Jagung rebus susu cheese merupakan jagung yang direbus bersama-sama dengan susu dan cheese. Bagi pengemar jagung pasti suka dengan rasanya yang manis dan lemak-lemak.
Jika sebelum ini mama sudah biasa menyediakan jagung rebus biasa, jagung bakar dan jagung kukus manis, apa kata kali ini cuba pula buat dan rasa keenakan jagung rebus susu cheese ini.
BAHAN-BAHAN:
Jagung – dibuang kulit dan dibersihkan
1 cawan air rebusan jagung
1 tin susu cair
3-4 sudu makan susu pekat manis
Mentega sesedap rasa
Gula dan garam secukupnya
Keju cheddar secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan jagung dan masukkan air ke dalam periuk. Rebus selama 10 minit.
2. Angkat jagung dan ketepikan seketika.
3. Untuk membuat kuah, ambil secawan air rebusan jagung tadi. Selebihnya boleh dibuang.
4. Kemudian nyalakan api. Masukkan susu cair.
5. Masukkan juga susu pekat manis. Jika mahukan rasa yang lebih manis, lebihkan jumlahnya.
6. Seterusnya tambahkan mentega sesedap rasa.
7. Tambahkan gula dan sedikit garam. Kacau rata.
8. Setelah direneh selama 10 minit, masukkan semula jagung yang telah direbus tadi. Biarkan seketika.
9. Setelah rasa dah puas hati, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
10. Tabur parutan keju sewaktu nak dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Muhammad Azhari