Waktu anak-anak kecil adalah momen yang cukup indah bagi setiap ibu bapa. Dalam tempoh ini, apa sahaja yang kita lakukan anak-anak akan ikut dan buat. Sebab tu, pakar kanak-kanak selalu ingatkan berikan kenangan bermakna buat anak-anak kecil agar mereka merasai bahawa kehadirannya sentiasa dihargai.

Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram

Disebabkan itu juga, bagi ibu bapa mereka suka merakam momen yang menunjukkan aksi comel anak-anak untuk dijadikan kenangan dan boleh diimbas semula apabila anak besar. Tak mustahil apabila anak-anak melihat dirinya sewaktu kecil pasti akan tersenyum sendiri.

Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram

Sama seperti perkongsian ibu ini, Puan Yulia Fasra yang berkongsi gelagat comel anak sulungnya, Luthfya Ummairah binti Johan Budiwan ketika usia 11 bulan yang berpakaian seperti seorang nenek dan gaya berjalannya juga seperti seorang warga emas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yulia Fasra (@yuliafasra)

Gelagat comel Maira ni diambil ketika mula-mula dia baru nak belajar berjalan. Ni sebenarnya gambar lama dan sekarang Maira dah pun usia 4 tahun.

Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram

Ads

Tak sangka pula ramai yang suka cara Maira berpakaian seperti opah apabila dikongsikan pada orang ramai.

Menurut Yulia Fasra, idea untuk membuat baju seperti seorang opah ini kerana pernah  ternampak posting luar negara yang mana mereka menggayakan anak ikut style grandma pakai wig putih.

Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram

Jadi saya dapat idea apa salahnya kita ikut adat Melayu pakai baju opah dan kain batik. Masa tu Maira belum cecah umur setahun dan kebetulan dia baru nak berjalan dengan betul.

Ketika menjahit baju tu, saya dapat gambarkan yang watak Maira akan menjadi kalau pakaikan baju opah. Malah ketika dipakaikan baju tersebut dan dia berjalan, kebetulan pula mimik mukanya tu pun menjadi.

Ads

Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram

Kini bila Maira tengok semula gambar-gambarnya, dia sendiri tersenyum dan tak sangka itu dirinya. Tapi ini semua kenangan untuk Maira juga dan saya puas hati dapat buat baju yang comel ni ikut saiznya.

Jadi Sungguh Gelagat Opah Ye! Gelagat Comel Maira Bikin Semua Orang Geram

Cuma untuk anak kedua belum ada lagi idea baju yang sesuai untuknya. Mungkin kebetulan saya tukang jahit bolehlah reka baju anak-anak ikut kesesuaian.

Ads

Kredit: Yulia Fasra

ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Bayi Di JPN, Hanya Buat Secara Online. Ikut Step Ni, Mudah Sangat!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Cakap Banyak Tapi Pelat. Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu, Lama-Lama Ok!]

 

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI