Mungkin bagi sesetengah orang panggilan tersirat untuk kemaluan lebih baik untuk didengari seperti burung, bunga, apam, cookies dan sebagainya. Tapi hakikatnya, penggunaan perkataan seperti itu boleh membawa padah kepada perkembangan psikologi dan seksual si kecil.
Kebanyakan pakar perkembangan kanak-kanak bersetuju bahawa topik alat sulit seharusnya diajarkan kepada si kecil ketika berusia 3 tahun atau lebih awal. Lakukannya ketika anda sedang memandikan mereka, ketika memakaikan pakaian atau jika mereka ada mengadukan soalan.
Hakikatnya, ramai ibu bapa yang sering mengelak daripada menjawab persoalan tersebut dan memberikan respons seolah-olah ia perkara yang memalukan. Namun anda harus faham bahawa itu bukan kaedah yang betul.
Menurut Akhi Fairuz Al – Jengkawi, kadang ada yang anggap perkataan zakar dan faraj itu lucah. Sedangkan nama yang lain-lain itulah yang tidak sesuai. Digelar dengan nama burung, binatang, kuih, semuanya double meaning.
“Kebaikan memberi nama zakar dan faraj sejak awal ni akan buatkan ibu bapa selesa nak berbicara dengan anak tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat dan paling best tak rasa akward bila anak dah mula bertanya tentang hal-hal seksual.
“Teringat saya satu kisah yang berlaku di sebuah sekolah. Ada seorang murid perempuan darjah 1 mengadu kat cikgu. Katanya ada budak lelaki pegang cookies dia. Lalu, cikgu tu pun jawab bagi jelah pegang. Kawan tak ambil pun. Kemudian budak tu pun blur.” Kata Akhi Fairuz Al – Jengkawi menerusi perkongsian di Facebooknya.
Tambah beliau, tidak boleh samakan zaman sekarang dengan zaman dahulu. Zaman telah banyak berubah. Kalau kita tak bersedia nak didik anak, akan ada ‘orang lain’ yang ajar anak kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI