Kekeluargaan

Jaminan RM40,000 Dapat Dikumpul, ‘Abang Bas’ Akhirnya Bebas

Share

Suasana mahkamah bertukar hiba, apabila ‘Abang Bas’ memeluk erat ibu dan ayahnya serta mengucapkan syukur di atas pembebasan anak bongsu daripada enam beradik.

‘Abang Bas’, yang sebelum ini berdepan tiga tuduhan berkaitan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta memuat naik hantaran jelik, telah dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Muar, hari ini.

Pembebasan itu berlaku selepas keluarganya berjaya melunaskan jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM40,000, susulan pendakwaan di dua Mahkamah Sesyen berbeza di Muar dan Batu Pahat minggu lalu.

Bayaran ikat jamin tersebut diuruskan oleh peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, secara pro bono selepas lelaki berusia 24 tahun itu ditahan lebih seminggu di pusat tahanan sementara kerana tidak mampu membayar jaminan yang dikenakan.

Keluarga kepada anak bongsu daripada enam beradik itu tidak mampu membayar keseluruhan ikat jamin dikenakan menyebabkan ahli keluarganya merayu orang ramai menghulurkan sumbangan itu membayarnya.

Kakaknya menerusi media sosial Facebook menggunakan nama Zarinah melancarkan kutipan derma bagi mengumpul dana berkenaan.

Wang jaminan tersebut berjaya dikumpul dalam tempoh tiga hari sebelum saluran sumbangan itu ditutup oleh Zarinah.

 

@rezeki_ttshop Suara netijen abang bas dibebaskan dengan ikat jamin 40k | peguam Dato Zaharil. #abgbas #bebas #jamin #datozaharil ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Walaupun dibebaskan, namun ‘Abang Bas’ masih perlu hadir semula ke Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat bagi sebutan semula kes bagi ketiga-tiga pertuduhan yang didakwa terhadapnya pada 10 Oktober ini.

Selain itu, anak bongsu dari dua beradik itu juga perlu mematuhi syarat tambahan ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

 

Sumber: Astro Awani & TikTok Achik I

IKLAN