Ingat senang ke jadi ibu ayah? Besar tanggungjawabnya sejak dari anak lahir sampailah anak besar. Masa kecil cabarannya lain, bila dah pandai berdikari lain pula cara perhatiannya pula.
Bagi yang tak jelas, peringkat umur anak ini mungkin boleh buat anda faham dan pendekatan macam mana boleh dilakukan jika anak mula tunjuk kuasa dari ibu ayah seperti yang dikongsikan oleh Nurul Izwa Bt Kamaruddin.
0-12 bulan : Kalau kau rasa jaga baby tu susah kau silap. Jaga baby paling senang (kot?), cukup makan cukup susu tidurlah dia cuma susah part kembong, manja (melekap macam anak panda) atau waktu main dia ikut zone US. ?
1-2 tahun : saat paling mencabar bila dia dah pandai berjalan, memunggah, menyepah dah 1 hal nak kene selesaikan semua benda dari pagi sampai malam. Ini part yang kau sentiasa kene monitor dia 24/7 ! Kalau tak ade je benda pelik dia buat termasuk tabur bedak 1 rumah atau gunting rambut kau masa kau tertidur. ?
2-3 tahun : saat paling menduga sebab inilah saat keemasan tantrum dia! Berguling depan kedai, meraung tak nak jalan, melalak dalam mall. Menjerit-jerit tak dapat naik kereta mainan.. eh macam-macam hal lah time-time ni ?
Ads
4-5 tahun : saat buat perangai! Buat perangai tak nak mandi tak nak makan tak nak pakai baju tak nak jalan tak nak segala benda semata tak nak pegi skool (taska). Ulang setiap pagi selama setahun sambil ulang no.1 untuk adik dia.
5-6 tahun : saat kecemerlangan. Okey tahap ni boleh tarik nafas lega sikit sebab dia dah ade kawan boleh nyanyi-nyanyi balik sekolah (tadika) tapi kau jangan lupa ulangan dari atas untuk part adik dia pulak..kah..kah..kah.. ?
Ads
7 tahun : ini nasib..dapat yang pergi sekolah balik sekolah okey alhamdulillah tapi dapat yang pergi wangi balik belacan padahal baru hari isnin kau urut je lah dada kau laki bini. Ha..ha..ha.. ??
8-12 tahun : tak banyak masalah di sekolah kecuali part susah nya nak suruh buat kerja sekolah! Rasa macam menyanyi hari-hari duk ulang suara ? kalau yang no.1 perangai cemerlang dari darjah 1 tapi yang no.2 kau kene sabar tahap langit ke-7 dengan perangai #ikutsukaakulahnakbuatketak ?? Tu belum masuk part hari-hari hilang pensil, hari-hari hilang pemadam, hari-hari hilang buku! ?
Ohye sambil “menyanyi” sambil ulang dari part baby sampai ke bawah untuk adik-adik dia. Kah..kah..kah..
Ads
13-17 tahun : cabaran remaja kita sambung lain kali okey ✌
Sebenarnya jadi mak ayah ni best tau, jadi anda yang belum jadi mak ayah tu saya doakan 1 hari nanti jika diizinkan Allah SWT pasti akan dapat rasa macam ni juga, cepat & lambat hanya Allah je yang tahu.
Pada yang tak tahu erti kekuasaan Allah SWT tu baik diam jangan tanya-tanya orang bila nak ada anak.
Doa untuk anak-anak sukakan makanan sihat perlu jadi yang utama kerana yang mampu ubah hati dan fikiran kita hanya Allah saja.
Jadi, janganlah ketepikan Allah dan jadikan Allah yang TERAKHIR (TAWAKKAL).
Tip yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini sangat membantu dan boleh jadi panduan untuk ibu bapa didik anak suka makanan sihat.
“Kita dah usaha ni, selebihnya tawakkal je lah. Tak tahulah Allah nak makbulkan ke tak. Hmmm.”
Ayat selalu didengar.
Kita cuba ubah daripada sekarang.
Bersangka baik pada Allah yang kebaikan dan cintaNya pada kita melebihi cinta ibu bapa kepada kita, melebihi cinta kasih kita pada anak. Boleh bayangkan ke hebatnya kasih sayang Allah?
Jadi, logik ke Allah yang penuh kasih sayang itu sengaja tak bantu kita?
Ingat selalu, dalam lakukan sesuatu, DAHULUKAN ALLAH. DOA HARUS JADI USAHA KITA YANG PERTAMA.
Usaha kedua, terpulanglah nak guna cara psikologi paling hebat di duniapun terpulanglah. Tapi, doa pada Allah harus jadi yang pertama. Jika Dia jadi yang terakhir? Mahukah kita jadi yang terakhir di sisi Allah? Taknak, kan? Jadi, mari kita ubah.
+ Zikir Ya Rahim (penyayang)
+ Zikir Ya Latif (lembut)
+ Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak dan roh kita sendiri. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
+ Makanan setiap kali memasak
+ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat.
Dilindungi daripada yang sebaliknya.
Niatkan dilembutkan hati kita untuk sentiasa gunakan kata-kata elok pada anak, bukan asyik komplen dan fokus pada kesalahan mereka saja.
YA, SANGAT PENTING: JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana?
ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN. INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.
Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda.
Jadikan dapur kita, tempat mencipta memori indah bersama.
Doa adalah senjata setiap mukmin. Ajarkan anak-anak kita mengamalkan surah ini setiap hari. Apabila ia dibaca sebanyak 40 kali, selama 40 hari, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam al-Quran, terletak pada juzuk ke-27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Mendidik anak biarlah dari kecil. Begitu juga pendirian selebriti cantik, Yana Samsudin. Dia yang berkahwin dengan Fadzil Zahari pada tahun 2015 telah dikurniakan seorang anak lelaki, Aisy Mateen. Melalui posting Instagramnya, Yana berkongsi foto Mateen yang sedang membasuh kerusi.
“Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering.Tengah cuci, mak (nenek @aisymateen ) jerit. “Mateen nanti basah baju!!”
Momy tolong jawab ” Tak pa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni… ” membebel mommy…
“Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak.
Manakala Mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi.
Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu.”
Tambah Yana lagi, kalau dia sedang bercucuk tanam pun akan dipanggilnya Mateen untuk melihat apa yang sedang dilakukannya. Yana juga mengucapkan tahniah kepada suri rumah yang mendukung anak ketika memasak atau membuat kerja rumah. Dia mengatakan para ibu yang buat begitu telah berjaya melahirkan anak yang rajin apabila sudah besar nanti.
Pendedahan awal yang Yana berikan kepada Mateen bukan sahaja dapat menjadikan anaknya itu seorang yang rajin bahkan ia mampu mewujudkan rasa tanggungjawab dan sikap berdikari kanak-kanak itu apabila menginjak dewasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.