Baru berniat untuk mencuba kelahiran normal, pelakon Syatilla Melvin terpaksa menjalani pembedahan melahirkan bayi ketiganya kali ini selepas disahkan mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Menurut kata Syatilla, dia seakan pelik bila mana mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Setelah melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah diketahui punca sebenar.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini berkongsi cerita.
“Tadi pergi check up doktor bagitahu kata placenta previa. Kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka.
“Sebab lately ni asyik bleeding, jalan banyak sikit bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa-rupanya uri kat bawah,” kongsinya di Instagram.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kandungan ketiganya ini amat berbeza berbanding dua anak nya terdahulu.
Paling ketara kata Syatilla, dia langsung tidak dapat menghasilkan content untuk mempromosikan produknya sendiri iaitu Kekasih. Asal sahaja nampak barangannya, dia sudah mula pening-pening.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor 3 ni memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.
“Dah berapa lama dah tak buat content untuk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?,” kongsinya lagi.
Biarpun sedikit kecewa dengan perkhabaran doktor, namun kata Syatilla dia reda demi keselamtan bayi dalam kandungannya. Apa yang penting baginya adalah bayi sihat dan selamat.
“So no 3 ni confirm lah doctor kena belah jugak perut aku. Baru plan nak try VBAC, tak dak rezeki sungguh. Tak apalah, apa nak jadi kat ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin.
“Btw, doc suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya tapi tak mau warded lagi,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, ibu kepada Syeriv dan Syarima ini juga turut meminta pengikutnya untuk berkongsi cerita dan pengalaman mengenai placenta previa ini.
“Ya allah sapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya turut berkongsi masalah sama yang dihadapi mereka dan berkongsi tip dan amalan untuk menaikkan semula uri ke bahagian atas.
Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!