Setiap kali dengar anak orang lain yang berada dalam jagaan pergi menghadap ilahi ketika dalam jagaan pengasuh, pasti hati kita sebagai ibu bapa turut risau. Terlintas di kepala nasib anak-anak sendiri. Ini kerana semasa hantar dalam keadaan sihat dan ceria tapi sampai masa dapat tahu anak dah meninggal dunia.
Walaupun hati ibu ayah anak syurga ini reda, tapi dek kerana sedikit kecuaian pasti ia agak ralat. Apatah lagi kejadian seperti ini boleh dielakkan jika pihak yang diamanahkan itu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Melalui perkongsian seorang ibu, Nurul Fateha Sandollah, pemergian bayinya yang berusia 6 bulan dan juga anak ketiga sangat dirasai kerana ia pergi tanpa disangka sama sekali.
Setelah berjuang selama 3 hari, akhirnya Allah lebih menyayanginya. Berikut antara kronologi kisah anak syurga Haura Najia.
Terlalu rindu.. Mesti baby bahagia sangat di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN.
Terima Kasih Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Hajah Kalsom Noordin yang telah melawat kami sekeluarga dan memberikan sokongan serta akan membantu keluarga saya mendapatkan keadilan untuk baby saya yang meninggal dunia pada 29 Oktober 2022 di Taska.
BACA JUGA
[Dr Amalina Kongsi Ini Sebabnya Dia Keluar Berjalan Dalam Pantang. Bukan Saja-Saja!]
[“Ya Allah Anak Rezeki kita..” Menangis Ibu Ini Ebit Lew Bagi Kereta Untuknya & Anak OKU]
[“Iron Lady KLCC..” Status Ibu Bukan Penghalang Maya Teruskan Karier Diminatinya]
Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima panggilan dari taska mengatakan baby Haura tidak sedarkan diri. Saya segera ke taska dan pihak taska memaklumkan telah bawa baby Haura ke klinik berdekatan dan dalam beberapa saat dimaklumkan baby saya dibawa ke Hospital Melaka.
Saya terus ke ETD Hospital Melaka dan baby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkan baby Haura datang dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit CPR diberikan nadi baby saya ada semula namun terlalu lemah.
Baby Haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan anak saya 50-50 untuk survive dan andai survive tidak akan menjadi baby Haura yang dahulu. Baby saya diletakkan di bawah PICU.
Suami berjumpa dan bertanya kepada penjaga baby apa yang berlaku di taska dan dia berkata jam 10 lebih Haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dari bilik baby. Dia masuk semula dan nampak Haura terlungkup tetapi tidak membetulkan kedudukan Haura kerana nampak Haura macam boleh bernafas. Dia masuk semula untuk memandikan baby pada jam 4petang dan tengok Haura sudah tidak sedar kan diri..
Ya Allah baby Haura saya di biarkan dari jam 10pagi dan hanya dilihat pada jam 4 petang sahaja.. Betapa struggle baby Haura saya untuk bernafas hingga baby saya pergi selamanya.. Allah… Allah..
Malam 27 Oktober pakar merawat memaklum bahawa baby saya poor progress. Saya dan suami dibenarkan untuk berada di PICU sentiasa.
28hb progress baby semakin menurun. Dalam jam 4 petang pakar memaklumkan progress baby Haura semakin tidak cantik dan memaklumkan buah pinggang baby sudah tidak well function. Organ-organ badan sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari baby Haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini saya dan suami dengan rendah diri mohon doa dari semua untuk kami dapatkan keadilan untuk baby kami dan juga untuk baby-baby yang lain.. Saya mengharapkan pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska-taska lain.
AL FATIHAH untuk baby syurga saya.
Kredit: Nurul Fateha Sandollah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)