul ke pemeriksaan air kencing secara berkala ini sebenarnya memang menyusahkan ibu? Adakah kencing kotor ini bermakna air kencing berkeladak dan mempunyai sampah sarap, seperti dakwaan ibu muda tersebut?
Jom ikuti penerangan saya mengenai kencing kotor ketika hamil: Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
-Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu, lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing. -Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
– Bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing. -Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar, Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera. -Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga. -Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis – lagi senang untuk dapat kencing kotor ini.
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat? – Saiz bayi kecil (low birth weight) berat bayi kurang 2.5kg – Bayi lahir tak cukup bulan/pramatang (kurang 37 minggu) – Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil atau dikenali sebagai pre-eclampsia -Anemia (kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu) -Jangkitan pada air mentuban bayi (chorioamniotis)
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi anda sedikit info tentang masalah kencing kotor. Jika dianggap remeh, boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda dan kandungan. Sekiranya doktor atau juru rawat menasihati anda untuk membuat ujian air kencing, usahlah merungut. Ikutlah saranan mereka demi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti dan pengacara Sarimah Ibrahim berkongsi perasaan gemuruhnya untuk melahirkan bayi perempuan pada bila-bila masa.
Dalam kenyataan dimuat naik di laman sosialnya, Sarimah berkata, perasaan yang dirasai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan ia mengatasi segala pengalaman pernah dilalui sebelum ini.
“Saya pernah mengacarakan rancangan berskala besar secara langsung di hadapan jutaan manusia di seluruh Asia. Saya pernah melakukan terjun udara tanpa pasangan.
“Saya juga pernah membelah kayu dengan tangan sewaktu melakukan sukan karate dan bersaing dengan lelaki yang jauh lebih besar.
“Saya juga sudah melakukan selam skuba sedalam 45 meter dengan manta ray menutupi cahaya matahari. Tetapi sekarang dalam usia mencecah 41 tahun, saya akan melahirkan manusia ke dunia,” katanya.
Katanya, perasaannya kini jauh lebih hebat berbanding kehebatan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurutnya, dia kini sudah pun bersiap sedia dengan menyediakan segala keperluan yang diperlukan sebagai bakal ibu apabila dimasukkan ke hospital bersalin nanti.
Sebelum ini juga Sarimah menyatakan dia berharap dapat melahirkan puterinya itu secara normal dan berdoa urusannya nanti dipermudahkan.
“Sepanjang kehamilan, bayi saya sentiasa mengiring dan posisi itu langsung tidak berubah. Kalau posisinya masih sama, berkemungkinan besar saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan,” katanya yang turut aktif melakukan senaman sepanjang kehamilannya.
Sarimah berkata, diharapkan kelahiran puterinya ini lancar kerana semua tak sabar. Maklumlah dalam keluarganya ramai lelaki. Berita gembira itu begitu dinantikan kerana selama ini dia banyak dikelilingi lelaki.
Sarimah pada 1 Februari lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib, berkata ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin berkenaan memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini, hari ini.
Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19, beliau berkata orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin itu.
Beliau berkata, vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.
“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.
“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin itu,” katanya.
Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan itu dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.
Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan itu, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan. – BERNAMA
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...