Ngeringnya tidak terkata bila jahitan yang diterima terpaksa dilakukan semula gara-gara terbuka jahitan. Bukan mudah tetapi inilah yang terpaksa dilalui semula ibu jika jahitan terbuka.

Selepas proses kelahiran, terdapat risiko jahitan terbuka di kawasan perineal/episiotomy. Pun begitu kes-kes yang melibatkan masalah seumpama ini sebenarnya agak jarang berlaku.

Menurut Dr Yulianty Arifuddin, Resident O & G Consultant, Hospital Pakar An-Nur, Bangi, walaupun risiko dan kekerapannya adalah rendah, bagaimanapun, ia boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi jika dibiarkan tidak dirawat. Faktor risiko yang boleh menyebabkan masalah wound break down atau jahitan terbuka ini biasanya disebabkan oleh beberapa sebab.

Jahitan Terbuka Boleh Buat Ibu Murung, Jangan Biarkan. Cepat-Cepat Kenal Pasti Simptomnya!

Antaranya adalah bukaan dan koyakan yang terlalu panjang atau sukar ketika proses kelahiran. Selain itu penjagaan kebersihan ketika berpantang yang kurang baik baik juga menjadi penyebab selain masalah sembelit ketika berpantang.

Ibu yang mempunyai BMI yang tinggi atau mempunyai penyakit kencing manis, melitus (GDM) mempunyai risiko kelewatan atau penyembuhan luka yang kurang baik terutamanya dengan kegagalan mengawal gula dalam darah dengan baik.

Simptom Jahitan Terbuka
Perlu diingat bahawa ibu harus mendapatkan rawatan jika mereka mengalami beberapa simpotom ini:

• Kesakitan yang teruk pada bahagian perineal selama dua hari atau lebih.
• Terasa faraj mengeluarkan bau yang tidak sepatutunya.
• Jika berlaku pendarahan segar atau titikan darah yang dirasakan agak pelik.
• Sesetengah mungkin mengalami demam atau rasa tidak sihat.
• Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi)
• Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.

Ads

Jahitan Terbuka Boleh Buat Ibu Murung, Jangan Biarkan. Cepat-Cepat Kenal Pasti Simptomnya!

Kebanyakkan kes jahitan terbuka biasanya berlaku disebabkan oleh adanya tekanan ke atas jahitan. Malah pendarahan juga jahitan kembali terbuka sedikit.

Darah adalah satu media yang baik untuk pertumbuhan bakteria, oleh itu menunda rawatan boleh membawa kepada jangkitan pada bahagian ini.
Jahitan terbuka yang kecil atau luka ringan tanpa jangkitan, boleh sembuh secara spontan dengan adanya cucian dan dressing setiap hari. Walau bagaimanapun, kerosakan dan jahitan luka yang jauh lebih besar atau dalam disertai dengan jangkitan memerlukan rawatan sebaiknya.

Penggunaan antibiotik disarankan kepada ibu berpantang supaya tidak mengalami sebarang jangkitan lain. Kebanyakan doktor akan membekalkan antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka.

Ads

Kes jahitan terbuka biasanya akan dikenal pasti terlebih dahulu samada ia perlu melalui jahitan sekali lagi mahupun hanya kaedah penyembuhan dan rawatan yang tepat sahaja. Semuanya bergantung kepada luka jahitan itu sendiri.

Jahitan Terbuka Boleh Buat Ibu Murung, Jangan Biarkan. Cepat-Cepat Kenal Pasti Simptomnya!

 

Tip Luka Cepat Sembuh
Jahitan yang terbuka semula perlu dijaga dengan rapi supaya tidak berulang sekali lagi. Kali ini ibu perlu lebih memberikan perhatian. Tip ini patut anda semak.

Ads

• Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang.
• Setiap hari selepas mandi, pastikan kawasan vagina dan tempat jahitan dibasuh bersih dan dipastikan untuk sentiasa kering sebelum melakukan aktiviti harian lain.
• Selain itu kuatkan tubuh dengan vitamin secukupnya untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Ibu digalakkan untuk mengambil vitamin C kerana ia sangat membantu.
• Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.
• Elakkan sama sekali sembelit ketika tempoh rawatan ini. Ambil jumlah air yang banyak disekalikan dengan serat dari buah dan sayur.
• Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan.


EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Jahitan Terbuka Boleh Buat Ibu Murung, Jangan Biarkan. Cepat-Cepat Kenal Pasti Simptomnya!

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Jahitan Terbuka Boleh Buat Ibu Murung, Jangan Biarkan. Cepat-Cepat Kenal Pasti Simptomnya!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI