Mendirikan rumah tangga sejak November 2017, persoalan tentang zuriat tentu sering menjadi pertanyaan peminat terutamanya netizen. Menurut laporan Berita Harian, Izara Aisyah, 26 kini mengambil keputusan untuk berehat sehingga tahun hadapan sebagai persediaan dirinya untuk menjadi seorang ibu.
Menurutnya, dia memang seorang yang sukakan kanak-kanak dan tidak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu. Namun tidak mahu berasa tertekan, dia dan suaminya, Muhamad Adib Khalid menyerahkan segalanya kepada ketentuan rezeki.
“Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata.
“Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Saya bagaimanapun, tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki,” katanya.
Semoga ada berita baik yang akan kita terima tak lama lagi dari Izara Aisyah dan suami.
10 tip cepat hamil oleh Dr Hamid Arshat:
Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan
Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.
Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam. Baca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan. Lakukan senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, berjogging, mengayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran. Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan
Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
Sumber: Berita Harian & Bidadari