Soalan biasa yang ditanya ibu bapa yang membawa anak yang berusia sekitar 4-5 tahun ke klinik gigi. Doktor, kenapa gigi anak saya berlubang?
Padahal baru beberapa bulan lepas, saya baru bawa anak berjumpa doktor gigi di tempat lain untuk pemeriksaan. Tetapi doktor tu kata tiada lubang.
NAK TAHU KENAPA?
(rujuk pada photo)
1. Ini kerana lapisan enamel gigi susu adalah lebih nipis berbanding lapisan enamel gigi kekal.
2. Kaviti “caries” paling cepat merebak pada gigi susu berbanding gigi kekal dan ianya akan mengenai saraf gigi.
3. Sekiranya gigi geraham susu telah didiagnos ada karies, maka perlu membuat rawatan secepat mungkin.
4. Rawatan tampalan dibuat. Sekiranya LUBANG KARIES SANGAT DALAM DAN MENGENAI PULPA, SEGERALAH MEMBUAT RAWATAN PULPOTOMI.
5. Infeksi cepat merebak dalam mulut kanak-kanak, merebak ke leher, ke otak dan seterusnya menyebabkan abcess dan cellulitis ( ini situasi kecemasan).
Oleh itu, jangan ambil remeh sekiranya gigi susu anak berlubang ok !
Kebiasaannya, doktor Azila akan menyarankan ibu bapa terus membuat rawatan PULPOTOMI GIGI SUSU.
KENAPA PERLU SIMPAN GIGI GERAHAM SUSU DENGAN RAWATAN PULPOTOMI?
Gigi geraham susu akan mengalami resorpsi akar sekitar kanak–kanak berusia anggaran 9–10 tahun, (rujuk photo). Gigi yang rosak pula dirawat dan disimpan untuk:
1. Menjaga ruang yang ada sementara menunggu gigi kekal pengganti tumbuh.
2. Gigi geraham susu masih boleh berfungsi, tidak sakit dan masih ada gigi untuk mengunyah.
Sekiranya gigi dicabut terlalu awal, ada 2 kesan:
a) kanak-kanak susah untuk makan (tiada gigi untuk mengunyah).
b) Gigi kekal pengganti akan ‘struggle’ untuk tumbuh.
APAKAH PULPOTOMI?
Rawatan pulpotomi adalah pembuangan sebahagian daripada saraf, termasuk kawasan yang terkena infeksi. Ini untuk mengekalkan ‘vitality’ tisu pulpa yag sedia ada.
BAGAIMANA PROSEDUR PULPOTOMI ?
1. Pastikan kanak-kanak di dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa duduk di kerusi pergigian. Sesetengah kanak-kanak berasa takut dan gelisah. Jadi ibu bapa memainkan peranan untuk memujuk dan menenangkan anak.
2. Doktor akan meletakkan ‘Topical Anesthetic ’ pada bahagian gusi. Ia membuatkan gusi berasa kebas dan tidak sakit apabila doktor memberi suntikan ‘local anesthetic’.
Gel atau spray ‘topical anesthetic’ boleh bertahan selama 3-5 minit.
3. Kemudian ‘Local anesthetic’ diberi secara perlahan-lahan supaya pesakit tidak terasa sakit semasa di suntik.
4. Kaviti pada gigi dibersihkan dengan ‘highspeed” dan “slowspeed handpiece”. Karies di kebuk pulpa di buang dan dibersihkan hingga ke saluran pulpa.
5. Kebuk pulpa dibersihkan dimana bahagian ini adalah tempat saraf dan salur darah terletak.
• Prosedur ini TIDAK SAMA seperti rawatan saraf untuk dewasa.
6. Doktor akan meletakkan ubat Beechwood creosote atau formocresol pada kapas pellet kecil. Kemudian kapas pellet akan di letak di dalam saluran pulpa untuk berhentikan darah.
7. Gigi di bentuk semula dengan tampalan sementara berwarna putih.
RAWATAN KEDUA:
1. Buang semula tampalan sementara.
2. Jika terdapat tanda–tanda berulang, maka hendaklah di ulang semula rawatan pulpotomi pada gigi itu atau gigi perlu dicabut.
3. Jika tiada tanda–tanda seperti sebelum rawatan, ruang itu ditutup dengan ‘antiseptic paste’.
4. Setelah rawatan sudah selesai, ia boleh di tutup dengan tampalan tetap berwarna gigi atau “stainless steel crown”
INDIKASI PULPOTOMI
1. Terdapat lubang ‘caries’ yang besar hingga melibatkan ‘marginal ridge’.
2. Tiada sejarah sakit yang secara tiba–tiba.
3. Tiada tanda bengkak atau fistula.
4. Kontraindikasi kepada cabutan.
5. Gigi yang ‘vital’ dan tiada masalah otot ‘peridontium’.
KONTRAINDIKASI PULPOTOMI
1. Sejarah sakit secara tiba–tiba.
2. Kehadiran bengkak atau fistula.
3. Gigi yang ‘nekrotik pulpa’.
4. Pendarahan pulpa yang tidak terkawal.
5. Daripada pandangan x-ray terdapat ‘radiolucency’ pada ‘periapical’ atau ‘bifurcation’ akar.
6. Resorpsi akar yang tidak normal.
7. Dystrophic calcification.
8. Terdapat resobsi akar lebih daripada 1/3 akar.
Ibubapa sudah faham sekarang? Rawatan ini adalah rawatan yang paling banyak saya lakukan. Yang penting daya pujuk dan teknik perlu mahir, baru berjaya dilakukan.
Semoga bermanfaat,
Sumber: Dr. Azila MK