“It’s A Boy” Yonnyboii Dan Isteri Dedah Jantina Anak Sulung

Share

Selepas mengumumkan bakal bergelar bapa, penyanyi Yonnyboii memaklumkan dia dan isteri, Nik Nazira Narriman akan menimang cahaya mata lelaki.

Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, mendedahkan perkara itu menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal yang diadakan baru-baru ini.

Katanya lagi, isterinya bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka sekitar Julai ini.

Yonnyboii turut berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan Nazira sedang duduk di atas sofa sementara dia membuat pengiraan untuk memecahkan belon bagi mengumumkan jantina anak damit mereka.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Nazira berkata dia dan Yonnyboii teruja dan dalam masa sama gementar menunggu kelahiran cahaya mata pertama.

“Memanglah kami gementar sebab anak pertama. Kami pun tak tahu apa yang akan berlaku nanti.

“Tapi sudah tentu sangat teruja nak menyambut anak kami nanti,” katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.

 

 

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa