“Jangan Ada Susu Formula Di Rumah.” Tip Mudah Ibu Ini BF Semua Anak Hingga Berjaya!

Share

Sebelum mengandung dah niatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Tak sangka setelah disahkan hamil dan kini mempunyai empat orang anak termasuk anak kembar, perjalanan penyusuan dipermudahkan. Itu yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Isliyana Kambali kepada Pa&Ma.

Menurut Puan Isliyana, sebelum kelahiran kembar, dua anak memang menyusu secara esklusif walaupun pelbagai cabaran dilalui. Malah untuk kelahiran kembar kali ini setakat ini masih lagi direzekikan susu yang mencukupi buat mereka. Syukur juga dalam keadaan menyusu anak kembar, dapat juga buat stok susu untuk mereka. Berikut kisah inspirasi Puan Isliyana.

Kenapa memilih untuk menyusu ibu?

Bermula semasa mengandung anak pertama, memang dah berniat nak susukan dengan susu ibu sepenuhnya supaya dia cukup sihat dan kuat. Maklumlah kami merantau. Kami tinggal di Kapit, Sarawak masa tu.

Satu daerah yang agak jauh ke dalam. Perjalanann ke sana perlu menaiki bot ekspress selama hampir 3 jam dari Sibu.

Saya pula orang Johor, suami orang Kedah. Tinggal di Sarawak. So anak kami adalah anak traveller. Bila balik kampung kena tempuh perjalanan yang panjang. Semua jenis kenderaan kami naik. Kereta, kapal terbang, bot.

Jadi saya pilih menjadi breast feeding mama sebab memudahkan saya untuk travel. Tak perlu nak bawak macam-macam semasa travel. Just pakai pakaian bf friendly. Nursing cover kalau perlu. Saya boleh susukan anak saya di mana-mana. Lebih mudah. Just selak dan sua.

Perjalanan menyusukan anak tetap ada cabaran

Tapi perjalanan breast feeding tak semudah yang disangka. Ada pasang surut turun naik. Tapi sangat indah untuk dikenang.

Pengalaman paling indah sepanjang menyusukan 4 orang anak termasuk si kembar.
Anak sulung. Masa ni masih di Kapit. Saya dan suami sambung belajar masa tu. Part time student master.

Ada satu masa ni kami perlu menjawab peperiksaan di Sibu. Terpaksa tinggalkan Hadif bersama pengasuh selama seminggu. Haaa, kat sini struggle saya bermula. Hadif tak minum EBM frozen.

Saya akan pam hari ini untuk esok atau lusa. Masa ni hidup saya ke hulu ke hilir dengan pam. Buat strategi untuk kumpul stok bekalan seminggu Hadif di rumah pengasuh.

Masya Allah. Di sekolah saya pam macam biasa. Kalau sempat masa rehat, sambil makan saya pam susu dan tanda kerja murid. 3 in 1 laa kiranya.

Lepas tu di rumah memang saya akan tanderm. Sebelah susukan Hadif dan sebelah lagi saya pam untuk stok masa saya tinggalkan dia bersama pengasuh kami. Arwah nekwan dan atok.

Sampaikan tidur pun bawak pam. Alhamdulillah stok chilled EBM mencukupi. Syukurr sangat sangat masa tu arwah nekwan pun pandai handle susu ibu.

Tapi peristiwa menyedihkan berlaku pada saya semasa seminggu saya jawab exam. Yelah, seminggu stay di Sibu. Kami suami isteri menyewa hotel bajet saja. Cukuplah untuk tidur, mandi dan study sebelum exam.

Gigih saya mengepam setiap 3 jam. Ke sana ke mari saya bawa cooler bag supaya susu saya kekal sejuk. Bila sampai hotel, saya tumpang di dalam peti ais hotel.

Masa ni hasil EBM saya selama seminggu lebih 100oz. Pada hari last sebelum saya balik. Saya ambil semua stok EBM sy di dalam peti ais hotel. Waktu tu pagi. Ehh, kenapa susu ni suam? Rupa-rupanya dia orang tutup suis peti ais bila malam. Yelah, hotel bajet. Nak save elektrik.

Maka terbuanglah semua EBM saya lebih 100oz. Menangis jugaklah masa saya tuang semua EBM saya.

Bersama atok dan arwah Nek Wan pengasuh yang sangat membantu penyusuan susu ibu bagi dua anak ketika berada di Kapit, Sarawak

Tapi suami kata takpe..insya Allah rezeki Hadif ada. Saya pujuk hati dan teruskan tekad.
Alhamdulillah. Berjaya sehingga 2 tahun. Sampaikan kawan-kawan di sekolah kagum.

Kenangan BF anak kedua

Masa ni berpantang di Kapit. Alhamdulillah susu ada untuk anak. Sama seperti masa menyusukan si abg Hadif dulu. Bezanya kali ni semasa berpantang saya dah pandai pam sikit untuk kurangkan bengkak. Tak nak jadi demam bengkak susu sama macam berpantang anak sulung. Azabb sangat.

Alhamdulillah saya dapat kumpulkam stok semasa berpantang. Masa ni di rumah sewa kami peti ais kecil saja. Jadi takde space untuk simpan stok susu.

Nekwan offer deep freezer di rumah dia. So saya simpan 90oz EBM di rumah nekwan.
Selepas sebulan berpantang di Kapit, saya sambung berpantang di kampung halaman saya, Bukit Gambir, Ledang, Johor.

Saya berpantang dengan bahagia di kampung sebab dah ada stok susu untuk naik kerja nanti. Tapi biasalah, langit tak selalu cerah. Beberapa hari sebelum saya balik Kapit, nekwan call. Berlaku kejadian black out selama beberapa hari di Kapit.

Masa tu nekwan pun takde di Kapit. Jadi stok susu saya rosak. Dengan berlapang dada saya katakan pada nekwan, buang sajalah semua susu tu. Insya Allah ada rezeki anak kedua saya kakak Hani.

Nekwan yang sedih berair mata nak buang stok susu saya. Bila sampai di Kapit, mulalah saya ke sana ke sini dengan pam untuk kumpul stok sebelum masuk kerja.
Alhamdulillah. Mencukupi susu saya.

Dan perjalanan menyusukan anak kedua, kakak Hani sehingga 3 tahun. Menyusukan mudah tapi nak wean off payah. Letak macam-macam tak berkesan. Akhirnya gunakan plaster. Bagitau dia susu mama luka sebab gigi dia dah penuh dan tajam. Lebih seminggu berperang emosi. Alhamdulillah akhirnya wean off juga.

Perjalanan BF anak kembar

Untuk perjalanan bf twin, masih baru. Baru 2 bulan. Tapi sangat struggle masa dalam pantang. Bersalin czer, sakitnya di kawasan luka. Kena pulak menyusu sambil duduk. Lenguh pinggang.

Pernah beberapa kali menangis juga sebab terasa penat sangat. Yelah. Tempoh berpantang anak seorang pun kita rasa seksa tak tidur malam. Inikan kembar. Berganda-ganda cabarannya. Tapi macam biasa. Tekad saya tetap utuh. Sebab kat rumah tak ada susu formula. Nak tak nak saya kena kuat, bangun susukan anak-anak kembar saya.

Tips paling mudah bagi saya untuk menjayakan dunia bf. Jangan ada susu formula di rumah. Percaya bahawa setiap anak ada rezeki mereka yang Allah dah sediakan. Kita cuma perlu berusaha. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan BF, sokongan dan tekad sangat diperlukan. Untuk pengalaman saya, alhamdulillah. Keluarga sangat menyokong terutamanya suami. Dialah yang bantu angkat baby setup untuk tanderm twin. Sebab menyusukan twin serentak bukan mudah tapi indah.

Untuk anak kembar memang saya simpan stok frozen mula dari dia orang 60 hari. Sepanjang dalam pantang saya fokus untuk direct feed. Alhamdulillah mula-mula pam untuk twin dapat 1 oz. Setelah istiqamah pam, sekarang twin berusia 83 hari dapatlah sekali pam boleh sehingga 6oz.

Untuk pemakanan saya amalkan makan kurma dan Amoora, gabungan makanan sunnah untuk bantu tambah tenaga, naikkan mood bahagia dan sihatkan tubuh badan. Secara tak  langsung susu pun meriah. Setakat ni rekod terbanyak sekali pam, saya dapat 9oz.

Saya amalkan makanan sunnah sebab musim-musim pandemik macam ni, kita nak bina antibodi yang sihat untuk diri dan anak-anak melalui susu ibu.

Kredit: Isliyana Kambali

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Published by
Wan Amy