Musim banjir gelombang kedua yang diramal dalam masa terdekat ini tidak harus dipanjang ringan. Siapkan diri dan kelengkap begitu juga dengan kesihatan diri yang sentiasa di jaga terutama anak-anak kecil.
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E.coli membuatkan ramai yang mula ingin tahu apa itu E. Coli.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi bakteria dan jangkita E. Coli yang tidak perlu dipandang ringan oleh semua. Ikuti perkongsian beliau.
Patutlah hari tu Khairul Aming sampai kena “masuk air” di klinik.
Terkena jangkitan E. coli (disebut e-kolai) rupanya. Musim banjir ni, mudah terkena jangkitan ni.
1. Apa itu E. coli?
E. coli atau nama penuhnya Escherichia coli ialah sejenis bakteria yang biasanya hidup dalam usus manusia dan haiwan.
Kebanyakan jenis E. coli tidak berbahaya, tetapi ada beberapa jenis yang boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan cirit-birit berterusan.
2. Bagaimana E. coli Merebak?
Penyebaran E. coli sering berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar. Contohnya:
■ Makan sayur atau buah yang tidak dibasuh dengan betul.
■ Minum air yang tidak dimasak atau tercemar, terutama semasa musim banjir.
■ Mengendalikan makanan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
3. Tanda-tanda Jangkitan
Gejala lazim jangkitan E. Coli termasuk:
■ Cirit-birit yang berlarutan (lebih dari 2-3 hari).
■ Sakit perut atau kembung.
■ Muntah-muntah.
■ Kadang-kadang, demam ringan.
Jika cirit-birit sangat teruk sehingga menyebabkan dehidrasi (badan hilang banyak air), anda mungkin akan berasa letih, pening, dan bibir serta kulit menjadi kering.
4. Langkah-langkah Pencegahan
■ Sentiasa basuh tangan dengan sabun, terutamanya sebelum makan atau memasak.
■ Pastikan makanan dimasak dengan sempurna, terutama daging.
■ Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air bersih sebelum dimakan.
■ Elakkan minum air yang tidak dirawat, terutamanya ketika banjir.
5. Apa Perlu Dibuat Jika Dijangkiti?
■ Minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang.
■ Elakkan makanan berminyak, pedas atau terlalu manis.
■ Jika cirit-birit berlarutan lebih dari 3 hari atau anda mula berasa sangat lemah, dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.
■ Doktor mungkin akan memberi ubat serta nasihat pemakanan untuk mempercepatkan proses pemulihan.
Kesimpulannya, jangkitan E. coli boleh dicegah dengan kebersihan dan pemilihan makanan yang selamat.
Jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala seperti di atas, dapatkan bantuan perubatan jika perlu.
Semoga bermanfaat!