Perancangan kewangan keluarga adalah satu langkah yang penting untuk memastikan keluarga dapat hidup dengan stabil dan selesa. Sebagai mama papa, tanggungjawab untuk menyediakan masa depan yang cerah bagi anak-anak memang besar. Mama papa bukan sahaja berperanan untuk memastikan keperluan seharian anak dipenuhi, tetapi juga merancang kewangan dengan bijak untuk memberikan masa depan yang lebih baik bagi anak-anak kita.

Jadilah Mama Papa Terbaik, Bijak Rancang Kewangan Keluarga. Mudahkan Masa Depan Anak-Anak!

Ini langkah menjadi mama papa terbaik untuk masa depan anak

  1. Menyediakan tabung khas untuk pendidikan anak-anak

Salah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan setiap ibu bapa adalah pendidikan anak-anak. Namun, pendidikan yang berkualiti memerlukan kos yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Dengan adanya tabung khas untuk pendidikan anak-anak, mama papa boleh menggunakannya untuk yuran sekolah, buku, alat tulis dan lebih penting lagi, pendidikan tinggi seperti di universiti. Dengan perancangan yang baik, anak-anak dapat menikmati pendidikan terbaik tanpa beban kewangan yang membimbangkan di kemudian hari.

  1. Melindungi keluarga dengan tabung kecemasan

Perancangan kewangan yang bijak juga memerlukan kita sentiasa bersedia dengan tabung kecemasan. Jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku, sekurang-kurangnya keluarga akan mempunyai sokongan kewangan yang dapat membantu mengurangkan bebanan.

Dengan perancangan yang teliti, mama dan papa dapat mengelakkan diri daripada masalah kewangan dan memastikan keluarga hidup dalam keadaan yang lebih stabil. Ini memberi lebih banyak kebebasan untuk melakukan perkara yang lebih penting, seperti meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati kehidupan tanpa tekanan kewangan.

Ads

Tabung kecemasan eloklah disimpan dalam tempat yang selamat serta mudah untuk diakses apabila memerlukan. Lebih bagus jika tabung tersebut boleh memberikan pulangan, seperti simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang membolehkan ibu bapa menikmati manfaat pelaburan sambil memastikan kewangan keluarga terjaga.  

  1. Menjadi contoh yang baik untuk anak-anak

Melentur buluh biarlah dari rebungnya sebab itulah mama dan papa adalah contoh pertama bagi anak-anak. Jika kita mengamalkan perancangan kewangan yang bijak, anak-anak akan melihat bagaimana cara kita menguruskan perbelanjaan, menyimpan dan belajar daripadanya.

Jadilah Mama Papa Terbaik, Bijak Rancang Kewangan Keluarga. Mudahkan Masa Depan Anak-Anak!

Mereka akan faham kepentingan menabung, mengelakkan pembaziran, serta bijak berbelanja dan. ini akan memberi mereka asas yang kuat untuk menguruskan kewangan mereka sendiri apabila mereka dewasa kelak.

  1. Kumpul dan simpan duit raya anak-anak  

Cara mudah untuk mulakan tabungan anak-anak dengan menyimpan duit raya mereka untuk dilaburkan dalam pelaburan yang boleh memberi pulangan baik untuk jangka masa panjang. Ini memastikan duit raya tersebut tidak habis dibelanjakan dan memberi anak kesedaran tentang pentingnya menyimpan. Selain itu, duit raya yang disimpan ini boleh berpeluang untuk berkembang melalui pulangan pelaburan jangka panjang, yang bermanfaat untuk masa depan mereka.

Ads

Sebenarnya ada cara menyimpan yang mudah dengan pulangan yang kompetitif, dan bermanfaat untuk setiap peringkat usia. Kita boleh menyimpan dalam ASB, unit amanah harga tetap yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). 

Secara asasnya ASNB mempunyai visi untuk memperkasa kehidupan kewangan semua rakyat Malaysia. Dengan adanya ASB yang dipercayai sejak generasi dahulu, menjadikan simpanan dan perancangan masa depan anda lebih mudah dan berpotensi menjana pulangan. Melabur dalam ASB juga mudah dan boleh dilakukan seawal usia kelahiran dengan modal permulaan serendah RM10.  

Labur Ceria Si Cilik

Sempena Raya kali ini, ASNB menganjurkan kempen simpan duit raya buat anak-anak. Mama papa boleh kumpulkan duit raya anak dan simpan di ASB atau ASB 2 mereka untuk peluang tambah lagi duit raya mereka sehingga RM50. Kalau belum ada akaun anak-anak, inilah masanya untuk buka akaun di mana-mana cawangan ASNB atau ejen berdekatan. 

Ads

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman ASNB di https://www.asnb.com.my/LaburCeria.php

Jadilah Mama Papa Terbaik, Bijak Rancang Kewangan Keluarga. Mudahkan Masa Depan Anak-Anak!

Jadilah Mama Papa Terbaik, Bijak Rancang Kewangan Keluarga. Mudahkan Masa Depan Anak-Anak!

Jadilah Mama Papa Terbaik, Bijak Rancang Kewangan Keluarga. Mudahkan Masa Depan Anak-Anak!

Perancangan kewangan keluarga bukanlah satu perkara yang susah untuk dilakukan, tetapi ia memerlukan disiplin dan komitmen. Labur kasih sayang untuk anak-anak dengan membina tabungan mereka  dari sekarang, agar mama dan papa dapat  hadiahkan masa depan yang cerah buat yang tersayang. 

Jangan tunggu sehingga esok untuk mula merancang. Mulakan hari ini, dan lihatlah bagaimana usaha kecil sekarang dapat memberi impak besar pada kehidupan anak-anak di masa hadapan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI