“Its A Boy, Alhamdulillah” -Idzham Ismail Timang Cahaya Mata Kedua, Dah Lengkap Sepasang!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail dan isteri yang selamat menimang cahaya mata kedua. Idzam berkongsi khabar gembira itu apabila isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan cahaya mata mereka pada pagi Ahad lalu.

Menerusi satu entri ringkas di Instagram miliknya, Idzham berkongsi perkhabaran itu sambil berkongsi sekeping fotonya bersama putera kesayangannya itu.

Katanya lagi, cahaya mata keduanya itu lahir pada pukul 7:45 pagi, Ahad lalu.

“Alhamdulillah, wife saya @bellasudeen selamat lahirkan anak kedua kami pada pukul 7.45am tadi.

“Its a boy. Alhamdulillah,” tulis Idzham lagi.

Malah menerusi entri berlainan, Idzham turut meluahkan rasa syukurnya dengan anugerah tidak ternilai dari Allah SWT. Idhzam turut berkongsi sebuah video yang dirakamnya ketika detik kelahiran puteranya itu.

“Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Allah di atas pemberian anugerah dan tanggungjawab ketiga selepas isteriku, Puteriku dan sekarang Puteraku lahir didunia.

“Alhamdulillah semua lancar dari segi proses mengandung dan bersalin.

“Terima kasih juga pada @kpmckajangplaza sebab beri isteri saya layanan terbaik dari A to Z . Gembira bila tengok isteri saya happy.

Thank you for all the wishes . Alhamdulillah,”kongsinya meluahkan rasa syukur.

 

Melalui temu bualnya bersama MStar, Idzham turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menemani isteri setiap detik kelahirannya.

“Sama seperti anak pertama, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran anak kedua ini.

“Dulu terpaksa menunggu 12 jam sebelum anak pertama dilahirkan, tetapi anak kedua ini lebih mudah dan tiak perlu menunggu lama,” kata Idzham berkongsi.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi keduanya itu. Rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan turut mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.

Idzham Ismail mendirikan rumah tangga bersama Siti Nur Abilah pada Ogos 2016 dan dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.

Artikel menarik:Comel Macam Bapaknya, Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Timang Cahaya Mata Perempuan

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Sumber: @idzham_ismail dan MStar

Published by
SRM