Selepas melahirkan cahaya mata sulung, ada di kalangan anda yang berasa serik untuk hamil lagi lantaran mengalami beberapa komplikasi semasa hamil mahupun semasa melahirkan.
Walau bagaimanapun, perasaan itu hanya seketika. Apabila anak itu semakin membesar, akan mula timbul rasa rindu untuk kembali hamil. Benar, kan?
Berikut adalah antara keistimewaan dan kelebihanyang dilalui oleh para ibu hamil yang mana hanya boleh dirasai sepanjang tempoh 40 minggu kehamilan.
Wajah berseri
Ada segelintir ibu hamil mempunyai wajah yang lebih berseri berbanding sebelum hamil. Menurut kata orang tua-tua, hal ini terjadi disebabkan kandungan itu adalah lelaki.
Namun, berdasarkan fakta sains, ia berkemungkinan besar berkaitan dengan peningkatan hormon dan aliran darah yang lebih banyak semasa hamil.
Selain daripada itu, ia mungkin juga mempunyai hubung kait dengan tahap kesihatan anda semasa hamil. Sekiranya tiada apa-apa komplikasi kehamilan, tentu sahaja anda lebih gembira dan itu memberi kesan positif terhadap penampilan dan rupa wajah anda.
Tiada tekanan tentang masalah berat badan
Ads
Sebelum hamil, kalau ada yang menegur tentang pertambahan berat badan, anda pasti rasa tertekan. Namun, lain halnya kalau anda hamil. Kata-kata itu pasti tidak diendahkan. Apa yang penting ialah anda dan bayi sama-sama sihat.
Apa-apa pun, anda janganlah mengamalkan pemakanan untuk dua orang ya. Hal ini kerana anda hanya perlukan tambahan 300 – 500 kalori sehari berbanding sebelum hamil.
Boleh mengidam
Tentu seronok bila suami sanggup dan sentiasa bersedia menyediakan atau mencari apa sahaja jenis makanan yang anda idamkan. Sehubungan itu, perlu anda tahu bahawa rasa mengidam yang dilalui itu adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang mungkin boleh didapati dalam makanan berkenaan.
Ads
Jika suami gagal mendapatkan makanan yang digambarkan dalam bayangan anda, janganlah kecewa. Sebaliknya, anda boleh minta suami untuk mencari makanan yang lebih kurang sama dengan gambaran anda.
Tendangan bayi
Tendangan bayi dalam kandungan sememangnya saat yang dinantikan oleh semua ibu yang sudah hamil. Kali pertama dapat merasai tendangannya pasti mampu membuatkan anda menangis kegembiraan.
Hal ini kerana ia menandakan bahawa bayi anda berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, ia juga petanda ikatan kasih sayang antara ibu dan anda lebih kuat terjalin. Momen itu pasti meninggalkan kenangan yang tidak dapat anda lupakan.
Dapat status ‘VIP’
Ads
Di mana-mana tempat awam, anda pasti menjadi keutamaan. Di dalam tren, bas, kaunter bank dan banyak lagi tempat yang lainnya, anda diberi keistimewaan apabila ada pengkhususan untuk wanita yang sedang hamil.
Lebih perhatian daripada ramai orang
Apabila hamil, suami akan bertambah sayang. Begitu juga dengan ibu bapa kedua belah pihak. Pasti mereka memberi lebih perhatian kepada anda dan tahap kesihatan bayi di dalam kandungan.
Lebih daripada itu, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sepejabat pun akan memberi perhatian kebajikan diri anda dan bayi.
Jika ada anak terdahulu pun, dia pasti lebih mudah mendengar kata kerana kasih kepada bayi yang sedang anda kandungkan.
‘Tiket’ membeli-belah
Kalau sebelum hamil, mungkin anda sukar membeli-belah tidak kira waktu kerana perlu mengutamakan hal-hal lain yang lebih penting. Namun, apabila hamil, suami anda pasti tidak berkira kerana apa yang anda beli adalah untuk kemudahan kalian berdua dan bayi yang bakal dilahirkan juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki kita tak pernah tersalah alamat. Begitulah halnya dengan penyanyi, Siti Sarah yang mengidamkan durian Musing King ketika hamil.
Memuat naik satu posting di Instagramnya kerana terlalu ingin untuk menikmati buah durian jenis Musing King atau D24, ternyata Sarah punya rezeki untuk menikmatinya.
“Bantulah ibu hamil ni. Tibe-tibe Sarah teringin benar nak makan durian Musang King atau d24. Terfikir sampai tengiang-ngiang. Manalah sarah nak dapat ye?
“Sekarang tengah musim Musang King atau D24 ke? Kalau boleh, nak yang dara tak berusik, kat supermarket macam ada tapi sarah tak nak yang dah kopek punye.
“Kalau ada, boleh hantar ke Puchong tak? Sesape tau plz DM Sarah ye,” tulisnya beberapa hari lalu yang begitu mengidamkan durian jenis itu.
Sememangnya rezeki ibu hamil, durian yang diidamkan Sarah sudah pun berjaya dimilikinya.
Malah pada hari yang sama Sarah memuat naik hantaran itu di Instagramnya, ada yang sudi menghadiahkan durian yang begitu digilai ramai itu kepada Sarah.
“Ya Allah murah rezeki hamba Allah yang memberi ni.. Baru post petang tadi, lepas tu ada orang nak kongsi rezeki,” kongsi Sarah terharu.
Kata Sarah dia amat bersyukur dapat merasa durian yang diidamkannya itu dan amat berterima kasih kepada ‘adik A’ yang sudi berkongsi rezeki dengannya.
“Lepas kempunan ibu hamil, bukan sebijik dia bagi tapi nia dah boleh buat kenduri. Terima kasih banyak-banyak adik A,” kongsinya lagi.
Begitulah kalau dah namanya rezeki ibu hamil. Semoga Sarah dan baby mampu tidur lena setelah mendapat apa yang diidamkan.
Terdahulu, pada April lalu, Shuib dan Sarah mendedahkan kehamilan bayi keempat mereka kepada umum dan amat gembira dengan rezeki yang diberikan Allah kali ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @sitisarahraissudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam zaman sekarang, perkataan jaundis adalah sesuatu yang biasa. Kebanyakan bayi baru lahir sering terdedah kepada kemungkinan mengalami jaundis. Jaundis terjadi pada bayi kerana darahnya mengandungi bilirubin berlebihan. Bilirubin merupakan bahan yang terhasil semasa penguraian sel darah merah.
Bayi baru lahir memang cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana dia memiliki sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen. Buah pinggang bayi yang belum matang sepenuhnya itu pula tidak mampu memetabolismekan bilirubin yang berlebihan.
Ada bayi yang mengalami jaundis dalam tempoh beberapa hari. Malah tidak kurang juga, segelintir daripada bayi kecil ini perlu melalui pengalaman berulang-alik ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Tambah simpati apabila mengenangkan si ibu yang belum sihat sepenuhnya selepas menjalani proses bersalin. Lebih teruk jika bayi terpaksa di tahan di wad hospital kerana perlu menjalani rawatan fototerapi.
Sebagai bakal ibu kepada bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi, anda perlu tahu bahawa jaundis tidak mendatangkan bahaya kepada bayi. Ia hanya mengundang bahaya jika tidak dikawal daripada peringkat awal kerana bayi berisiko mengelami kerosakan otak apabila tahap bilirubin terlalu tinggi dan tidak mendapat pemantauan sewajarnya.
Sekiranya mahu mengurangkan risiko diri dan bayi daripada berdepan dengan masalah jaundis, ada beberapa petua alami yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Antara amalan ibu hamil yang boleh dilakukan ialah seperti berikut.
1. Makan madu
Masa kini memang mudah untuk mendapatkan bekalan madu di pasaran. Namun, ada baiknya jika anda pastikan bahawa ia adalah benar-benarmadu lebas asli. Barulah ia dapat memberi anda kesan khasiat pemakanan madu seperti yang diharapkan.
Untuk mengelakkan jaundis daripada dialami bayi selepas kelahirannya kelak, anda dinasihatkan untuk mengambil tiga sudu madu tanpa air atau meminum air bancuhan madu menggunakan lima sudu madu setiap hari.
2. Minum susu kambing
Sememangnya susu kambing terkenal sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ia memang mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk sesiapa sahaja yang mengamalkannya.
Anda boleh minum susu kambing yang kini sangat mudah didapati dalam bentuk susu formula. Maklum sahajalah, jika mahu meminum susu segar, dikhuatiri boleh membuat anda menjadi mual dan loya.
Semasa hamil, seelok-eloknya anda minum dua gelas susu kambing sehari. Segelas diambil semasa bersarapan dan segelas lagi sebelum tidur.
3. Minum pati delima
Buah delima dan wanita hamil memang sinonim. Buah ini pun mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan baik untuk anda dan bayi di dalam kandungan.
Untuk mendapatkan manfaat buah delima, anda digalakkan untuk mengamalkan patinya. Paling kurang 500ml sehari. Selain daripada mengambil pati, anda juga boleh makan butiran buah delima itu sendiri ataupun meminum jus delima segar yang sudah diproses.
4. Makan kurma
Setiap pagi, ada baiknya anda menjadi buah kurma kering sebagai salah satu menu semasa bersarapan. Selain daripada berupaya membekalkan anda dengan bekalan tenaga segara, buah ini juga bermanfaat untuk membantu anda mengelakkan masalah jaundis yang kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir.
5. Minum air kelapa muda
Memasuki trimester akhir kehamilan, anda disarankan untuk meminum air kelapa muda setiap hari. Di samping baik untuk bayi kerana dikatakan dapat membantunya kulitnya menjadi bersih, air ini juga dapat mengelakkan jaundis.
Walau bagaimanapun, perlu anda ambil peduli bahawa air kelapa lebih mujarab jika anda mengambilnya tanpa menambah gula. Bermakna, anda perlu minum air kelapa muda segar tanpa gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isterinya Putri Ayunda pada 15 Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Heidy Nufael dan Chayra Aulia.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.