Bila anak-anak tak sihat, ibu dan ayah paling tak senang duduk. Tapi itu semua menjadi kelaziman dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil. Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi mengenai anaknya yang dimasukkan ke hospital selama 2 malam kerana muntah-muntah. Setelah diperiksa darah, anaknya itu kekurangan zat besi atau iron dalam badan
Sepanjang berada di hospital, ramai doktor yang datang membuat pemeriksaan. Salah seorang doktor yang datang ada bertanya mengenai diet anak yang diamalkan oleh ibu ini. Dari situ dia mula belajar tentang bagaimana untuk tingkatkan lagi penyerapan zat besi dalam badan si kecil.
Anak masuk wad, muntah tak henti-henti
Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.
Sorang demi sorang doktor datang. Tapi, doktor yang last ni, dia detail sikit. Habis history sakit anak yang lain dia selidik. Masalah kulit sampai masalah asthma dia korek.
Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi. Atau iron.
Memang jaga pemakanan anak
Waktu tu saya kesallah juga. Kalau ikutkan, saya ni, menjaga jugaklah makan anak.
Tiap 4 jam, mesti kena makan.
Lauk dan sayur pun, mesti cukup banyak bila makan nasi.
Portion yang disediakan, wajib dihabiskan.
Cuma mungkinlah Allah nak uji. Anak sakit lepas musim cuti raya.
Waktu raya pulak, saya be easy on myself. Malas nak tunjuk fussy sangat, jadi makan apa aje juadah yang ada. Sayur, memang susah nak cari waktu raya.
Mungkin sebab tulah jugak, kandungan zat kat badan anak turun. Wallahualam…
Anak banyak minum susu lembu, badan susah serap zat besi
“Anak minum susu banyak tak?”
Tanya doktor. Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu, badan susah nak serap iron.
Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.
Kenapa bahaya kalau badan anak tak cukup iron?
🍌 Masalah tingkah laku
🍌 Ganggu perkembangan otak
🍌 Kurang selera makan
🍌 Kerap penat
🍌 Muka pucat
🍌 Craving kat benda-benda pelik termasuk
🍌 Tumbesaran terganggu
Dan, terlalu banyak minum susu lembu bukan the only penyebabnya.
Tapi punca yang utamanya, sebab diet yang tak seimbang. Rupanya sangat-sangat penting rajin pelbagaikan makan untuk anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur.
Balik dari hospital, terus saya semangat.
Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya.
Vitamin C tingkatkan penyerapan zat besi
Sebab Dr kata, vitamin C jugak akan tingkatkan penyerapan Iron, balik kampung, kitorang beli jambu batu banyak-banyak.
Tak jadi Iron Man, tak tau lah!
Dan JUS BABY BAYAM ni adalah saranan dari sahabat saya Noraini Abd Samad yang memang superb ilmu bab makan seimbang.
Aini kata, baby bayam ni dia tasteless.
Jadi, bila diblend dengan buah lain, tak ada rasa bayam langsung.
Kalau blend dengan mangga, jadi rasa mangga je.
Kalau blend dengan epal, rasa epal je.
kalau blend dengan beri, rasa beri lah juga.
Dan….
Memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, lagi bertenaga dan tak selalu mengadu letih.
Wawa Shauqi
Yang suka ratah brokoli goreng tepung.
Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumahtangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak-anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.
Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak-anak. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom ” Bersama dalam sunyi”. Sunyi dari kasih sayang.
Tiada lagi kata-kata manis seperti dulu. Sedangkan bahasa rindu ini penting.
“Smart abang hari ni”
Cantiknya awak hari ni”
“Apa khabar awak hari nie?
“Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni”
Ads
“Awak bz ker? Saja call. Rindu”
Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan”
“Tq sebab masakkan untuk abang hari nie”
Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang-kadang ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti ‘annoying’ tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.
Ads
Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak “isteri2-isteri cendol’ & “suami-suami cendol” di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.
Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsapp apatah lagi ex dulu-dulu. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.
Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah.
Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.
Ads
Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adalah cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.
Kadang-kadang bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.
Ada orang tanya saya ” Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu?
Saya katakan ” Buatlah apa yang anda buat ketika dulu-dulu tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang.
Mak ayah mana yang tidak resah bila anak batuk berkahak yang tidak menunjukkan tanda semakin reda.
Puas dicuba pelbagai jenis ubat tetapi kahak anak masih lagi pekat dan tidak reda.
Amalan minum air kelapa seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini patut mak ayah cuba untuk rutin harian anak. Bukan itu sahaja bahkan ada beberapa lagi amalan pemakanan yang mak ayah patut cuba.
Jom ikuti perkongsiannya.
Pencair kahak dengan kesan segera. Ambil air kelapa, magnesium flakes, habbatussauda’, madu dan bawang putih.
Mula dengar anak batuk kering dengan kahak pekat.
Kalau serasi, sehari dua guna, dah terus dengar bunyi kahak mencair dan batuk makin kurang. Boleh try k.
Air kelapa ni boleh dijadikan aiskrim bila anak sakit tekak & ulcer.
Aiskrim buat sendiri tanpa gula tambahan, pewarna dan perisa. Aiskrim paling sihat untuk anak. Anak sakit tekak & ulcer memang tak lalu makan, aiskrim kelapa jadi penyelamat tinggi khasiat.
Sebenarnya banyak resipi mudah boleh disediakan untuk anak-anak. Cuma rajin atau tak sahaja untuk membuatnya. Jika mama ada kelapangan boleh cuba menu Red Velvet Coklat Moist.
Hanya guna pengukus dah boleh dapat kek mini gebu dan cara buatnya pun tak perlu guna mixer. Semua bahan blender sahaja. Berikut reseipi daripada Puan Nurul Hairi yang boleh mama buat untuk hidangan seisi keluarga.
Red Velvet Coklat Moist Cake Mini
Bahan-bahan:
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1 cawan susu cair
*1 cawan susu pekat manis
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil soda birkarbonat
*1 cawan gula (Kemanisan ikut selera anda ye. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkn gula)
Serbuk koko secukupnya
Red Velvet emulco secukupnya
Chocolate Emulco secukupnya
Sedikit garam
*Sedikit esen vanilla
Cara-caranya:
❤️Blenderkan semua bahan bertanda*
❤️Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda dalam besen
❤️Setelah itu, masukkan bahan yang kita dah blenderkan tadi ke dalam besen tepung gandum. Kacau mesra.
❤️Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasingan
❤️Masukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan coklat emulco
❤️Masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit coklat emulco
❤️Sapukan minyak masak pada acuan
❤️Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.
Boleh tabur coklat urai atau apa saja hiasan ikut citarasa masing-masing. Pasti anak-anak suka!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...