Keibubapaan

“Jagakan Mama Dan Ibu”- Ashraf Muslim Titip Pesanan Buat Anak Lelakinya!

Share

Setiap anak lelaki perlu dibekalkan dengan ilmu sebaiknya agar dapat membimbing ibu dan insan-insan tersayangnya. Perlu lebih matang, bertanggungjawab pada keluarga malah pandai berdikari dalam kehidupan. Semua ini menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberikan pada anak-anak lelaki kita.

Pelakon kacak, Ashraf Muslim juga turut memberikan didikan sebaiknya buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak yang bertanggungjawab malah menjadi insan yang terbaik serta diredai Allah.

Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat!

Menerusi Instagram miliknya, Ashraf menitipkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila mereka sudah tiada kelak. Paling utama kata Ashraf, dia mahu dua heronya ini menjadi pembimbing malah mampu menjaga kedua ibu mereka dan adik beradik perempuan yang lain apabila besar kelak.

“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya ringkas.

Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu. Malah dalam masa yang sama, Ashraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mulia malah menjadi insan beriman kelak.

“ Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.

 

Kejutan Sempena Hari Lahir
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa yang baru menyambut hari lahirnya pada 12 September 12 lalu juga turut memberi kata-kata pujian buat kedua isterinya dalam entri berlainan.

Malah kejutan yang dibuat isteri-isterinya sempena hari lahir cukup bermakna buatnya. Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.

Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.

“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.

“Menjadi sungguh surprisenya. Malu kejap tengah-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” kongsinya.

Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.

 

Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun. Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.

Ashraf juga bakal muncul sebagai tetamu undangan di Pa&Ma Journey Bersama Jovianina, Episod 6 pada Rabu ini, 30 September 2020, jam 9 malam dengan tajuk, Anak Bijak IQ, Pemakanan @ Genetik. Banyak perkongsian mengenai anak-anak yang dikongsikannya. Ikuti kisah menariknya.


EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Published by
SRM