“Jadi Ibu Bukan Hanya Beranak Lain-Lain Maid Buat.” Zizie Tepis Pendapat Anak Rapat Dengan Pengasuh

Share

Menjadi ibu Datin Sri Zizie Ezette galas tugas lebih besar. Bukan seperti pendapat kebanyakan orang hanya melahirkan dan membiarkan anak dijaga pembantu semata-mata.

Anak adalah anugerah yang terindah bagi seorang ibu. Datin Sri Zizie Ezette amat menghargai momen menjadi ibu.

Artikel berkaitan: Dapat Zuriat Pun Lambat, Zizie Utamakan Masa Dengan Anak & Keluarga Dari Rakan

Dengan 5 orang pembantu bagi menjaga 5 cahaya mata, aktres ini dapat menjalankan tugas sebagai ibu dengan lebih efisien. Ibu kepada Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 2, pasangan kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete, 1 tahun 8 bulan dan Aalisa Belle Izette, 4 bulan.

Menerusi kemaskini Instagram, Zizie mencoretkan perasaannya tentang tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa anak-anak lebih rapat dengan pengasuh/ pembantu.

“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walau pun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuhlah ibu mereka.

“Silap sama sekali andaian mereka itu kepada saya.

“Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.

“Tetapi saya juga mengambil tahu tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak-anak. Saya sentiasa ada bersama anak-anak dan berikan sepenuh perhatian dan memupuk kasih sayang secukupnya kepada mereka semua.

“Saya nak mendidik dan lihat setiap perkembangan mereka depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya seorang ibu.
Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat.

“Adohai, jauh sama sekali pandangan orang tu.

Para follower mengakui tidak puas melihat layanan Zizie kepada anak-anak. Lembut dan sentiasa ada dengan si kecil. Malah anak-anaknya juga memperlihatkan bonding yang kuat dengan ibu mereka.

BEST MOMMY IN THE WORLD

KASIH SAYANG TERCURAH DAPAT DILIHAT PADA WAJAH CERIA ANAK-ANAK

ABAIKAN KATA-KATA ORANG

“MOMMY MOMMY ALL THE TIME”

Sumber: Instagram Datin Sri Zizie Ezette

Published by
Azma ML