Sememangnya anak-anak lebih suka bermain dan aktif sehingga aktiviti belajar membuatnya berasa bosan. Bagi anak-anak di tadika, harus dididik untuk menyukai belajar.  Jika anak itu suka belajar tentu membuatkan ibu bapa berasa lega, tetapi bagaimana jika anak yang malas belajar. Berikut 8 solusi untuk mengatasi anak yang malas belajar.
1.Jadual pembelajaran
Wujudkan jadual belajar dan bermain supaya anak-anak tahu bahawa pembahagian masa belajar dan bermain.  Namun pastikan konsisten untuk memastikan anak-anak biasa dengan pembahagian masa itu. Pastikan wwaktu belajar tidak lama untuk mengelak anak-anak bosan. Apa yang pasti cara ini melatih anak menjadi lebih displin dan berbertanggungjawab.

 

IKLAN

2.Mood belajar
Memang sukar untuk mendidik anak supaya tidak malas untuk belajar, lebih-lebih lagi jika anak itu itu sudah terbiasa dengan suasana bermain. Oleh itu, wujudkan suasana atau mood belajar yang membuatkan anak ceria. Jadikan waktu belajar itu lebih santai sama ada duduk atas katil, buai atau di pangkuan anda.  Dengan begitu, anak akan merasa lebih selesa dan merasa belajar itu bukan paksaan buat dirinya.

IKLAN
IKLAN
3.Motivasi
Ana-anak adalah golongan yang suka diberi pujian dan sokongan. Berikan kata-kata motivasi seperti, “adik bila besar nak jadi angkasawan kena rajin belajar.” atau kata-kata pujian, “bagusnya anam ummi, rajin baca buku.” Pendekatan secara postif ini akan membuatkan anak-anak positif untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
4.Ulangkaji
Bagi ibu bapa yang bekerja, dalam kereta atau waktu malam setelah sampai di rumah, mulai tanya anak apa yang dipelajari di tadika. Cara ini membantu anak mengingatkan kembali apa yang cikgu ajar di tadika. Mungkin anda boleh buat ‘game’ seperti teka apa yang cikgu ajar di tadika seperti, “cikgu ajar adik menyanyi,” atau “cikgu ajar adik ABC” . Dengan melakukan cara ini akan membuat anak menjadi disiplin dan bertanggungjawab dan tentunya minat belajar akan semakin meningkat5.Sebelum tidur
Tentu ada ibu bapa yang melakukan cara ini seperti anak dibacakan surat-surat pendek Al-Qur’an, cerita dongeng, bernyanyi, dan belajar menghitung. Cara ini adalah bagus untuk meningkatkan kecerdasan anak, anak akan lebih mudah mengingat setelah bangun tidur esok pagi.
6.Teladan
Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak. Lazimnya pada peringkat ini anak-anak akan melakukan peniruan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Begitu juga dalam belajar, apakah ibu bapa harus membaca? Sudah tentu, jika ibu bapa suka membaca maka anak akan melakukan yang sama.
7.Had masa
Jangan biarkan anak-anak belajar selama berjam-jam, hal ini akan membuatnya stress dan bosan tapi susunlah had waktu anak dalam belajar misalnya dengan memberi masa untuk rehat atau belajar. Jika memaksa anak-anak akan membuatkan anak berasa belajar itu sesuatu yang bosan buat dirinya.
8.Manfaat belajar
Jelaskan kepada anak-anak manfaat belajar. Beritahu anak tujuan belajar dan hasil yang akan diperolehi apabila berjaya cemerlang dalam pelajarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI