“Isteriku Tercinta, Terima Kasih,” Penyampai Berita, Shahril Sarapudin Titip Ucapan Penghargaan Buat Isteri. Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Share

Tiada yang lebih menggembirakan setiap pasangan selain menyambut kedatangan ahli keluarga baharu. Pengacara dan penyampai berita, Shahril Sarapudin berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya. Dia memaklumkan bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada Khamis yang lalu.

Dalam entri terbarunya, Shahril berkongsi gambar bayinya yang dilahirkan dengan berat 3.4kg dengan kapsyen memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kurnianNYA.

Sempat juga dia menitipkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta atas pergorbanan yang melahirkan anak mereka itu.

“Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Allah.

“Puteri kami seberat 3.4kg selamat dilahirkan.

“Buat isteriku tercinta… terima kasih atas pengorbanan yang tak terhingga ini.

Dalam pada itu, Shahril juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat atas kiriman doa buat isterinya. Dia juga memohon agar mendoakan bayi mereka yang baru dilahirkan agar membesar menjadi insan yang berguna untuk agama dan negara.

Baca: “Berseri Muka Mummy,” Fazura Dapat Pujian Tampil Langsing & Cantik Walau Dalam Pantang

“Terima kasih keluarga dan sahabat sekalian atas titipan doa. Kami sangat menghargainya.

“Doakan puteri kami ini akan membesar menjadi insan berguna untuk agama dan negara.

“Syukur Ya Allah,” tulisnya.

 

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga bayi Shahril membesar menjadi anak yang solehah.

Shahril dan isterinya, Souzul Fazlina telah selamat disatukan pada Januari 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini. Bayi perempuan yang baru dilahirkan pada Khamis lalu merupakan anak ketiga kepada pasangan ini.

Tahniah diucapkan kepada Shahril dan isteri. Semoga dengan kehadiran puteri barunya ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan keluarga mereka.

Sumber: Media Hiburan & IG Shahril Sarapudin

Baca: Kalau Anak Selalu Sakit, Ini Makanan Doktor Saran Nak Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

 

 

Published by
SAHR