Kes COVID-19 di Malaysia semakin digeruni kerana sudah melibatkan kematian. Kes ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Urusan pengebumian mangsa juga telah selamat dijalankan.

Memandangkan virus COVID-19 boleh berjangkit melalui sentuhan, ramai orang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menguruskan jenazah penyakit ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jenazah COVID-19 akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD).

Artikel Berkaitan: [Arwah Tinggalkan 6 Anak Kecil. Ustaz Ebit Lew Kongsi Nombor Akaun Isteri Mangsa COVID]

Ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu mengenai hukum Pengurusan Orang islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.

IKLAN

Kelonggaran ini diberikan sekiranya ada timbul kemungkinan yang memudaratkan nyawa pengurus jenazah yang terlibat dalam proses menguruskannya.

Untuk menjawab persoalan orang ramai tentang cara pengurusan jenazah COVID-19, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berkongsi satu video menunjukkan tata cara tayamum yang dibuat ke atas jenazah COVID-19.

Artikel Berkaitan: [Rakyat Terus Sambil Lewa, COVID-19 Mungkin Ada Gelombang Ketiga. Lagi Besar dari Tsunami!]

Tonton video ini:

Tatacara tayamum bagi jenazah #covid19

Posted by JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia on Tuesday, 17 March 2020

Semoga dengan perkongsian video ini dapat memberi kesedaran kepada kita agar memandang dengan lebih serius hal COVID-19 dan sedikit sebanyak memberi pencerahan tentang bagaimana jenazah penyakit ini diuruskan.

Sumber: JAKIM