Mendapat berita ‘anda telah hamil’ adalah satu momen yang sangat indah. Namun, bagi yang telah lama menunggu berita gembira ini, ianya akan mengganggu emosi dan menjadi isu yang sensitif jika ingin berbual tentang Trying To Conceive (TTC).
Sememangnya rezeki untuk memiliki zuriat adalah bergantung kepada perancangan Tuhan, tetapi sebagai manusia biasa, anda perlu berusaha dan berikhtiar sebagai cara agar cepat hamil.
Mempunyai zuriat sendiri setelah melayari bahtera perkahwinan merupakan idaman setiap pasangan. Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah dan menggunakan cara TTC untuk hamil.
TTC atau ‘trying to conceive’ merupakan ikhtiar dalam kalangan pasangan berkahwin bagi mendapatkan anak dengan cepat. Namun, terdapat beberapa petua ketika menjalani proses TTC ini yang tidak diketahui sama ada betul ataupun tidak.
Menurut Dr Yatikasim, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC. Jom lihat video perkongsian mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC.
@dr.yatikasim Tips utk pasangan yg sedang ikhtiar hamil. Semoga dipermudahkan urusan kalian. #dryati #doktorpakarsakitpuan #hospitalpantaisgpetani #fibroids #cyst ♬ Nur Kasih – In Team