Masih ramai yang mempunyai tanggapan yang salah berkenaan alat dalam rahim (IUCD). Disebabkan timbulnya pelbagai spekulasi dan mitos-mitos dalam kalangan pengguna IUD, Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan tampil menjelaskan perkara yang sebenarnya berkenaan IUCD.

MITOS-MITOS berkenaan Alat dalam Rahim ( IUCD )

IUCD Bila Dah Pasang Kena Check Doktor Setiap Tahun, Betul Ke? Doktor Rungkai Mitos Alat Dalam Rahim

-IUCD boleh sebabkan kandungan luar rahim

Penjelasan : Peluang utk dapat kehamilan luar rahim adalah RENDAH jika dibandingkan dengan org yg tak pakai apa-apa perancangan keluarga, walaupun penggunaan perancangan keluarga yang menyekat ovulasi seperti pil perancang dapat mengurangkan peluang dapat kehamilan luar rahim. wanita yang pernah ada kehamilan luar rahim boleh menggunakan IUD tanpa was was

-IUCD sebabkan kemandulan

IKLAN

Penjelasan : dengan memakai IUD, takda masalah nak kembali subur. Buang je IUD tu peluang nak mengandung sama je macam orang biasa.

-IUCD sebabkan jangkitan kuman

penjelasan : Pelvic inflammatory disease atau jangkitan kuman pada peranakan disebabkan oleh pasangan seks yang bertukar-tukar dan apa-apa prosedur yang melibatkan rahim, BUKAN disebabkan oleh IUD. Ada risiko kecil kurang dari 1% jangkitan kuman selepas 20 hari IUD dimasukkan, terapi selepas itu kadar untuk dapat jangkitan kuman pada peranakan sama seperti orang tak pakai IUD.

-Remaja sepatutnya tak pakai IUCD

IKLAN

penjelasan : Takde had umur untuk sesapa berminat untuk pakai IUD. Asalkan ada buat hubungan seks boleh pakai !

-Orang tak pernah beranak tak boleh pakai IUCD

penjelasan : Takde masalah. Beranak 1 ke beranak 10 ke tak pernah beranak ke boleh pakai IUD. Beranak normal ke beranak C-section pun boleh pakai.

IKLAN

-IUCD hanya boleh pasang waktu period

penjelasan : IUD boleh dipasang bila-bila masa dalam waktu kitaran haid, dengan syarat wanita tu tak mengandung

-IUCD ni bila da pasang kena check doktor setiap tahun

penjelasan : Jangan mengarut, macam takde keja lain nak buat jumpa doktor semata-mata nak check IUD. Tak perlu jumpa doktor setahun sekali sebagai follow up

Jangan membawang cakap IUD ni leceh la ape lah susah la bahaya la kalau diri sendiri pun malas nak membaca

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI