Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth, pada petang Ahad.

“Jalan Raya Bukan Pusat Tadika” Kanak-Kanak Maut Dilanggar SUV Ketika Sedang Berbasikal Depan Rumah

Menurut sumber Astro Awani, Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurutnya, ketika kejadian, pemandu wanita berusia 32 tahun itu yang sedang memandu kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya menuju ke Madrasah Gelugor, Bagan Lalang untuk menziarahi anaknya.

“Ketika membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba pemandu terdengar bunyi dentuman lalu memberhentikan kenderaannya,” katanya

“Wanita itu mendapati yang dia telah terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang menunggang basikal dari arah kiri jalan tar di hadapan halaman rumahnya,” kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.

Berikutan itu, pemandu wanita berkenaan segera membawa mangsa ke HSJ untuk mendapatkan rawatan.

IKLAN

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 petang akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya.

Menurut Noorzainy, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jalan Raya Bukan Pusat Tadika” Kanak-Kanak Maut Dilanggar SUV Ketika Sedang Berbasikal Depan Rumah

Meninjau ruangan comment, rata-rata warganet bersimpati atas nasib kanak-kanak tersebut dan tak kurang juga ada yang menasihati ibu bapa lain agar lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak.

IKLAN

Ada juga berpendapat, kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibiarkan bermain di atas jalan raya tanpa pantauan dari orang dewasa kerana jalan raya bukanya tempat yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Pemandu kereta juga dinasihatkan supaya membawa kereta secara berhemah dan tidak leka terutama di kawasan perumahan.

Jalan Raya Bukan Tadika

“Jalan Raya Bukan Pusat Tadika” Kanak-Kanak Maut Dilanggar SUV Ketika Sedang Berbasikal Depan Rumah

Pemandu Kereta Kena Berhemah

IKLAN

“Jalan Raya Bukan Pusat Tadika” Kanak-Kanak Maut Dilanggar SUV Ketika Sedang Berbasikal Depan Rumah

Kanak-kanak tak tahu erti ‘bahaya’, cuma yang dia nampak keseronokan bermain, jadi kena ada orang dewasa yang memantau. Pemandu kereta pula kena sentiasa alert jika berada di kawasan perumahan/kawasan sekolah yang mana ada ramai kanak-kanak. Semoga kita sentiasa beringat.. Al Fatihah buat anak syurga ini.

___________________

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI