
Pelakon Izreen Azminda terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan pada Sabtu lalu.
Izreen yang kini sedang sarat hamil anak keempat berkata, tubuh badannya menggigil selepas keracunan makanan.
Menerusi Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini berkongsi kisahnya yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Tambah pula keadaan dirinya yang sarat hamil.
“Kali terakhir kena tahun 2022 kalau tidak silap, ini kena lagi. Keracunan makanan. Menggigil-gigil aku.
“Dua kali ganda teruk sikit dari sebelum ini, mungkin sebab mengandung kot,” kongsinya.
Menerusi perkongsian itu, Izreen turut memuat naik foto dirinya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: IG @izreen.azminda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trimester Kedua Hanis Zalikha Masih Loya Teruk & Muntah-Muntah, Netizen Teka Mungkin Baby Girl

Isi Kandungan
ToggleMenempuhi trimester kedua kehamilan, Hanis Zalikha masih lagi mengalami alahan teruk kerana masih loya dan muntah-muntah. Tapi berita baiknya ialah perutnya dah makin membesar!
Isteri kepada Hairul Azreen ini turut berkongsi yang dia loya teruk dan muntah di waktu pagi. Hanis memuat naik gambarnya dengan bahagian perut yang sudah nampak baby bump comel! Hanis sempat mengimbau keadaan yang lebih kurang sama semasa dia hamilkan Yusuf.
haniszalikha I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu.
TERKENANGKAN MASA HAMILKAN YUSUF
Hanis teringatkan satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran di mana dia dan Hairul bersarapan pagi.
Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik.
CUBA TAHAN MUNTAH TAPI TAK MAMPU
Hampir selesai makan, Hanis cuba untuk menahan muntah tapi tidak mampu dan akhirnya terpaksa bergegas ke ke tandas restoran.
Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5 minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan.
STAF RESTORAN PANDANG LAIN MACAM
Selesai memuntahkan isi perut, Hanis kembali ke meja dan menemani Hairul menghabiskan sajian sarapan paginya. Tapi dia mula perasan yang ada staf restoran memandangnya dengan pandangan bukan biasa-biasa. Manakala Hairul pula cuba menyembunyikan sesuatu walau pun diasak dengan soalan berkali-kali.
Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah. Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi.
SUAMI SEBAGAI PELINDUNG, HAIRUL MAIN PERANAN
Akhirnya Hairul buka mulut. Rupanya semasa dia muntah ada seseorang berasa jengkel dan marah-marah kepada staf yang menjaga kaunter bayaran.
Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu.
Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear). So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi.
Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita.
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Para peminat memberikan pelbagai reaksi. Antaranya meneka bayi dalam kandungan perempuan. Ada juga yang memuji tindakan Hairul back up Hanis dan tidak berpuas hati dengan pakcik tersebut.
MENEKA BABY GIRL
SOME MAY NOT UNDERSTAND
GOOD JOB HUSBAND KEKNIS
MESTI COMEL MACAM YUSUF
KONGSI PENGALAMAN ALAHAN SEMASA HAMIL
Sumber: haniszalikha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil Usia 40-an, Dynas Akui Cepat Penat, Alahan Teruk. Tak Kisah Jantina Bayi, Janji Sihat

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar yang bakal melahirkan anak keempat pada penghujung Mei depan berkongsi tidak mahu tahu jantina bayinya kerana ingin melakukan kejutan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.
“Kami belum buat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun, kami juga tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya.
Berbeza mengandung di usia 40-an, alahan teruk
Ditanya hamil pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.
“Saya juga berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan anak keempat ini berbanding kandungan sebelum ini. Alahan yang teruk hanya pada tempoh tiga bulan pertama kehamilan.
“Alhamdulillah, keadaan saya sudah okay dan usia kandungan pun sudah mencecah usia lima bulan ketika ini,” katanya.
Sementara itu, kali terakhir dia terbabit dengan penggambaran ketika usia kandungannya baru mencecah dua bulan.
“Ketika itu, saya tidak tahu sudah mengandung anak keempat. Bila sudah tahu, saya terus berehat dari aktiviti seni kerana mahu memberi fokus pada kehamilan,” katanya.
Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12, dan Mohamed Haqaish, 9.
Kredit: Metro; Ig Dynas Mokhtar
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat 6 Perkara Ini Kalau Doktor Suruh Kawal Kencing Manis Semasa Hamil. Kerjasama Keluarga Penting!

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.
PERLU SENAMAN SEDERHANA
Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.
Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.
Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!
5 TIP KAWAL SELERA
Soalan-soalan yang juga sering ditanya ialah bagaimana caranya untuk mengawal pemakanan ketika mengalami gestational diabetes ini? Bagaimana cara untuk mengekang selera?
Terdapat pelbagai tips yang boleh dicuba tetapi langkah yang pertama adalah untuk berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital. Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan daripada beliau, anda bolehlah mencuba tip di bawah.
- Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah. Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.
- Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates). Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.
- Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.
- Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.
- Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu. Justeru Dr Norintan mencadangkan supaya makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwic telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.
Dr Norintan merayu kepada semua wanita yang mempunyai tahap glukos yang tinggi dan wanita yang mengalami kencing manis supaya tidak hamil sebelum tahap glukos & selera dapat dikawal. Katanya, tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jantung di dalam janin yang di kandung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI