Kajian perubatan mendapati 70 peratus daripada wanita Muslim yang hamil memilih untuk terus berpuasa sepanjang Ramadan selagi mampu. Namun ada beberapa perkara yang anda perlu peka dengan beberapa perkara yang memerluka anda untuk tidak meneruskan puasa.

Baca Selanjutnya:

“Hari Kedua Berpuasa Baby Tak Bergerak!” Hanis Zalikha Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatannya

Jangan Ambil Mudah! Ibu Hamil Yang Hampir “Due Date” Tidak Digalakkan Berpuasa

5 keadaan ibu hamil tidak perlu berpuasa;

Morning sickness yang teruk

Simptom ini sering dialami pada awal fasa kehamilan iaitu trimester I. Setiap orang mengalami morning sickness yang berbeza. Namun jika anda mengalaminya dengan teruk dan berlarutan sehingga menyebabkan kekurangan tenaga, maka disarankan untuk berbuka. Ini kerana tenaga daripada makanan yang anda ambil ketika bersahur sudah keluar melalui muntah dan ini boleh memudaratkan janin.

Ads

Mengalami diabetes

Sesetengah ibu hamil akan mempunyai diabetes gestasi dan ada juga sebahagiannya sudah menghidap diabetes I dan II sebelum hamil. Jadi sebaiknya anda berbincang dengan doktor mengenai tahap kesihatan anda sebelum berpuasa. Ini kerana risiko paras gula dalam darah naik mendadak selepas anda berbuka puasa. Jika 2 jam selepas makan bacaannya melebihi 6.7, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Demam yang teruk

Demam yang teruk ketika hamil sehingga anda berasa lemas, menggigil, berpeluh dan pandangan kabur atau hypoglysemia iaitu kandungan gula dalam darah rendah anda dinasihatkan untuk berbuka puasa. Sekiranya ibu hamil mengalami simptom berpeluh dan cirit-birit juga disarankan untuk berbuka puasa kerana badan mengalami dehidrasi.

Ads

Jangan Ambil Mudah! Ibu Hamil Yang Hampir “Due Date” Tidak Digalakkan Berpuasa

Bayi kurang bergerak

Selepas kehamilan 28 minggu dan mendapati pergerakan janin berkurang, hendaklah berbuka puasa dan segera ke hospital untuk pemeriksaan. Kebiasaannya doktor akan melakukan penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin anda.

Ads

Hampir tarikh bersalin

Melahirkan anak memerlukan banyak tenaga. Oleh itu, ibu hamil yang hampir ‘due date’ dinasihatkan untuk tidak berpuasa. Sebaliknya bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi waktu melahirkan anak nanti.

Ibu hamil yang ingin berpuasa perlu mendapatkan nasihat doktor dan mematuhi panduan penjagaan pemakanan dan kesihatan daripada doktor untuk perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan diri yang konsisten.

Saksikan Pa&Ma musim ke-4 dengan episod Puasa & Hamil Selasa ini jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Prima HD.

Sumber: Hello Doktor

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI