Kehamilan

Jalan & Tidur Makin Sukar, Tya Kawal Nafsu Makan Supaya Bayi Tak Besar

Share

Jalan & tidur semakin mencabar tatkala hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, Tya Ariffin akui perlu kawal makan supaya bayi dalam kandungan tak terlalu besar.

Melewati minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, isteri kepada Asyraf Dato’ Seri Khalid ini mengakui godaan terhadap makanan semakin besar.

Cabaran buat ibu yang bakal melahirkan ini ialah perlu mengawal makan supaya berat tidak naik keterlaluan dan bayi besar. Tya juga mengakui pergerakannya untuk berjalan serta untuk tidur juga semakin sukar.

tyaarifinnw Semakin kesini godaan lebih besar,
Kena jaga berat badan biar baby tak besar sgt, tapi nafsu makan semakin besar, jalan dan tidur semakin tak sedap?

Hahaha
Adik baby boleh tak ibu nak makan banyak tapi tak nak naik berat badan? ??
#memangtakla?

Sumber: tyaarifinnw

Published by
Azma ML