Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Jagung Bantu Naikkan Berat Badan Anak
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Ads
Cubalah Masak Bubur Jagung, Sedap, Rasa Lemak Manis
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
Ads
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Ads
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.
Agar-agar mungkin sudah biasa, namun agar-agar sedut dengan gabungan susu cair ini membuatkan resipi agar-agar yang satu ini cukup unik. Manis dan sedap bila digabungkan bersama perasa Sunquick dan pic dalam tin.
Resipi ringkas dan unik yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ni mama wajib cuba. Memang sedap, lagi-lagi makan waktu sejuk. Terbaik!
Kat rumah boleh katakan kerap jugak la saya buat agar-agar sedut ni sebagai pencuci mulut sebab mudah je nak buat. Kami sekeluarga memang suka agar-agar sedut oren & pic ni. Nak-nak makan sejuk-sejuk, rasa nyaman je kat tekak.
Sedap dimakan macam tu je atau boleh jugak dimakan bersama susu cair mahupun susu segar. Jangan pelik lak ye, saya ni memang suka potong pendek agar-agar tali macam ni dan simpan dalam bekas.
Maklum le, selalu guna agar-agar tali sikit je sebab buat untuk 3 perut je pun. Agar-agar tali yang dipotong pendek jugak lebih mudah larut walaupun korang tak rendam dulu. Bagi yang nak cuba, ni saya sertakan resipi gunakan cawan penyukat standard.
Bahan-bahan:
2 sudu makan agar-agar tali (dipotong pendek)
2 sudu makan gula (saya guna 1½ sudu jer)
1 cawan air
1 cawan air gula pic (dalam tin)
2 sudu makan oren sunquick
Sedikit buah pic dalam tin – dipotong kecil
1. Masak agar-agar tali bersama gula dan secawan air hingga larut. Matikan api.
2. Tambahkan air gula pic dan pati oren sunquick. Gaul sebati.
3. Potong buah pic kecik² masukkan dalam bekas. Air gula pic tu ambil 1 cawan kalau guna cawan penyukat, 1¼ cawan kalau guna cawan minuman teh/kopi.
4. Sediakan bekas dan masukkan buah pic yang telah dipotong tadi. Curahkan larutan agar-agar. Sejukkan hingga agar-agar mengeras.
5. Sedap makan time sejuk.
Nota:
Tips ni bagi yang nak guna serbuk agar-agar. Sukat agar-agar serbuk ½ sudu kecil (sudu penyukat standard) kemudian buang/keluarkan secubit agar-agar tadi. Ataupun boleh juga sukat gunakan sudu kecil kfc (ratakan), kemudian buang secubit gak. Kalau tak nak buang sikit serbuk agar-agar tu pun takpe, tapi tekstur agar-agar korang akan lebih firm dan tak adelah rasa agar-agar sedut sangat.
Agar-agar sedut ni tak payah kunyah-kunyah, telan jer terus.. aaa.. tapi potongan buah nyer tu jangan terus ditelan lak, tercekik lak kang.
Jika sukat gunakan cawan minuman teh/kopi, gunakan 1¼ cawan air & 1¼ cawan air gula pic.
Gunakan bekas yang lebar & jangan tuang terlalu banyak/tebal kalau nak cepat keras. Agar-agar ni saya masukkan dalam 2 bekas sebab nak cepat keras. Dalam 45-60 minit dah mula mengeras & boleh dinikmati cumanya tak berapa sejuk la.
Yang saya buat ni sikit jer Gandakan sukatan sendiri ye kalau nak buat banyak.
Selain buah pic, boleh gantikan nanas dalam tin ataupun potongan buah mangga, memang cengginiii rasa dia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila petang hari mulalah kita tercari-cari minum petang yang sedap dan menjadi rebutan anak-anak. Apam kampung tak terkecuali begitu popular pada semua peringkat umur. Bukan mak ayah saja suka, anak pun boleh makan sebab lembut dan sedap.
Tak yakin buat apam kampung gula merah? Ini cara paling mudah yang dikongsikan Noorzaiton Nordin. Mudah sangat!
Apam Kampung. Nah makcik bagi resepi 4 bahan je. Garenti jadi.
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1 peket mauripan
Panaskan gula merah dan air, lepas tu biarkan suam-suam. Tapis dan masukkan dalam tepung. Gaul sebati.
Lepas tu masukkan mauripan dan gaul sampai licin & tak bergentel. Guna whisk atau blender ja. Perap 1 jam.
Panaskan kukusan, sapu loyang dengan minyak. Tuang dalam loyang, jangan kacau-kacau dah.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah sebulan lebih menempuh PKP, perut diraikan dengan begitu meriah. Apa kata puasa ini kita sahut cabaran untuk berdiet pula. Mana tahu selepas PKP boleh jadi slim dan mencapai berat yang diidamkan.
Jika sebelum ini kita sediakan oat dengan buah-buahan dan yogurt yang disiapkan dan dimakan ketika sahur, apa kata kali ini kita ubah kelainan dengan Rolled Oat Susu ini pula. Resipi diet simple yang dikongsikan oleh Ilifah Adnan ini sebenarnya disediakan untuk menu diet di malam hari. Apa kata kita ubah untuk sajian sahur nanti. Terbaik!
Assalamualaikum. Nah payung sikit menu diet express. So, sesiapa yang ON DIET tu, boleh try jugak resepi ni untuk dinner. Memang cepat kenyang dan rasa kenyang lama. Banyak khasiat pulak tu. Yang bestnya, senang je ‘masuk toilet’.